Showing posts with label Atuk. Show all posts
Showing posts with label Atuk. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Kenduri Petai

Tak ke kena buat kenduri kalau nak makan semua ni? hehehe Pergh...

Sapa-sapa nak stok petai, bolehla hubungi Pak Mizi ye... ;) Kalau korang kat Raub lah... Tak kuasa nak Pos Laju petai kat korang! hahaha

Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti Cuti Raya Cina : Bahagian I

Walaupun cuti kali ni tak lama di Raub, tapi banyak jugaklak aktiviti... Raimie dapat pusing-pusing keliling Raub, dapat kutip buah kat dusun, dapat berkelah kat Lata Lembik & dapat juga tengok anak kijang yang masuk jerat orang. Tu belum kira main badminton, main air dalam kolam plastik (konon-kononnya jaga sepupu, keskeskes), kacau ayam itik jiran... hihihi
Ni aktiviti di dusun kat Ulu Sungai. Seronoknya, budak-budak dan juga mak & bapak budak mengutip buah - ada durian, dokong, manggis, rambutan... kenyang makan buah hari tu. Atuk cakap, ada kesan "Maybank" datang makan buah durian jugak, mungkin malam sebelum tu... Ya adik-adik, "Maybank" a.k.a harimau pun pandai makan durian. Makan pun sopan je... takde rebut-rebut macam korang! hehehe

Tuesday, February 22, 2011

Buah Perah Untuk Asam Rong

Apa itu Asam Rong? Rasanya kalau bukan orang Pahang terutamanya orang Ulu-ulu.. Ulu Tembeling, Jerantut, Lepih ops, Lipis, Raub... mungkin tak tau, kot?

Asam rong ini diperbuat dari buah perah/ biji getah yang dikutip  dan diproses menjadi asam rong. Pokok perah ni, pokok hutan ye adik-adik. Atuk Raimie idakle meniaga kutip buah perah untuk dijual jadi sesapa nak beli buah perah direct dari dia tu, dia pun ambik stok dari orang. Tapi kalau nak jugak, e-mail no tepon, nnt Mama Raimie sms kan no henpon Atuk Raimie. Senang deal direct dengan dia. Melalut lak... Yang dia jual, asam rong.
Ini rupanya buah perah. Yang dalam guni tu, yang belum dikopek. Kat belakang tu, yang dah dikopek, dan tengah dijemur.
Close-up buah perah, ye adik-adik. Memang ada rupa adik-beradik bijik getah jugak. Tapi orang kata, buah perah punya kick lagi kuat dari bijik getah. Dan lagi senang mabuk.
Atuk dan bakal pewaris bisnes tengah bizi memproses buah perah. Lepas kopek, jemur sampai kering.
Lepas dah jemur, bolehlah ditumbuk dalam lesung. Kalau takde lesung kayu besar macam ni, korang nak tumbuk dalam lesung batu kat dapur tu pun boleh, tapi mau berminggu baru siap agaknya tumbuk buah perah satu guni. heh heh
Ini rupanya buah perah yang dah ditumbuk. Lupa pulak nak ambik gambar asam rong dalam balang hari tu. 

Apa nak buat dengan benda ni? Buat masak asam ronglah, buat apa lagi. Sedap!

Nak resipi? Nanti tanya Bapak, ye. XD

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin untuk semua!
Dah berabuk dah blog ni ye? Lama betul tak berupdate. Huhuhu

Raya pertama memang tak duduk diam. Dari rumah kita di Balakong, kita singgah rumah Atuk dan beraya di sana sebelum bertolak balik ke Raub. Jalan kat KL lengang sungguh hari tu.
Tapi kat Karak Highway ada slow sikit traffic, dekat-dekat nak sampai simpang ke Genting Highlands. Ramai benar orang nak ke Genting ye?


Sampai aje kat Raub, bertolak pula balik ke Semantan dengan adik-beradik. Nak ke kubur arwah Wan di Semantan Ulu. Nasib baik hari tu, hujan renyai-renyai aje. Kalau lebat, terpaksa lah postpone.

Highlight untuk raya mestilah juadah raya kan? Tapi bukan lemang ataupun rendang yang dicari kalau ke rumah Pak Mizi ye.... tapi :
Sambal petai dan asam rong. Sedap!

Adik beradik Atuk pun, sampai-sampai aje rumah atuk, semua bertanya pasal petai dan asam rong. Kena tanak nasi dua tiga kali tu, sebab semua berselera!

