Thursday, February 28, 2008

Hari ini dan semalam

Macam tajuk lagu pula....

Semalam, Papa balik lambat sebab ada function di Restoran Berputar KL Tower. Tahun ini Papa memang banyak function. Lepas ofis semalam, Mama jemputlah Raimie sebab nak bawa jalan-jalan di Mid Valley. Nak balik rumah, pening pula naik komuter yang sendat dan padat. Nak naik teksi - teksi susah nak ke sana.

Di rumah Atuk, ada ceramah dari PKR. Ada Nurul Izzah. Memang meriah, dengan sesak kereta, sesak manusia dan orang berniaga...

Sakit pula kaki berjalan lama. Sampai ke rumah, pukul 10 malam.. Penat! Nasib baik di rumah ada air. Dari hari sabtu, ada masalah air di sini. Menyusahkan betul!

Hari ini pula Raimie ada pertandingan mewarna. Raimie kata dia dapat nombor tiga. Tapi tengok hadiah (Mama tak pergi sokong sebab kerja), macam hadiah penyertaan sahaja. hihihi Beratur ambil hadiah, orang yang ketiga kot.

Petang tadi sepatutnya ada ceramah - malas nak pergi. Lagipun hari ini ada meeting. Meeting yang menghabiskan masa tapi kalau tak hadir, nanti orang kata Mama tak beri kerjasama aktiviti syarikat.


Thursday, February 21, 2008

Raimie dan Tilawah

Pagi tadi Cikgu Raimie beritahu, nak masukkan Raimie ke Pertandingan Tilawah. Mama tanya Cikgu, boleh ke? Anak saya tu penakut. Hahaha memang tak senonoh Mama ni kan? Kutuk anak sendiri. Sorry sayang... (tapi dulu nak naik pentas untuk buat persembahan Joget Kelantan pun, sampai macam nak demam... yang ini bukan anak Lina ni.. sebab kalau Lina suka naik pentas. keskeskes)

Tapi tarikh tilawah 23hb Mac. Masa tu kita di Jepun. Nak buat macam mana, tiket dah beli. Beria-ia Cikgu minta tukar tarikh. (Bagus sangat ke anak Mama ni? Hihi)

Macam ni takde can lah Raimie nak jadi pelajar terbaik. Sudahlah nanti ponteng kelas 2 minggu, acara sekolah pun tak masuk. Takpe-takpe, tahun depan dah tak boleh ponteng dah ye...

Tuesday, February 19, 2008

Hari Raya Cina Lagi

Photobucket
Gambar : Singa Menari-nari dalam ofis Mama. Mama dengan tak malu dan selamba badak pun sibuk ber "gong xi gong xi" sama. Hehehe...

Jumaat ni cukup 15 hari tahun baru cina. Lepas ni takde dah orang belanja makan untuk tahun baru! Huhuhu

Sunday, February 17, 2008

Pilihanraya

Emmmm.... Dah nak pilihanraya. Dengan rasa tak bangganya Mama nak beritahu, Mama belum mendaftar lagi. Tak guna betul, kan? Keskeskes Orang Malaysia kat Jepun pun nak mengundi, Mama di sini buat tak tahu sahaja.

Bila dah nak pilihanraya, maka Pemimpin pun ramai turun padang. Minggu lepas Pak Lah datang ke kawasan rumah Mak. Amboi, sebab PM nak datang, 3 lif di blok yang selalunya hanya satu berfungsi (kalau nasib baik 2 jalan) berfungsi semuanya. Pembahagi jalan diganti baru. Pagar bengkok dibuka. Tembok dicat. Pada Mama ini semua hipokrit.

Kalau semua dicantikkan untuk pemimpin, bagaiman pemimpin nak tahu kepayahan orang ramai? Yang untung - kroni yang dapat tender untuk menggantikan barang & peralatan.

Malaysia Boleh!

Sunday, February 10, 2008

Cuti Hari Raya Cina 2

Seronoknya bermandi-manda di Lata Lembik. Mama ingat nak ambil gambar kampung Orang Asli untuk letak dalam blog, tapi baru tersedar bateri kamera dah low. Gambar yang di ambil pun tak berapa elok sebab matahari terlampau terik. Aisey...

Di Hulu Sungai, ada dua tiga bangunan kerajaan. Kontrasnya dengan kawasan penduduk setempat. Bangunan Kerajan untuk Technology Park dan satu dua bangunan lain, gahnya berdiri di tengah hutan. Dengan tiang lampu berukir, rumah pekerja yang umpama resort percutian. Tak salah untuk ada rumah cantik, tapi seeloknya, bangunkan jugalah kawasan sekeliling, kan?

