Wednesday, June 4, 2008

Harga Minyak Naik Lagi

Dari tengah malam ini, harga petrol naik 78 sen. Ini selepas pegumuman pihak menteri yang kononnya hanya naik bulan Ogos nanti. Maknanya, lepas ini tak perlu percaya apa yang kerajaan umumkan sebab hari ini kata lain, esok kata lain pula.

Sebab minyak nak naik, panjang berjela nak beratur ke stesen minyak, sampai jadi kesesakan lalu lintas.

Selepas ini minyak juga akan mengikut harga pasaran, dan mungkin berubah setiap bulan.

Sekarang dalam berita, Pak Lah sedang umumkan langkah seperti pengurangan cukai jalan dsb selepas kenaikan harga minyak.

Apa-apa pun, harga minyak naik, tak lama lagi mesti harga barang lain pun menyusul naik kan? Yang tak naik, gaji pekerja swasta.

Pesan Pak Lah, rakyat Malaysia kena ubah cara hidup. Dan rakyat Malaysia harus bersyukur sebab kadar harga adalah terendah di rantau ini. Yang ini, malas dah nak komen.


6 comments:

  1. sekurang2nya simpati lah dengan rakyat yang berpendapatan rendah dan yg duduk di kampung2...

    ReplyDelete
  2. @Nash,
    itulah... mcm my dad, ke mana pun kena pakai jip. adik-adik pakai motor. bukan saja kemudahan tapi keperluan utk ke sekolah sebab takkan nak habis masa tunggu bas setengah jam utk perjalanan naik motor 10 minit?
    sedangkan orang asli pun pakai kereta dan motor utk mengangkut hasil hutan.
    yg tak rasa ialah org yg dpt mileage claim dan petrol di bayar oleh syarikat.
    rasa macam tak logik pula ada pendapat kata harga barang tak naik sebab subsidi diesel pd tahap yg sama. Helo?

    ReplyDelete
  3. Lina.

    Baca lah di mana2 pun, dengarlah di mana2 pun. Semua org bercerita dgn berbagai nada pasal kenaikan petrol.

    Memang benar, tak mungkin dapat selamanya mengelak kenaikan petrol memandangkan dunia keseluruhannya harga meningkat. TAPI CARA kenaikan di Malaysia tup tup 40%, memang sukar diterima sekalipun saya yg berada dibumi Jepun, namun Malaya tetap tanahairku .

    Lebih pedih dan terluka....bila para menteri bercakap "pandai" seperti
    1. Tambang bas/teksi tak naik
    2. Harga barangan tak naik
    3. Subsidi diberi dgn cara yg pos!!!

    Eh..panjangnyer kak ani komen..cam blog sendiri la pulak...Gomen ne..

    ReplyDelete
  4. Kak Aini,
    lama tak dengar berita :-)
    memang isu hangat dan hangat juga isu rebet RM625 tu. tapi kan, duit leih bayar income tax Zaini pu tak dpt2 lagi ni walau janji hanya sebulan. hmmm...
    Kita memang sedar kita tak boleh mengelak dari harga petrol naik, tapi tak logik kalau hari ini janji petrol tak naik, esok tup tup naik. tak ke haru.
    Para menteri kita tak perlu naik teksi, bas dan juga komuter. :D

    ReplyDelete
  5. haah la plak kan lina...setakat gaji 1-2k, haruu kalu dok kl ni..diorg tau ckp j..nak ubah cara idup tang mana lg ye...bknnyer mewah mana pon, cukup2 j..diorg x rasa, tau ckp j..yg seksa..org2 bese ni ler...(diorg tu org luar bese, ekeke...)

    ReplyDelete
  6. @Kak Jun,
    itulah... kita ni mungkin okey lagilah, kalau yg clerk, despatch yg anak pun ramai... mcm mana nak hidup?
    nak bercucuk tanam pun, kalau org tinggal kat flat, nak tanam sayur kat mana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...