Sunday, June 22, 2008

Macam Macam Cerita

Banyak yang berlaku minggu ini.

Awal minggu - anak rakan sekerja Mama masuk ICU. Blood Disease, tak ingat apa nama sakit tu, tapi punca sakit tak diketahui. Blood Level turun sampai hanya 5 sahaja! Kasihan anak kecil berumur 7 tahun itu. Rawatan hanya blood transfusion dan steroid sahaja dan tunggu dan lihat. Kami rakan sekerja, bergilir-gilir ke hospital untuk menderma darah sebagai ganti darah yang telah digunakan. Alhamdulillah, hari jumaat kami terima berita kadar darah sudah naik dah mungkin dia boleh keluar hospital hari sabtu. Cuma, sekarang dia kena berhati-hati supaya tidak terhantuk atau berlanggar apa-apa sebab takut nanti ada pendarahan dalaman lagi.

Tengah minggu - terima SMS dari Kak Lela. Dapat juga dengar suara Kak Lela. Masa tu beliau dalam tren mahu ke Muzium Negara. (Kak Lela, saya dah 8 tahun tak ke sana)

Juga, tayar kereta papa pecah. Jadi Papa cuti emergency kerana terpaksa ganti tayar dan juga sport rim. Habis RM1,500++

Juga, Raimie dapat hadiah Ultraman dari makcik dan pakcik nya. Sekarang ni, makin bertambah mainan yang Raimie bawa tidur. Tak muat katil tu nak letak orang! Huhuhu

Hujung minggu - Sabtu; pergi tengok rumah dengan Raimie. Sekali dengan rakan sekerja, tengok rumah Penthouse yang dijual. Apartment - unit dua tingkat dan bestnya, ada bath tub. Kalau ganti bath tub tu dengan tub jepun, mesti best! Mama tau Papa teringin nak letak satu dalam bilik air, tapi bilik air sekarang ni tak muat nak letak. Nak beli ke? Hehehe... taklah, temankan kawan aje tengok rumah. Sekarang ni kena prudent dalam kewangan. Kalau nak beli rumah pun, kena beli dekat dengan bandar, biar dekat dengan sekolah Raimie, jadi tak perlulah Raimie kena bangun awal sangat. Sekarang ni pun, Raimie pukul 6.30 dah bangun. Kesian juga kalau dah sekolah sesi pagi, kena bangun pukul 5.30 pulaklah agaknya!

Ahad pula, pening dengan Raimie. Anak Mama yang sorang ni, duduk senyap dalam bilik, rupa-rupanya main gam. (Bukan hidu gam!) Habis dilunyur cover bekas mainan dia dengan gam. Sampai rambut pun bergam!

Itu pagi, petang pula, masa Mama terlena kat sofa dan Papa sibuk dengan game Nintendo nya, jari Raimie tercucuk patung Spawn Papa. Kepak Spawn tu kan tajam. Berdarah habis jari Raimie, tapi Raimie tak bagitau Mama / Papa. Senyap-senyap dia ke bilik air. Bila Mama perasan, dia tersengih-sengih dengan jari berdarahnya tu. Darah menitik bukan sikit. Merata-rata! Habis tuala mandi berdarah, lantai bilik, bilik air dan dapur dengan titisan darah. Anak Mama ni... Susah nak cakap bila buat sesuatu yang dia rasa salah. Macam hari tu jatuh tersembam, sampai luka besar kat dagu. Senyap aje tahan sakit walau darah habis menitik. Masa nak letak ubat baru melolong mintak tolong pada Mama. Hai...

(Perasan tak anak-anak ni, kalau sakit mesti mintak tolong pada Mamanya kan?)

Berita best:
Terima confirmation, minggu depan kita ke Bukit Tinggi. Yeay! Nak ajak Mokde & Pokde ke?

4 comments:

  1. kecik2 dah kontrol macho...(ke takut kena marah oleh mama n papa)...yg mana satu ye>???

    ReplyDelete
  2. @Nash,
    kalau jatuh kat sekolah pun takkan nangis tau Nash. Bila dah balik baru dia melolong kat mama dia. Malu kat aweks. Hihihi
    Mama & Papa dia cool... :D

    ReplyDelete
  3. salam lina,

    memandangkan keadaan mak k lela dah tenang semula, k lela bercadang ke KL lagi sekali. K lela akan berhubung lagi bila sampai KL nanti, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. @Kak Lela,
    saya tunggu... apa khabar ibu Kak Lela sekarang ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...