Tuesday, September 30, 2008

Menu Pagi Raya

Masak apa untuk Raya?

Takde plan nak masak glemer tahun ini. Tapi sebab tiap tahun menu pagi raya mesti bertukar, tahun ini Papa request masak Nasi Dagang. (Kalau dah orang 'Ganu, tetap orang 'Ganu tu.... walaupun eksen jadik orang Bangsar. hehehe)

So malam ni macam biasa, Mama akan bersekang mata sampai ke subuh memasak - maklumlah, yang masak sorang. (Papa nak tolong - tolong kacau sebenarnya - nanti kena marah dengan Mama) Huhuhu....
Menu tahun ini:
Nasi Dagang
Gulai Ikan
Rendang Daging
Nasi Impit & Kuah Kacang
simple dan sempoi! Sapa banyak komplen, jangan makan! Hehehe....
Untuk semua umat Islam di mana sahaja, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
p.s Raya kedua kita balik Raub! Yeay!

Sunday, September 21, 2008

Shopping Raya

Semalam, dari pagi sampai ke malam kita berjalan.

Mula-mula singgah rumah Kakak Nash, ambil hadiah untuk Raimie kemudian terus Jalan TAR untuk shopping Raya. Walaupun Mama & Raimie dah ada baju raya, Papa belum beli lagi.

Elok dah sampai di sana, singgah pula kedai Kak Nori di Medan Mara sebab Kak Lela ada sesuatu untuk kita di sana. Murah rezeki. Alhamdulillah. Terima kasih ye Nash dan Kak Lela!

Sesaknya Jalan TAR. Kedai di aked, apatah lagi. Huhuhu, memang pening tengok orang ramai macam tu. (Tapi tiap tahun masih nak ke sana. Memang tah faham. Hehehe)

Kalau dalam berita peniaga-peniaga kata bisnes kurang sebab kurang pelanggan, masa kita di sana tak nampak pun macam bisnes terjejas. Kalau dah padat sampai nak berjalan pun tak boleh, takkan tak dapat untung kan?

Papa macam biasa, nak beli baju raya mesti ke Wisma Yakin. Jenuh juga nak cari baju melayu untuk Papa yang mesti sedondon dengan baju raya kita. Mama pula, rambang mata tengok baju siap. Terasa macam nak beli lagi terutama baju kurung Pahang/Riau. Tapi banyak-banyak pun buat apa? Mama pergi kerja bukannya hari-hari pakai baju kurung. Membazir aje.

Lepas beli baju raya Papa, pergi Sogo pulak. Sogo pun padatnya dengan manusia tak boleh cakaplah. Nampaklah ramai bapa-bapa & anak-anak dah tersadai atas lantai menunggu kaum ibu membeli-belah. Kita masuk Sogo pun sebab nak rehat kat atas aje.

Bukan apa, masa banyak sebab hari sabtu nak berbuka di Boulevard Hotel. Jemput Pakcik Aus & Siti dan Pak Su sekali join kita.

Monday, September 15, 2008

Menyambut Ahli Keluarga Baru

Perkenalkan, sepupu Raimie yang berusia satu minggu: Mohamad Airil Hakimi atau lebih manja dipanggil Kimi.

Lahir di Hospital Raub pada 5 Sep 2008 waktu subuh. Berat:3.5kg.

Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga. Atuk dan Opah sekarang dah ada 2 cucu lelaki.

Sunday, September 14, 2008

Dah Balik!

Hampir seminggu tak balik rumah, dan hampir seminggu jugalah Mama tak online. Hehehe

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar. Cuma ada sikit kesemputan kereta yang nak habis minyak tahap kritikal di Kijal. Nasib baik sempat ke stesen Petronas. Kalau tak, Papa kena ukur jalan cari minyak. Huhuhu

Walaupun urusan Papa hanya sehari di Marang, kita ambil kesempatan bermalam di sana dan hanya balik hari Jumaat - 3 malam di sana. Lama tak balik ke Marang, maklumlah bukannya dekat!

Seronok dan sibuk dengan aktiviti main di laut (Raimie shj yg mandi - orang lain main pasir ajelah bulan-bulan puasa ni), menziarah sedara-mara, ke kubur Arwah Nenek Raimie dan shopping di Pasar Payang. Shopping sampai tak muat boot kereta! Beli apa? Apa lagi - keropok shj dah berdozen-dozen, beli beras & rempah Nasi Dagang, beli handbag, beli baju raya untuk Mama, Raimie dan Atuk di Raub (Papa tak beli lagi tu...) dan jeruk berbalang-balang. Murah betul! (murah murah pun tak sedar dekat RM500 dah melayang. Huhuhu)

Singgah juga di bazaar ramadhan di sana - kat sana harga kuih belum naik lagi. Masih murah. Sudahlah murah, rasanya lebih sedap dari di KL! Kalau ke bazaar ramadhan/pasar malam di Terengganu, tak sah kalau tak beli satar. Mmmm... lamanya tak makan satar. Lepas jugaklah gian.

Di Kampung, berpeluanglah kita berbuka beramai-ramai. Seronok. Makan seadanya, tapi lebih puas dari hanya kita bertiga makan di rumah atau makan buffet hotel lima bintang.

