Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin untuk semua!
Dah berabuk dah blog ni ye? Lama betul tak berupdate. Huhuhu

Raya pertama memang tak duduk diam. Dari rumah kita di Balakong, kita singgah rumah Atuk dan beraya di sana sebelum bertolak balik ke Raub. Jalan kat KL lengang sungguh hari tu.
Tapi kat Karak Highway ada slow sikit traffic, dekat-dekat nak sampai simpang ke Genting Highlands. Ramai benar orang nak ke Genting ye?


Sampai aje kat Raub, bertolak pula balik ke Semantan dengan adik-beradik. Nak ke kubur arwah Wan di Semantan Ulu. Nasib baik hari tu, hujan renyai-renyai aje. Kalau lebat, terpaksa lah postpone.

Highlight untuk raya mestilah juadah raya kan? Tapi bukan lemang ataupun rendang yang dicari kalau ke rumah Pak Mizi ye.... tapi :
Sambal petai dan asam rong. Sedap!

Adik beradik Atuk pun, sampai-sampai aje rumah atuk, semua bertanya pasal petai dan asam rong. Kena tanak nasi dua tiga kali tu, sebab semua berselera!

Tapi takde stok petai untuk sedara mara sebab Atuk ke Ulu Sungai esok. Esok, banyak stok petai tapi dah kena book dek sedara mara! LOL

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya. Kubur tu dah dekat dah tu dengan sekolah Pak Man.
    En.Mizi sibuk lepas raya......nampak beliau kat kedai RM2 tengah beli bekalan untuk bisnes. Banyak dia berborong.

    ReplyDelete
  2. @Pak Man,
    memang dekat sangat. ;)

    A'ah... hari ahad tu (raya ke3) dia dah masuk Ulu Sungai. Ramai sedara-mara order petai. :D

    ReplyDelete
  3. I've never been to Raub, must visit one day :D

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pegi genting lagi ni. Wish one day boleh pegi sana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...