Monday, October 29, 2007

Rumah Terbuka a.k.a Open House

Kalau di rumah atuk & opah, tiada istilah rumah terbuka ni, sebab rumah memang sentiasa terbuka. Bila-bila saudara mara & sahabat handai datang melawat walaupun atuk & opah sibuk bekerja. (atuk di kedai perabot dan opah sibuk dgn sykt cleaner nye...) Tiada makanan istimewa, yang disaji apa yang ada di rumah (tiada juga makanan yang di"cater") - makanan kami sehari-hari shj tapi sebab atuk pembekal petai tersohor (hihihi) di Raub ni, sambal petai memang pasti tersedia.... (Semasa kenduri kawin Mama & Papa pun ada hidangan petai tau!)


Di rumah kita, kalau nak datang kena berjanji sebab peti sejuk tidaklah sentiasa berisi (hahaha... kes sedih ni) jadi lawatan saudara-mara dan rakan-taulan tidaklah semeriah di kampung.

Raimie memang suka balik kampung. Almaklum berjumpa saudara-mara, pakcik makcik yang rajin melayan. Setakat ini Raimie lah cucu tunggal kedua belah keluarga. Jadi kehadiran Raimie tak kira di Bangsar atau di Raub dinanti-nanti.

Minggu lepas Mama baru menjamu rakan-rakan di rumah. Menu yg mudah shj, nasi tomato, ayam masak merah, dalca & acar dan pencuci mulutnya: puding mangga Mama yg femes tu. Alhamdulillah, semua puas hati dan cukup makan. (Takut juga kalau-kalau tak cukup, sebab memang yang datang begitu berselera...)

Raimie pun sampai kepenatan melayan kawan-kawan yang datang. Sampaikan tertidur atas sofa malam semalam (tak sempat tukar baju tidur pun)

InsyaAllah, lain kali kita buat lagi ye....

Monday, October 22, 2007

Sedih

Teenager remanded over stabbing death
KLANG: The 15-year-old boy who allegedly stabbed seven-year-old Mohamad Kahirul Nizam Riza Azmi Kahirul to death has been remanded for a week.
The boy was brought to the magistrate’s court yesterday in handcuffs where the order was issued.
Klang OCPD Asst Comm Mohamad Mat Yusop said police were questioning another boy, Mohd Hafid Ridjai Ridwan, also seven, who alerted neighbours about the attack on Kahirul in a vacant house at Jalan Kiyai Sujuk 17, Taman Seri Wangi in Kapar, on Friday afternoon.
Kahirul, a Year One pupil, suffered three stab wounds – one on the right side of the head and two on his back.
It was reported yesterday that Kahirul was stabbed after disturbing chicken and turkeys belonging to the 15-year-old boy.
(dari the Star Online)
Sedih rasanya... begitu mudah utk membunuh, dan utk sebab yg remeh shj pulak tu. Al-fatihah utk adik Mohamad Kahirul Nizam dan takziah untuk keluarganya.

Sunday, October 21, 2007

Sungai



Dulu, bila di rumah Tok Wan di darat (atas bukit) kami mandi di perigi. Nak ke perigi, kena berjalan kaki lebih kurang 5 minit. Perigi bukan berada di belakang rumah & jauh dari tandas sebab Wan tak mahu air tercemar. Perigi untuk mandi dan untuk air minum pun berasingan... Amat penting menjaga air terutamanya air utk minuman.

Lepas tu Wan pindah ke bawah, dekat dengan sungai. Sebelum air paip masuk, kami semua mandi di sungai. Di sungailah tempat mandi, mengangkat air, "membuang" dan ada sesetengah org kampung membuang sampah juga di sungai... Kalau difikir-fikir, ngeri juga nak mandi sungai ni, bayangkan tengah-tengah mandi - nampak pulak "jagung" terapung lalu di depan mata. Hik hik hik

Mandi


Kita start cerita mengenai kebersihan dulu. Kalau di rumah kita, mama guna loofah, span ataupun scrub, di kampung kita gunakan batu untuk meng"garas" segala daki-daki di badan.
Perasan tak kat rumah opah ada satu? Batu ni, batu sungai... tak perlu cari di kedai pun...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...