Monday, June 30, 2008

Bloggerwave



Tulis dalam BI lak sebab link sponsor. :D Buat duit beb. Hehehe

Opportunity to make money by blogging! I've posted about Bloggerwave at Urutora No Hi earlier, and decided to make another entry here.

For info, Bloggerwave is aiming to be Europe's biggest advertising media on blogs and by spreading the word, we can help Bloggerwave (and us as members too) to grow and the benefit for us is we get to earn money through our blog. Isn't that neat?

Sunday, June 29, 2008

Cuti-Cuti Malaysia : Bukit Tinggi

Sebab minyak naik, malas nak cuti-cuti Malaysia jauh-jauh. :D

Gi Bukit Tinggi sahaja, dapatlah berangan pergi ke Jepun & Perancis. Hehehe

Ini pun, gi duduk kat Meranti Park Suite shj. (Walaupun teringin jugak nak duduk suite jepun kat atas tu. Hehehe)









Hutan berkabus di awal pagi

Di Taman Botani

Di Rabbit Park

Di Colmar Tropicale

Sunday, June 22, 2008

Macam Macam Cerita

Banyak yang berlaku minggu ini.

Awal minggu - anak rakan sekerja Mama masuk ICU. Blood Disease, tak ingat apa nama sakit tu, tapi punca sakit tak diketahui. Blood Level turun sampai hanya 5 sahaja! Kasihan anak kecil berumur 7 tahun itu. Rawatan hanya blood transfusion dan steroid sahaja dan tunggu dan lihat. Kami rakan sekerja, bergilir-gilir ke hospital untuk menderma darah sebagai ganti darah yang telah digunakan. Alhamdulillah, hari jumaat kami terima berita kadar darah sudah naik dah mungkin dia boleh keluar hospital hari sabtu. Cuma, sekarang dia kena berhati-hati supaya tidak terhantuk atau berlanggar apa-apa sebab takut nanti ada pendarahan dalaman lagi.

Tengah minggu - terima SMS dari Kak Lela. Dapat juga dengar suara Kak Lela. Masa tu beliau dalam tren mahu ke Muzium Negara. (Kak Lela, saya dah 8 tahun tak ke sana)

Juga, tayar kereta papa pecah. Jadi Papa cuti emergency kerana terpaksa ganti tayar dan juga sport rim. Habis RM1,500++

Juga, Raimie dapat hadiah Ultraman dari makcik dan pakcik nya. Sekarang ni, makin bertambah mainan yang Raimie bawa tidur. Tak muat katil tu nak letak orang! Huhuhu

Hujung minggu - Sabtu; pergi tengok rumah dengan Raimie. Sekali dengan rakan sekerja, tengok rumah Penthouse yang dijual. Apartment - unit dua tingkat dan bestnya, ada bath tub. Kalau ganti bath tub tu dengan tub jepun, mesti best! Mama tau Papa teringin nak letak satu dalam bilik air, tapi bilik air sekarang ni tak muat nak letak. Nak beli ke? Hehehe... taklah, temankan kawan aje tengok rumah. Sekarang ni kena prudent dalam kewangan. Kalau nak beli rumah pun, kena beli dekat dengan bandar, biar dekat dengan sekolah Raimie, jadi tak perlulah Raimie kena bangun awal sangat. Sekarang ni pun, Raimie pukul 6.30 dah bangun. Kesian juga kalau dah sekolah sesi pagi, kena bangun pukul 5.30 pulaklah agaknya!

Ahad pula, pening dengan Raimie. Anak Mama yang sorang ni, duduk senyap dalam bilik, rupa-rupanya main gam. (Bukan hidu gam!) Habis dilunyur cover bekas mainan dia dengan gam. Sampai rambut pun bergam!

Itu pagi, petang pula, masa Mama terlena kat sofa dan Papa sibuk dengan game Nintendo nya, jari Raimie tercucuk patung Spawn Papa. Kepak Spawn tu kan tajam. Berdarah habis jari Raimie, tapi Raimie tak bagitau Mama / Papa. Senyap-senyap dia ke bilik air. Bila Mama perasan, dia tersengih-sengih dengan jari berdarahnya tu. Darah menitik bukan sikit. Merata-rata! Habis tuala mandi berdarah, lantai bilik, bilik air dan dapur dengan titisan darah. Anak Mama ni... Susah nak cakap bila buat sesuatu yang dia rasa salah. Macam hari tu jatuh tersembam, sampai luka besar kat dagu. Senyap aje tahan sakit walau darah habis menitik. Masa nak letak ubat baru melolong mintak tolong pada Mama. Hai...

(Perasan tak anak-anak ni, kalau sakit mesti mintak tolong pada Mamanya kan?)

