Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti Cuti Raya Cina : Bahagian I

Walaupun cuti kali ni tak lama di Raub, tapi banyak jugaklak aktiviti... Raimie dapat pusing-pusing keliling Raub, dapat kutip buah kat dusun, dapat berkelah kat Lata Lembik & dapat juga tengok anak kijang yang masuk jerat orang. Tu belum kira main badminton, main air dalam kolam plastik (konon-kononnya jaga sepupu, keskeskes), kacau ayam itik jiran... hihihi
Ni aktiviti di dusun kat Ulu Sungai. Seronoknya, budak-budak dan juga mak & bapak budak mengutip buah - ada durian, dokong, manggis, rambutan... kenyang makan buah hari tu. Atuk cakap, ada kesan "Maybank" datang makan buah durian jugak, mungkin malam sebelum tu... Ya adik-adik, "Maybank" a.k.a harimau pun pandai makan durian. Makan pun sopan je... takde rebut-rebut macam korang! hehehe

Saturday, January 21, 2012

Iklan Raya

Dah time nak Raya. Tapi Raya Cina lah. kuikuikui

Semua dah sampai kampung dengan selamat ke? Kitaorang, esok baru bertolak balik. Tengok update di FB hari ni, jalan jem nya jangan cakaplah. 

Agak-agaknya Tong Fatt bukak tak esok & time Raya? 

Apa-apapun, bila Raya, kenalah tengok iklan syahdu Raya. Dan saje-saje, jom tengok iklan tiga Raya. 1Malaysia gitu, kononnya. Wakaka
Iklan Raya Cina

Iklan Raya Puasa

Iklan Deepavali

Sunday, January 8, 2012

Penutup Dan Permulaan

Dah seminggu dah kita masuk ke tahun baru ye... cepatnya masa berlalu. Cepat masa berlalu, cepat juga umur meningkat, kan? huhuhu
Sebelum buka sekolah, aktiviti riadah dengan Raimie - masuk Larian Jom Kitar Semula di Putrajaya pada 18 Disember. Mama Raimie masuk larian 7K dan Raimie hebat berlari 3K! Bangga dengan anak Mama ni. *^^*
Dan aktiviti permulaan tahun ialah Larian Multi-Purpose Insurans. Raimie macam biasa jadi penyokong setia Mama.

Dan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan ceria, lepas ni kena cari larian yang ada kategori keluarga atau kanak-kanak sebab bolehlah Raimie masuk sekali. :) Raimie dah pesan, Larian McDonald's (aka Olympic Day Run) dia nak masuk. Konon-kononnya sebab nak dapat makan McD. Kakaka

Tahun ini, Raimi dah Darjah 4. Alhamdulillah, dia dapat jadi pengawas di kedua-dua sekolah (sekolah kebangsaan jadi pengawas SBPT dan pengawas di SRA). Nampak gayanya memang rajin dan berkobar-kobar dia menjalankan tugas. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...