Hari Selasa - menunya ikan bakar (ikan yang baru naik pagi itu - masih segar) dengan kicap cili, rendang daging dan kobis masak lemak, ulam kacang botol dan sambal tempoyak.
Hari Rabu - laksa Terengganu (orang Terengganu makan laksa guna tangan, Mama & Raimie aje yang sibuk cari sudu), lepas terawih makan bubur lambuk dan nasi ayam.
Hari Khamis - koay teow goreng dan ayam golek beli di bazaar ramadhan berdekatan Masjid Terapung. (Ayam dah mahal. RM7 sekilo. Argghh!!!) Ayam golek sekor dah RM18.
Hari Jumaat - berbuka di Raub, sambal jering, gulai kulat (baru Mama cakap teringin nak makan kulat sehari sebelum tu pada Papa; tengok-tengok sampai di Raub ada terhidang gulai kulat. Alhamdulillah) dan asam rong.
Hari Sabtu - Sambal petai, gulai kulat (sebab Mama happy sangat-sangat jumpa kulat semalam) dan kari kepala ikan. Hari ini semua anak, menantu & bakal menantu ada di rumah.
Hari Ahad - tak tau lagi. Rasanya masak petai lagilah kot sebab kita bawa balik petai banyak. Busuklah toilet ofis Mama! huhuhu

Sunday, September 7, 2008

Bazaar Ramadhan

Pasar Ramadhan di Taman Saujana Impian

Di bulan puasa ini, apa lagi - muncul bazaar ramadhan di mana-mana. Inilah masa untuk yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam membeli pelbagai juadah dengan harga berpatutan. Tapi, nak berasak-asak tu yang tak tahan tu. Raimie apa lagi, sesak sikit & panas sikit; mesti mula mengomel. Huhuhu... Ini belum lagi ke Masjid India nanti untuk beli baju raya. Sah makin kuat dia mengomel.

Dan nampak gaya, kuih raya kita tahun ni, kuih raya beli sahajalah...

Hujung minggu kita apa lagi, ukur jalan tengok pasar ramadhan keliling kampung. Hehehe. Menu tunjuk hari ini, siput sebut dan ikan patin. Yum yum...

Lauk pauk dari Pasar Ramadhan di Bandar Tun Hussein Onn. Macam-macam ada, Nasi Ambang pun ada kat sini.

Raimie pula minta nak makan spaghetti. Yang itu, kenalah Mama masak untuk Raimie.

Dan untuk orang yang dah lama tak balik Malaysia - harga kuih sekarang bukan 3 biji RM1; sekarang dijual 5 biji RM2 & I biji RM0.40! Maklumlah, orang gomen kan nak dapat bonus tahun ni. Huhuhu

Friday, September 5, 2008

Buka Puasa Apa Hari Ini?

Hari Isnin hari tu, terima daging kijang dari Atuk di Raub. Ada Orang Asli dapat tangkap kijang. Apa lagi, kenyang makan daging kijanglah orang di Raub. Opah di kampung masak daging black pepper. Tak merasa lah kita sebab kita tak ada di kampung hari Isnin tu. Huhuhu

Sebab kita dapat daging pun banyak, pakat pergi rumah Mokde masak di sana. Pergi hijack dapur dia. Maklumlah, kat sana ramai orang bujang. Hehehe...

Masak yang simple aje, daging bercili. Nak masak daging kijang ni, sekejap aje. Tak payah lama-lama. Daging pun lembut sangat. Senang Raimie nak makan.
Alhamdulillah... rezeki kita, Pak Long, PokDe dan PokSu makan kijang hari tu.
Teringat masa kecik-kecik dulu, biasa makan daging kancil, landak, kijang, ayam hutan dan rusa. Memang sedap. Jauh lebih sedap dari daging lembu. :D (Papa aje yang tak biasa makan daging hutan nih... sebab dia orang bandar. Keh keh keh)

Thursday, September 4, 2008

Selamat Hari Ulang Tahun ke-9

Tanpa sedar, sudah 9 tahun Mama dan Papa berkahwin.

4 tahun berkenalan, mengenal hati budi masing-masing. Bersusah bersama, senang bersama. Masih ingat kerana mahu berjimat, Mama dan Papa dulu berkongsi makan nasi bungkus. Sama-sama mula bekerja sebagai kerani dan sama-sama berpakat dari mula serius untuk bersama untuk menyimpan wang RM200 sebulan untuk majlis perkahwinan.

Ingat tak Papa?

Bersama naik bas ke mana sahaja (tiada lagi membonceng motor besar pakwe untuk Mama. Hehehe) - dulu dengan bas Len Seng dari Jalan Genting Kelang ke Klang Bus Stand. Papa setia menghantar Mama yang kemudian perlu menaiki bas MARA ke Klang (rumah arwah Moyang).

Sama-sama cuba memajukan diri dan cuba mengorak langkah masing-masing dalam kareer. Papa masih dalam dunia perbankan (Alhamdulillah, rasanya Papa senang dan berjaya di bank sekarang) dan Mama masih setia di syarikat sama hampir 12 tahun.

Hidup kami diserikan dengan kehadiran Raimie pula pada tahun 2002 setelah sebelum itu Mama berendam air mata kehilangan kandungan. Papa sentiasa sabar dan tenang menghadapi keadaan.

Untuk Papa, terima kasih kerana menerima Mama seadanya. Terima kasih kerana sudi menyayangi Mama dan Raimie sepenuhnya tanpa mengharap balasan. Kami sayang Papa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...