Tuesday, October 27, 2009

Rezeki Rambutan Dari Bentong

Lama tak apdet... apa lagi cerita baru... tapi kali ini bukan sebab malas ataupun takde idea tapi sebab Maxis Beruk Bang (ini tiru idea Pak Man... hihihi) yang amatlah menyakitkan hati.

Ini pun cerita dah lama... tapi Mama nak meluahkan rasa terima kasih pada member yang sudi menyedekahkan buah rambutan untuk kita. Bukan seikat dua pulak tu. Siap boleh bahagi-bahagi bagi pada orang lain makan sekali. Yelah, kalau kita yang makan semuanya, mau cirit-birit rambutan kita lepas tu! Huhuhu

Lepas ni tunggu ada ke tidak orang nak derma buah durian dari Bentong pulak. Hihihi

Sunday, October 18, 2009

Makan-Makan Sempena Raya

Hari Jumaat hari tu, ada majlis hari raya kat ofis Mama. Ala-ala party pot-luck gitu. Walaupun warga Melayu Muslim idaklah ramai, yand datang hari tu dah cukup meriah dah. Apatah lagi kalau ada sorang dua yang memang "havoc" kan? Hehehe...

InsyaAllah, ada kesempatan kita makan lagi...

Tuan punya blog takde dalam gambar sebab sibuk bebenor ambik gambar orang lain. Huhuhu

& kepada adik-adik akt situ (mak hayam comel especially nya), akak mintak mahap lah dengan lawak-lawak "pisang" hari tu ye. Muahaha!!!

& tenkiu kepada organizer yang bertungkus-lumus menjayakan majlis. Chewah!

Wednesday, October 14, 2009

Nasi Campur!!!

Lama rasanya Mama tak makan nasik dengan lauk pauk Melayu nih. hehehe Bak kata kawan-kawan Mama, Melayu tak sedar diri... Huhuhu

Bukan apa, sebelum bulan puasa hari tu, Mama & Papa kan jaga badan. Papa Raimie nak turunkan berat badan. Mama dia pulak sibuk nak kurus sebab nak shopping baju kat Jepun punya pasal. Jadi, tak makan nasik. Yang dok makan, protein. Makan lauk ala-ala omputeh aje lah... Masa bulan puasa hari tu, Papa adalah juga makan nasi sebab berat dia dah turun. Mama lak, asyik telan mee sup, mee sup.

Hujung minggu lepas, terbau jiran tingkat atas goren ikan masin. Alahai, sedapnya bau. Tu yang teringin tu... Ni dah dua hari, dok beli nasi campur. Menu hari ini: Sambal ikan bilis petai (alamak! harum semerbak lah tandas kejap lagi), telur masak lemak dan ikan masin. Sedap!

Tengoklah hari sabtu dan ahad ni. Dari asyik masak menu negara orang lain, kita masak menu Melayu lah ek? Takkan Melayu hilang di dunia.

Wednesday, October 7, 2009

Dik, Cakap Melayu Lah Dik...

Hari ini Mama ke pejabat pos. Nak menghantar bungkusan ke US. Sampai giliran, Mama pun beritahu pekerja di kaunter: "Dik, hantar pakai surat register ye". Tapi agaknya sebab dia nampak alamat ke US tu, terus speaking orang putih dengan Mama. Dan cara dia bercakap macam dia ingat Mama tak paham Bahasa Malaysia. Nampak macam orang asing ke Mama ni? Kawan2 kata mungkin diaorang ingat Mama orang Jepun. Muahaha!!! Maklumlah, hari ni pakai baju dari atas sampai ke bawah (termasuk yang kat dalam sekali) yang dibeli dari sana. Wakaka...

Kadang-kadang rasa susah nak berbahasa Melayu di negara sendiri. Pegi Yuzu, sah pelayan kat sana tak paham sebab mereka orang Filipina. Nak makan kat kedai pancake kat MidValley tu, pekerjanya macam Bangladeshi. Pak Guard kat parking Gardens pun guard Gurkha. Janganlah tanya dalam BM kat diaorang tu. Kat ofis ni, kadang-kadang adalah berbahasa Melayu. Tapi kalau nak suruh budak-budak kat sini cakap Melayu, karang Mama pulak yang jadi pening dok nak fikir apa sebenarnya yang diaorang nak cakap. Huhuhu...

Nasib baik lah, tambi-tambi kat kedai Mamak kat rumah kita tu boleh faham Bahasa Melayu kan?

Tapi kan, pelik juga rasanya... orang Malaysia yang dah tinggal di negara ni berpuluh tahun tak mampu berbahasa Malaysia tapi orang Bangladesh yang baru datang 2-3 tahun, boleh pulak bertutur bahasa Malaysia. Dan ada juga orang pandang rendah bila pergi ke hotel 5 bintang, tak cakap omputeh.

Dan pelik juga kan, ada orang tu... blog BM malas nak hapdet. Blog yang lagi dua tu rajin betul dia update kan? Adoi! Sakit batang hidung!

Saturday, October 3, 2009

Pulang Dari Bercuti

Setelah 13 hari di tanah Jepun, pulang juga kita bertiga ke Kuala Lumpur. Seronoknya bercuti kan? Rasanya macam tak nak balik. Tapi apakan daya, $$$ tak mengizinkan. Huhuhu...
Kalau nak tengok gambar-gambar dan cerita-ceriti pasal percutian kami di sana, jemputlah ke blog Urutora No Hi. Rasanya, post tentang percutian kali ini mau ambil masa 6 bulan nak dihabiskan. Muahaha!!!!

Apapun, sedikit gambar intro di sini.
Walau di rumah peranginan tradisional Jepun (Ryokan) pun, Raimie tak lekang dengan game Nintendo DSi nya. Beli Nintendo DSi yang baru untuk Raimie di Akiba sebab Nintendo DS Lite Raimie yang lama dah rosak. Di ryokan ini, tak ada TV (nasib baik ada elctricity. Niat asal nak ke ryokan yang tak ada electricity ataupun indoor plumbing. Tu dia!) Tak apa, kami sibuk keluar masuk kolam air panas sahaja semasa bermalam di sana pun.

Dan seronok pula tidur atas futon dalam bilik beralas tatami. Hmm... dah lama tak tidur atas lantai.
Amacam gaya Mama & Papa Raimie pakai yukata? Macammana pulak gaya minah Jepun dolu-dolu tu? Hehehe...
Selain merayap tak ingat dunia naik turun shinkansen (bullet train) masa di Jepun, kami ke Disneyland. Last sekali ke Disneyland, 3 tahun lepas. Masa tu Raimie dapat ke Disneyland dan juga DisneySea. Hari tu sebelum periksa, dah janji dengan Raimie. Kalau dia dapat no 1, dia dapat ke Disneyland dan DisneySea. Tapi kalau dapat no 2, hanya Disneyland atau DisneySea. Kena pilih salah satu. Kalau no 3, dua-dua tak dapat. Rezeki dia dapat ke Disneyland aje kali ini. Tapi, dia seronok.

Kalau ada rezeki, lepas ni pergi lagi. Sebab tak puas-puas melawat Jepun lagi ni!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...