Tapi jangan pandang rendah dengan Orang Asli. Rumah sudah batu. Ada Astro. Ada kereta, ada motosikal. Cuma mereka masih mengekalkan gaya hidup turun temurun. Masih membina rumah dari bulu dan rotan di sebelah rumah batu mereka. Anak-anak kecil masih berkeliaran bebas, duduk di tengah jalan tanpa risau. Dan masih tidak menyimpan wang untuk masa depan...

Melalut pula Mama ni...
Seronok juga cuti kali ini. Banyak cerita. Mak cik Emi dengan teman lelakinya pulang ke Raub, Makcik De sudah mengandung tiga bulan. Makcik Ayu kemalangan dilanggar motor - benjol di mata. Atuk pun suka, dikerah semua menantu & bakal menantu tolong betulkan garaj kereta. Hehehe... Kemas punya kemas garaj, terjumpa akuarium yang Atuk buat dulu. Dapatlah kita akuarium percuma. Yeay! (Seronok Turtle ada rumah baru yang lebih besar, kan?)

Sebab cucu seorang pulang ke kampung, Atuk dan Opah asyik menghulur permainan sahaja. Maklumlah Atuk menjual barang runcit kepada Orang Asli, jadi banyak juga barang permainan kecil dalam stok. Habis dibuka dan diberi pada cucu mereka yang seorang ni. Dan habis basah pakcik dan makcik kena tembak dengan pistol air Raimie yang baru. Kalau di rumah kita, memang tiada peluang nak main pistol air, sebab banyak sangat barang elektrik!

Tak lama kita di Raub sebab Mama dan Papa mahu pulang awal, mengelak kesesakan di Karak Highway. Kesian Raimie, agaknya sedih meninggalkan kampung, monyok sahaja sepanjang perjalanan pulang. Lain kali kita balik lagi ye?

Saturday, February 9, 2008

Cuti Hari Raya Cina

Yeay! Cuti kali ini, Papa setuju nak balik ke Raub. Sebelum ke Raub, kita singgah di Jusco beli makanan ringan sebab makcik-makcik Raimie nak ke Lata Lembik mandi dan ber BBQ. Lepas ke Jusco, singgah pula ke rumah kawan Mama, ambil pinggan mangkuk yang dia tolong ambilkan di jualan murah hotel hari itu (Mama beli lagi untuk Atuk). Tak tahan Papa menunggu orang perempuan ber"gossip", Papa pasang enjin tanpa tunggu Mama. Hehehe, kalau tak buat begitu, lagi setengah jam Mama sangkut di situ.

Lama juga perjalanan ke Raub kali ini sebab di MRR2 sudah berlaku kesesakan lalu lintas. Sudahlah banyak kereta rosak di jalan, Tol juga menyumbang kesesakan. Perjalanan 2 jam kali ini hampir jadi 4 jam. Mama yang tidak boleh duduk lama (sakit!) terpaksa buat aksi "stretching" yang agaknya pelik orang lain tengok dalam kereta.

Sampai di kampung, rehat sebentar, terus bertolak untuk berkelah ke Lata Lembik di Hulu Sungai. Tempat orang asli tapi orang asli moden. Duduk rumah batu siap dengan Astro tau!

Seronoknya Raimie mandi-manda. Makcik-makcik pun rajin melayan. Pakcik-pakcik ambil tanggungjawab pasang api untuk BBQ. Raimie mandi sampai lupa sejuk dan lapar. Seronok Mama tengok. Yelah, ini kali pertama Raimie mandi di air terjun. Masa Raimie lebih kecil, Opah tak izinkan Raimie ke kawasan hutan.

Sambung lagi esok, Mama dah mengantuk.


Wednesday, February 6, 2008

Padatnya KTM Komuter

Sebab malas nak tunggu Papa, hari ini Mama balik seorang dari pejabat. Maklumlah, pejabat tutup separuh hari sebab esok Hari Raya Cina.

Nasib baik Raimie tak ikut sekali. Kalau tak, kesian Raimie kena menaiki keretapi yang AMAT padat! Kalau padat sahaja, tak mengapa. Ini ada pula yang tak makan saman dalam keretapi. Sabar ajelah...

Bukanlan Mama ni nak mengutuk satu-satu bangsa, (dan Mama minta maaf kepada yang terasa) tapi geramnya Mama dengan sekumpulan orang Vietnam yang ada dalam keretapi tadi. Sudah tahu keretapi tu padat, perlu ke bersuka-ria dalam gerabak? Kesian ada seorang Mak cik yang dihimpit dua anak gadis Vietnam yang seronok terkinja-kinja. Yang lelaki apa kurangnya, tersandar ke sana, tersandar ke sini. Ada kakak di sebelah tu, asyik beralih tempat kerana Mamat yang seorang ini tak tahu duduk diam. Yang muntah pun ada. Yang duduk mencangkung pun ada. Bila Mamat yang seorang ini bersandar dekat badan Mama, senang saja, Mama tunjuk penumbuk.

