Saturday, December 12, 2009

Kenduri Jeruk



Kenduri jeruk untuk kita anak beranak. Dua balang jeruk yang Mokde beli di Pasar Payang masa dia balik kampung hari tu.

Hajat dihati nak borong jeruk buah salak, tapi tak ada stok lah pulak. Takpe, takpe... seronok jugak layan jeruk mangga dan jeruk buah kelubi. Sedap...

Mau dua-tiga bulan jugak kita nak memperabihkan jeruk ni. Ni pun, hari-hari makan jeruk. Hihi

Wednesday, December 2, 2009

Sambutan Hari Jadi Raimie Di Raub

Masa balik Raub minggu lepas untuk sambutan Hari Raya Haji, buatlah sekali sambutan hari jadi Raimie. Ingatkan macam tahun lepas, buat kecik-kecik aje, ajak budak-budak kawasan rumah datang makan selain dari sambut dengan Makcik & Pakcik Raimie (dan Atuk dan Opah). Tapi rupa-rupanya, Opah suruh buat kat balairaya kat sebelah surau. Tu dia! Terlebih meriah lah pulak, terlampau meriah sampaikan ramai yang datang tu pun bukannya kita kenal pun. Huhuhu Kalah hari jadi anak penghulu kampung! Muekeke


 
 
Posing-posing ambik gambar sebelum, semasa dan selepas majlis. Seronok Raimie dapat hadiah dari Makcik & Pakcik dan juga dari Wan Teh & Tok Ucop. Terima kasih. Tahun depan bagi lagi. Hihihi


Malam tu pulak, barulah dapat peluang betul-betul bersama ahli keluarga sambut hari jadi Raimie. Glemer Raimie tahun ini menyambut hari jadi ke 7. Berapa kali tiup lilin kek kan?

Apa-apa pun, terima kasih Makcik dan Pakcik sebab tolong "menjayakan" majlis. Jasamu dikenang. Hihihi

Tahun depan, kita tiga orang ajelah ye sambut hari jadi ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...