Wednesday, June 11, 2008

Cerita harga naik lagi

Tak ada yang nak ditulis, cuma mahu menyelitkan link kepada site Mufti Perlis.

Papa komen hari ini, jalan tidak jam seteruk biasa. Agaknya sebab ramai cuba mengurangkan perjalanan naik kereta tapi yelah, berapa lama. Naik kereta adalah keperluan hidup di sini. Lainlah kalau sanggup habis masa berjam-jam menunggu bas/komuter/lrt yg mungkin ada masalah teknikal, jam atau apa saja alasan.

Setakat ini Mama & Papa masih sanggup keluar duit lebih sebab tak mahu membazir masa yang sepatutnya boleh diguna untuk bersantai sekeluarga di rumah untuk menunggu bas. (Dari stesen komuter ni tak ada bas feeder masuk ke kawasan perumahan kita)

Oh ya, kakitangan kerajaaan dibenarkan bekerja part-time. Jadi, lepas ini takutmak bapak tak ada masa nak meninjau dan bersama anak-anak sebab perlu cari wang berkerja part-time!

2 comments:

  1. yes...sebenarnya tu yg paling saya takutkan...masalah anak2 dan keluarga makin terabai kerana hanya untuk kelangsungan hidup...bukan untuk bermewah tetapi sekadar cukup makan...akan makin byk la masalah sosial...kalau dlm nihonggo akujunkan (vicious circle)...

    ReplyDelete
  2. @Nash,
    itulah kan Nash. Yang kena bertungkus lumus cari rezeki yg sentiasa tak cukup hingga terpaksa korbankan masa dgn keluarga. Masalahnya, bila apa tak baik berlaku, masyarakat kita pantas menunding jari.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...