Kalau orang Malaysia yang buat, dah lama kena hamun dan herdik dengan Mama. Tapi ini orang Vietnam. Entah faham atau tidak Bahasa Malaysia. Buat habis air liur sahaja. Tapi, Mama rasa tak faham lah kot (atau buat-buat tak faham) sebab bila Mama perli-perli dengan orang sebelah, mereka tak terasa pun.

Bercakap pasal orang Vietnam ni, di apartment kita pun ada sekumpulan yang menyewa. Tak kisahlah nak menyewa di mana pun, tapi kenalah ikut peraturan seperti orang lain. Kolam renang bukanlah tempat mandi pagi dan tempat gosok gigi. Ini, setiap pagi mesti ada sekumpulan yang hanya dengan seluar dalam mandi pagi di kolam renang. Sabar ajelah... Ingat itu sungai kat kampung ke?

Moral cerita Mama hari ini, kalau Raimie merantau nanti, bawalah diri baik-baik. Ingatlah, perbuatan dan tingka laku kita mungkin akan membentuk tanggapan orang luar tentang kita, keluarga kita dan negara kita. Janganlah beri alasan untuk orang mencemuh kita. (Tapi, kalau kita betul, kenalah pertahankan pendirian dan pegangan kita tau!)

Sunday, February 3, 2008

Bunga Segar

Seronoknya Mama sebab minggu ini ada jambangan bunga segar sebagai perhiasan di rumah kita. Bunga dari hamper Hari Raya Cina di ofis yang Mama bawa pulang. Rasa segar rumah bila ada bunga kan? Anak Mama pun gatal tangan membelek bunga, sampai kena marah dengan Papa.

Dulu semasa Mama di sekolah asrama, setiap minggu Mama beli bunga ros untuk diletak di dalam bilik Mama. Kalau giliran budak lelaki keluar, Mama tumpang oranglah - selalunya budak lelaki malu nak belikan. Hehehe... Dulu sekuntum bunga ros hanya 50sen. Jadi, tak rasa sakit poket membeli, apatah lagi bunga itu tahan seminggu (bunga dapat panadol!)

Masa anak Mama kecil dan semasa kita tinggal di rumah sewa, Mama ada juga cuba menanam pokok bunga. Tapi selalunya tak sempat berbunga sebab ada saja yang gatal tangan membelek bunga Mama. (Maklumlah rumah kita banyak mainan, jadi budak-budak sebelah selalu datang melawat)


Saturday, February 2, 2008

Lesen Kereta

Banyak kali Mama ditanya dan dibebel juga supaya berusaha untuk mengambil lesen memandu. Bukan Mama tidak mahu, dulu dah siap mendaftar dan pas Lesen L. Cuma sekarang in, Mama fobia untuk memandu.

Tak ramai (adalah 3 orang sahaja yang tahu pun: Papa, Atuk Raub, dan Pemandu kereta) yang tahu yang Mama dan Papa pernah terlibat dalam kemalangan. Tiada yang maut dan tiada yang cedera teruk. Tapi, bahagian depan kereta satria yang Mama dan Papa naiki ketika itu remuk berlangar dengan lori. Masa itu, Mama mengandungkan Raimie 4 bulan.

Beberapa bulan selepas kemalangan itu, Mama cukup takut untuk naik kereta. Kalau naik dan terpaksa duduk di depan, Mama akan tutup mata sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, sekarang dah tak begitu lagi, tapi Mama masih risau kalau ada kenderaan yang terlalu dekat dengan kereta kita.

Biarlah Mama kena kutuk tidak jadi wanita berdikari kerana tak pandai bawa kereta dan biarlah dileter nanti susah kalau ada kecemasan, tapi kalau Mama ada lesen pun, kalau menggeletar bawa kereta, bahaya juga.

Cuma kasihan anak Mama kerana bila Papa out-station, terpaksa naik komuter dengan Mama. Nasib baik juga, ramai rakan yang boleh kita tumpang kereta mereka untuk pulang ke rumah. Keskeskes

Yang pelik, dah berapa puluh kali jatuh motor (yang dibawa sendiri atau membonceng) tidaj pula serik naik motor. (Rindu lama tak naik motor besar. Papa tak pandai bawa motor. Hihihi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...