Berita best:
Terima confirmation, minggu depan kita ke Bukit Tinggi. Yeay! Nak ajak Mokde & Pokde ke?

Thursday, June 19, 2008

Raimie dapat hadiah!


Raimie dapat Ultraman dari mokde, pokde & pakcik Aus. Terima kasih daun keladi, len kali beli lagi! Hihihi

Wednesday, June 18, 2008

Tukar Sport Rim dan Naik Komuter

Jadi alkisahnya sebab tayar pecah, dan sport rim tayar yang pecah tu kemek, Papa tukar 4 sekaligus sport rim dan juga tayar baru. Habis beriban jugak tuh, walalu hanya kereta kelisa sahaja.

Mama tanya takleh tukar satu sport rim sahaja ke? Papa kata nanti pelik sebab satu tak matching. Mama tanyalagi, salah ke? Hehehe kedekutlah Mama ni...

Adventure naik komuter pula, pagi oklah walau ada pengumuman ada masalah teknikal (komuter dan LRT memang banyak betullah masalah teknikal ni. Apa dia masalah teknikal pun Mama tak tau) tapi sebab Mama sengaja naik lambat, takdelah berasak-asak.

Balik kerja kena sabarlah pulak. Tren pertama yang lalu masa Mama tunggu di stesen, Mama tak dapat naik sebab terlampau penuh. Penuh di pintu, di tengah tu tak penuh pun. OKlah kot sebab tren berikutnya tu sampai lambat hanya 1 atau 2 minit dari masa yang tertera di papan pengumuman. Improve dari dulu, boleh delay sampai tak datang lansung ikut jadual kan? Yang penting, naik komuter tak jem. Kejap aja perjalanan sebenarnya dibandingkan naik kereta. Kalaulah on time, mesti lagi bagus. Yang berasak-asak tu takleh elaklah masa peak period kan...

Sekarang ni, kalaulah teksi tak asyik nak buat kerja senang charge penumpang RM10 untuk perjalanan tak sampai 5km kan bagus.... maklumlah, rumah kita tak ada bas masuk, bukan tak boleh jalan kaki tapi kadang-kadang penat malas nak jalan... tapi tak mahu juga kena taruk/tipu dgn pemandu teksi di stesen KTM Serdang tu.

Tuesday, June 17, 2008

Tayar dan Sofa

Adess!!! Hari ini Mama kena sorang-sorang naik komuter pergi kerja. Papa pulak ambik emergency leave.

Nasib baik Raimie hari ini cuti. Tadika cuti satu hari sebab ada kawan sekelas Raimie yang masuk pertandingan kat luar. Tapi kali ini Raimie tak masuk. Bila tak kena pilih, rasa tak best pulak. Hihihi Takkan anak Mama sorang aje yang masuk pertandingan ek?

Berbalik pada kisah asal. Tayar kereta Papa pecah. Tayar depan bahagian penumpang. (Eh! Berat sangat ke Mama ni. Huhuhu) Jadi, Papa ambil cuti boleh sekali servis kereta. Erk! Duit lagi!

Kesian Papa berpeluh-peluh tukar tayar. Raimie pulak asyik sibuk nak mengacau aje. Tapi Mama suka tengok Papa tukar tayar (dan buat apa-apa kerja berat yang tunjuk "macho" ni. :D )

Pasal sofa lak, seminggu ni Papa tidur kat ruang tamu. Tidur atas sofa. Bukan sebab gaduh dengan Mama ya! Sebab penangan Euro 2008. Sanggup! (Teringat pulak dulu Mama sanggup berjaga tengok AF sebab gila kat Mawi. Hehehe)

Sebab Papa dah tidur kat ruang tamu, Mama pun takdelah bangun pukul 5.00, sebab kesian kat Papa (dan juga ambik kesempatan berlingkar atas katil, sebenarnya). Kalau Mama bangun awal, kacau Papaa tidur kan... Jadi kasi can Papa tidur tanpa gangguan sampai pukul 6.00. Baik tak Mama ni? Hahaha

Monday, June 16, 2008

Hari Bapa

Semalam Hari Bapa. Selamat hari Bapa pada Bapak di Raub, Abah di Bangsar dan tak lupa Suami tercinta.

Raimie dah lama dah siap beli kad Hari Bapa, tapi sorok tak bagitau Papa. Beli aje, sebab malas nak buat. Hehehe....

Tak ada apa istimewa dan tak keluar rumah pun. Hanya makan pizza di rumah. Sebabnya, Papa Raimie malas nak bawak kereta semenjak dua menjak minyak naik harga ni. Huhuhu

Ingat nak ke Bukit Tinggi, tapi hari tu Papa eksyen taknak pegi. Hari Jumaat baru kata OK. Tak tahu dpt reserve bilik bila, tengok ada kosong (maklumlah bilik FOC, takleh cakap banyak).

