Sunday, June 1, 2008

Masak-masak hujung minggu

Hari cuti ni, pakat masak ala-ala Jepun sahaja. Ikan dan ayam aje yg kena masak (selain nasi la). Yang lain, keluar peket 'instant' aje. Hehehe senang & cepat. (Malangnya takleh nak kata murah sebab nak makan ala Jepun ni, bukanlah murah)

Hari sabtu, Mama masak ikan salmon (apa nama salmon dlm BM ye?) teriyaki. Hari ahad masak oyakodon pula untuk makan tengahari. Makan malam lagi ringkas - nasi dengan chazuke. Keluar peket aje. Sedap.
Makan tengahari. Ini Papa punya. Mama makan oyakodon

Makan malam simple. Mama punya kosong aje. Kalau Papa dan Raimie mesti nak tambah pelbagai "perasa"

Kalau masak biasa masak melayu, Raimie susah nak makan. Kalau beras Jepun, soba, sushi, onigiri ke - cepat saja habis. Kesukaan Raimie sup miso. Boleh habis bermangkuk-mangkuk! Sekarang ni pun, stok chazuke yang Kak Lela hadiahkan dah nak habis. Furikake pun tinggal furikake ume sahaja. Stok makanan yang dibeli penuh satu kotak di Max Value pun dah nak habis. Lepas ni kena beli kat Jusco lah pulak. Erkkk! Parahlah poket. Huhuhu

6 comments:

  1. sama la dgn anak2 kami...kalau beras siam...mmg tak byk la makannya..kalau beras jepun..sampai bertambah2...oo raimie pun suka furikake ye...

    ReplyDelete
  2. Nash,
    memang suka furikake. Nak nak ada furikake genki renjer dlm stok. suka benar dia.

    ReplyDelete
  3. furikake ultraman pun ada tau...kami jumpa kat ultraman shop di kawasaki...zakwan n zarul berebut nak ultraman mebius la etc...sbb perasanya ikut character

    ReplyDelete
  4. sedap sedap....bila nak blanje akak mkn? hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...