Friday, November 2, 2007

Cerita Tentang Petai

Petai (Parkia speciosa ,twisted cluster bean, yongchaak or stink bean)

Setandan seperti yang ada dalam gambar tu ada lebih kurang 100 papan. AtukRaimie ada dua cara menjual petai: dengan menjual kepada peniaga (di pasardan peniaga gerai makan) dan menjual runcit sendiri.


Kalau dipasar malam di KL ni, 3 papan petai sudah berharga RM2.00, tapi di Raub Atuk menjual petai dengan harga yang sama untuk 6 papan petai. Sebab itu, petai Atuk cepat habis! Kalau Atuk jual sendiri, lokasi atuk ialah di perhentian bas Raub. 3 tandan petai yang Atuk bawa untuk jualan akan habis dalam masa 1-2 jam sahaja.


Bukan senang untuk Atuk dapatkan stok petainya. Kadangkala orang datang menghantar stok petai jadi senanglah sikit Atuk. Tapi selalunya Atuk akan masuk ke hutan bersama Pak Ngah untuk stok petainya. Petai yang atuk jual petai hutan. Dibeli dari Orang Asli! Sebab itu petai Atuk memang kuat penangannya (rasa dan juga bau) - maklumlah petai hutan. Tak mainlah petai kacuk…

Mama & anak-anak atuk yang lain memang bangga jadi anak toke petai tau!


Banyak cara untul menikmati petai:

1. Makan sebagai ulam (mentah)

2. Dimasukkan dalam masakan (peberet Mama ialah Sambal Petai & Ikan Bilis)tambah nasi tiga kali!

3. Petai Bakar (dilalukan di atas api sampai kulitnya sedikit hangus) Sedap…(sesuai untuk petai tua)

4. Jeruk

Apa cara sekalipun, semuanya sedap…

2 comments:

  1. hi lina...petai, sedap wat sambal tumis ikan bilis atau udang...tp jun x makan kalu wat ulam..tp petai bakar? x pernah kucuba...hehehe...

    opps..nak tgk my kids, senang2 visit me here ek.. http://jun-myworld.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. emmm. memang sedap sambal tumis petai. meleleh air liur (ni yg kena balik kampung ni...)

    ok, i'll check it out!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...