Tapi takde stok petai untuk sedara mara sebab Atuk ke Ulu Sungai esok. Esok, banyak stok petai tapi dah kena book dek sedara mara! LOL

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Lambat sikit kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.

Tahun ini, sibuk sikit Opah dan Atuk Raimie. Opah dan Atuk buat korban tahun ini. Korban seekor lembu. Dari siang hingga lepas Isyak, memang tak duduk diam Opah dan Atuk.

Dah la tu, Opah pakat sambutan hari jadi Raimie dibuat di balairaya kat sebelah surau. Macam nak sambut hari jadi anak penghulu, kata Papa. Hihihi

Sedara mara dan jiran tetangga ramai datang hari Jumaat tu. Penat? Atuk dan Opah memang penat sebab tak menang tangan. Kita? Kita ngelat sebab balik menyorok & tidur kat rumah bila dah penat. Huhuhu

Thursday, June 4, 2009

Balik Kampung! Oo Oo Balik Kampung

Cuti sekolah dah nak masuk seminggu, apa aktiviti cuti sekolah?

Hujung minggu ni Raimie, Mama & Papa akan balik ke Raub. Ada dua kenduri kahwin di Raub. Makcik Emi di rumah Atuk & Pokcik Aus di Sg Koyan 4. Busy ke hulur ke hilir lah kami sekeluarga.
Lepas tu, hari Isnin dari Raub terus bertolak ke Cameron Highlands. Pergi cuti-cuti Malaysia.
Hari Khamis minggu depan baru Papa & Mama kerja.
Sesiapa yang ada plan nak berjalan hujung minggu, berhati-hati di jalan raya!

Monday, January 12, 2009

Jimni Atuk

Ini Jimni Atuk. Atuk memang bergantung pada Jimny ni kalau nak masuk Ulu Sungai. Dalam Jimni Atuk ni, macam macam ada. (Apa, ingat Astro aje yang macam macam ada?). Masa Mama ambil gambar ni pun, dah senja. Atuk baru balik dari Ulu Sungai, berniaga dengan orang Asli.

Macam-macam yang Atuk jual. Barang keperluan macam beras, minyak, tepung, sabun, berus gigi. Barang mainan pun ada, tapi barang mainan murah, Made In China. Kalau Raimie balik kampung, Atuk memang seronok bukak plastik mainan dan sorong mainan-mainan tu pada Raimie. Tapi kadang-kadang Atuk risau juga nak bagi Cucu sulung dia main, maklumlah, barang dari China. Atuk juga ambik supply anak Kelah dari Orang Asli. Selain itu, kalau ada kijang ke kancil ke yang masuk jerat Orang Asli, mereka akan telefon (apa, ingat Orang Asli tak pandai guna telefon?) Atuk untuk sembelih dan jual.

Ada orang pandang rendah pada Atuk. Ye lah, Atuk sekarang kerja kampung. Kalau dia pergi bank, Ah Soh kat Hong Leong tu sergah-sergah dia, ingat dia tak pandai (excuse me, Atuk speaks very good English, OK. His penmanship is first class), walhal Atuk dulu masa kecik-kecik sekolah omputeh kat Bentong. Sekolah dengan anak raja lagi.

Kalau ada orang pandang rendah pada orang kerja kampung, nak cerita ye : satu hari Atuk ke Ulu Sungai tu, pendapatan dia macam gaji sebulan cleaner Indon kat KL tau. Moral cerita, janganlah adik-adik memandang rendah pada orang, terutama kalau orang tu nampak tak bergaya, tak kerja ofis, tak pakai tie. Adik-adik mungkin ada 14 keping kad kredit kaler emas, tapi beli barang semua hutang, bayar minimum amount! Atuk bisnes main COD.

Thursday, November 15, 2007

Ikan Kelah

Dalam akuarium tu ialah anak Kelah. Atuk dapat anak kelah ini dari orang-orang asli di Bertau Valley.

Ikan Kelah yang dewasa, bukanlah murah harganya. Ikan Kelah atuk semuanya atuk dapat dari orang asli di sana. Maklumlah, atuk selalu masuk hutan.

