Saturday, November 21, 2009

Majlis Anugerah Cemerlang

Semalam, Mama & Papa ke sekolah Raimie nak menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang sekolah Raimie. Kena datang sebab 1. Raimie ambik hadiah - dia dapat nombor dua. 2. Papa AJK PIBG, jadi kenalah datang.

Untuk Darjah satu, hadiah terbaik untuk mata pelajaran individu, semuanya hampir disapu bersih oleh budak yang dapat nombor satu. Chirag namanya. Emaknya orang Gujerat. Ingatkan, Raimie bolehlah conquer BM, tapi Chirag dapat itu terbaik juga untuk BM - Penulisan. BM - pemahaman, Fatin yang dapat. Yang lain, semua Chirag sapu. Tak ada pulak hadiah untuk mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam - yang itu Raimie dapat highest. Terer tak Raimie? :)
Raimie dengan Guru Besar.

Papa pun tak kurang glemer semalam. Papa naik pentas bagi hadiah untuk Anugerah Sukan; Sepak Takraw & Olahraga. Ini Abang Ariff, yang dapat nombor satu untuk 6 Wawasan, Anugerah Atlet Sepak Takraw dan Hadiah Penghargaan SPBT sekolah.

Lepas tu, ada hadiah kahs untuk abang-abang (ya, abang-abang aje) yang dapat 5A untuk UPSR. Budak-budak tahun 6 semuanya lelaki, sebab sekolah Raimie ni baru 5 tahun menerima pelajar perempuan. Sebelum tu sekolah Raimie ni sekolah lelaki sahaja. Macam sekolah Pak Ngah lah, sekolah Mahmud kat Raub tu...

Tahniah Raimie! Tahun depan usaha lebih lagi. Jangan asyik main games dengan main kad aje ye. :)

Thursday, November 19, 2009

Esok Nak Cuti!

Esok, Mama & Papa ambik cuti. Bukan apa, esok Hari Anugerah Cemerlang kay sekolah Raimie. Raimie dapat nombor dua untuk kelas dia & juga untuk satu darjah. Alhamdulillah.

Jadi, esok nak pegi sekolah temankan dia. Dulu, masa Mama & Papa sekolah, atuk & opah takde pun datang sekali. Pegi sorang-sorang aje ambik hadiah. Takmau lah buat begitu untuk Raimie. Lagipun, boleh ambil cuti, kita ambiklah. Kalau tak boleh, lain cerita... kan?

Ingat-ingat, lepas balik sekolah, nak bawak dia tengok wayang, cerita Astro Boy. OK tak idea tu? :-)

Apa-apa pun, tahniah anak Mama! Usaha keras lagi tahun depan.

Sunday, November 15, 2009

Apa Rancangan Untuk Cuti Sekolah?

Masih tak ada apa-apa rancangan untuk cuti sekolah kali ini. Takde nak berjalan cuti-cuti Malaysia. Nak balik Marang pun, Marang banjir. Huhuhu

Cuti Raya Haji nanti, nak balik ke Raub. Lama betul tak balik, dah lebih 6 bulan rasanya. Balik malam jumaat lah kot, straight lepas kerja. Disebabkan musim hujan, tak adalah pergi berkubang kat Lata Lembik. Cari nahas?

Balik Raub, boleh lah buat makan-makan sikit untuk hari jadi Raimie. Hari jadi dia, 2hb Disember tapi tak salah kalau celebrate awal, kan? Tapi untuk pertama kali, 2hb doblas tu, Mama & Papa tak cuti & celebrate sepanjang hari. Papa takleh cuti & Mama lak takde cuti. Huhuhu... Dia sibuk nak ke Sunway Lagoon, macam tahun lepas, tapi dengan musim ribut petir ni pun, idaklah elok nak pergi berendam kat sana....

Sunday, November 8, 2009

Bila Papa Tiada Di Rumah

Terasa sunyi.... walaupun kalau tak, memasing buat hal sendiri kat rumah. Mama dengan notebook therchenta, Papa & Raimie dengan game Nintendo memasing. Takde kaki orang untuk Mama & Raimie sandar bila Papa tak ada.

Bila Papa tiada di rumah, barulah Mama rasa kehilangan sebab takde sapa nak urut belakang Mama. Hehehe... Dan Mama kenalah basuh baju. Kalau Papa ada, Papa yang basuh & jemur baju. Muahaha....

Papa... cepat balik. Mama & Raimie rindu. :D

p.s. jangan lupa bawak balik souvenir!

Tuesday, October 27, 2009

Rezeki Rambutan Dari Bentong

Lama tak apdet... apa lagi cerita baru... tapi kali ini bukan sebab malas ataupun takde idea tapi sebab Maxis Beruk Bang (ini tiru idea Pak Man... hihihi) yang amatlah menyakitkan hati.

Ini pun cerita dah lama... tapi Mama nak meluahkan rasa terima kasih pada member yang sudi menyedekahkan buah rambutan untuk kita. Bukan seikat dua pulak tu. Siap boleh bahagi-bahagi bagi pada orang lain makan sekali. Yelah, kalau kita yang makan semuanya, mau cirit-birit rambutan kita lepas tu! Huhuhu

Lepas ni tunggu ada ke tidak orang nak derma buah durian dari Bentong pulak. Hihihi