Apa-apa pun untuk semua bapa, Selamat Hari Bapa!

Wednesday, June 11, 2008

Cerita harga naik lagi

Tak ada yang nak ditulis, cuma mahu menyelitkan link kepada site Mufti Perlis.

Papa komen hari ini, jalan tidak jam seteruk biasa. Agaknya sebab ramai cuba mengurangkan perjalanan naik kereta tapi yelah, berapa lama. Naik kereta adalah keperluan hidup di sini. Lainlah kalau sanggup habis masa berjam-jam menunggu bas/komuter/lrt yg mungkin ada masalah teknikal, jam atau apa saja alasan.

Setakat ini Mama & Papa masih sanggup keluar duit lebih sebab tak mahu membazir masa yang sepatutnya boleh diguna untuk bersantai sekeluarga di rumah untuk menunggu bas. (Dari stesen komuter ni tak ada bas feeder masuk ke kawasan perumahan kita)

Oh ya, kakitangan kerajaaan dibenarkan bekerja part-time. Jadi, lepas ini takutmak bapak tak ada masa nak meninjau dan bersama anak-anak sebab perlu cari wang berkerja part-time!

Wednesday, June 4, 2008

Harga Minyak Naik Lagi

Dari tengah malam ini, harga petrol naik 78 sen. Ini selepas pegumuman pihak menteri yang kononnya hanya naik bulan Ogos nanti. Maknanya, lepas ini tak perlu percaya apa yang kerajaan umumkan sebab hari ini kata lain, esok kata lain pula.

Sebab minyak nak naik, panjang berjela nak beratur ke stesen minyak, sampai jadi kesesakan lalu lintas.

Selepas ini minyak juga akan mengikut harga pasaran, dan mungkin berubah setiap bulan.

Sekarang dalam berita, Pak Lah sedang umumkan langkah seperti pengurangan cukai jalan dsb selepas kenaikan harga minyak.

Apa-apa pun, harga minyak naik, tak lama lagi mesti harga barang lain pun menyusul naik kan? Yang tak naik, gaji pekerja swasta.

Pesan Pak Lah, rakyat Malaysia kena ubah cara hidup. Dan rakyat Malaysia harus bersyukur sebab kadar harga adalah terendah di rantau ini. Yang ini, malas dah nak komen.


Tuesday, June 3, 2008

Ultraman Lagi

Ultraman datang lagi. Kali ini di Sungei Wang Plaza. Mungkin tak pergi, walau Mama tahu Raimie tu mesti nak ke sana. 1. Sebab malas nak kesesakan jalan. 2. Sebab nak naik monorail ke sana pun malas. Monorail yang sentiasa padat dan sendat.

Takpa, bak kata Raimie masa beratur nak jumpa Ultraman Max tempoh hari; kat Jepun pun boleh jumpa. Hehe kalau kat Jepun, tak berasak-rasak beratur sebab orang Jepun ni macam automatik je beratur untuk apa-apa hal.

Tapi kan, betul ke kita nak ke Jepun lagi ye? Banyak duit! Huhuhu

Sunday, June 1, 2008

Masak-masak hujung minggu

Hari cuti ni, pakat masak ala-ala Jepun sahaja. Ikan dan ayam aje yg kena masak (selain nasi la). Yang lain, keluar peket 'instant' aje. Hehehe senang & cepat. (Malangnya takleh nak kata murah sebab nak makan ala Jepun ni, bukanlah murah)

Hari sabtu, Mama masak ikan salmon (apa nama salmon dlm BM ye?) teriyaki. Hari ahad masak oyakodon pula untuk makan tengahari. Makan malam lagi ringkas - nasi dengan chazuke. Keluar peket aje. Sedap.
Makan tengahari. Ini Papa punya. Mama makan oyakodon

Makan malam simple. Mama punya kosong aje. Kalau Papa dan Raimie mesti nak tambah pelbagai "perasa"

Kalau masak biasa masak melayu, Raimie susah nak makan. Kalau beras Jepun, soba, sushi, onigiri ke - cepat saja habis. Kesukaan Raimie sup miso. Boleh habis bermangkuk-mangkuk! Sekarang ni pun, stok chazuke yang Kak Lela hadiahkan dah nak habis. Furikake pun tinggal furikake ume sahaja. Stok makanan yang dibeli penuh satu kotak di Max Value pun dah nak habis. Lepas ni kena beli kat Jusco lah pulak. Erkkk! Parahlah poket. Huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...