Yang atuk beri kita hari tu, kalau dijual, harganya mencecah RM100.00! Tapi untuk kita, atuk beri free (sayang anak & cucu... heee)

Masakan biasa, di steam ataupun masak tempoyak. Istimewa ikan Kelah ini, sisiknya juga boleh dimakan, jadi tak perlu susah-susah membuang sisik. Tapi jaga-jaga! tulangnya banyak juga! Mama masak steam saja sebab tak jumpa cari tempoyak. Lagipun Mama tak berapa suka tempoyak beli. lebih sedap tempoyak buatan sendiri. Ikan Kelah memang sedap... tapi takkan nak makan selalu kan?

Anak Kelah di kedai-kedai ikan pun bukanlah murah. Di Raub, seekor anak Kelah harganya dari RM3.00 - RM8.00. Di Balakong ini, anak Kelah hampir RM10.00! Itu belum lagi bapak Kelah!

Tuesday, November 6, 2007

Biji Perah / Buah Getah




Siapa pernah makan buah perah / biji getah? Hah? Boleh makan ke?

Kalau di Raub, Lipis & Bentong, Buah Perah lah digunakan dan di Jerantut, Biji Getah. Untuk buat apa? Sebagai bahan masakan Asam Rong. Ada artikel pernah keluar dalam The Star tak lama dulu.

Raimie tak pernah makan Asam Rong / Asam Rum (bukan Asam pedas ye... - warna dia kuning) sebab pedas. Yang arif dalam memasak Asam Rong dalam keluarga ialah Atuk. Memang sedap.
Ada sesetengah kawan Mama (orang Raub juga) yang kata, orang Ulu sahaja yang makan ni. Tak kisahlah, orang Ulu pun orang Ululah...

Sekarang nak cerita tentang bagaimana nak proses buah perah ni:
1. Buah Perah / Biji Getah perlu dijemur selama 1 minggu (bersama kulit)
2. Selepas seminggu, kopek kulitnya yg keras tu, dan jemur selama seminggu lagi
3. Setelah cukup kering, bolehlah ditumbuk.
4. Tumbuk isi dengan sedikit ar (Atuk guna lesung kayu, sebab selalunya Atuk tumbuk buah perah seguni banyaknya)
5. Isi dalam balang
6. Jual di pasar. Atuk jual dengan harga RM10 sekilo. Siapa berminat, bolehlah kontek Mama (hihihi)

Selepas ini, Mama akan bercerita tentang cara memasak Asam Rong pulak.

Saturday, November 3, 2007

Lagi Cerita Petai

Arwah Moyang Raimie (Atuk Mamalah ye) memang suka makan jeruk petai…. Nak buat pun senang sahaja.

Jeruk Petai

Mula-mula celur petai dengan air panas
Lepas tu kopek petai tadi
Gaulkan dengan garam dan biarkan 1 jam
Bilas
Rendam petai dengan air masak sejuk dalam bekas seperti balang
Sedia untuk dimakan

Friday, November 2, 2007

Cerita Tentang Petai

Petai (Parkia speciosa ,twisted cluster bean, yongchaak or stink bean)

Setandan seperti yang ada dalam gambar tu ada lebih kurang 100 papan. AtukRaimie ada dua cara menjual petai: dengan menjual kepada peniaga (di pasardan peniaga gerai makan) dan menjual runcit sendiri.


Kalau dipasar malam di KL ni, 3 papan petai sudah berharga RM2.00, tapi di Raub Atuk menjual petai dengan harga yang sama untuk 6 papan petai. Sebab itu, petai Atuk cepat habis! Kalau Atuk jual sendiri, lokasi atuk ialah di perhentian bas Raub. 3 tandan petai yang Atuk bawa untuk jualan akan habis dalam masa 1-2 jam sahaja.


Bukan senang untuk Atuk dapatkan stok petainya. Kadangkala orang datang menghantar stok petai jadi senanglah sikit Atuk. Tapi selalunya Atuk akan masuk ke hutan bersama Pak Ngah untuk stok petainya. Petai yang atuk jual petai hutan. Dibeli dari Orang Asli! Sebab itu petai Atuk memang kuat penangannya (rasa dan juga bau) - maklumlah petai hutan. Tak mainlah petai kacuk…

Mama & anak-anak atuk yang lain memang bangga jadi anak toke petai tau!


Banyak cara untul menikmati petai:

1. Makan sebagai ulam (mentah)

2. Dimasukkan dalam masakan (peberet Mama ialah Sambal Petai & Ikan Bilis)tambah nasi tiga kali!

3. Petai Bakar (dilalukan di atas api sampai kulitnya sedikit hangus) Sedap…(sesuai untuk petai tua)

4. Jeruk

Apa cara sekalipun, semuanya sedap…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...