Saturday, February 2, 2008

Lesen Kereta

Banyak kali Mama ditanya dan dibebel juga supaya berusaha untuk mengambil lesen memandu. Bukan Mama tidak mahu, dulu dah siap mendaftar dan pas Lesen L. Cuma sekarang in, Mama fobia untuk memandu.

Tak ramai (adalah 3 orang sahaja yang tahu pun: Papa, Atuk Raub, dan Pemandu kereta) yang tahu yang Mama dan Papa pernah terlibat dalam kemalangan. Tiada yang maut dan tiada yang cedera teruk. Tapi, bahagian depan kereta satria yang Mama dan Papa naiki ketika itu remuk berlangar dengan lori. Masa itu, Mama mengandungkan Raimie 4 bulan.

Beberapa bulan selepas kemalangan itu, Mama cukup takut untuk naik kereta. Kalau naik dan terpaksa duduk di depan, Mama akan tutup mata sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, sekarang dah tak begitu lagi, tapi Mama masih risau kalau ada kenderaan yang terlalu dekat dengan kereta kita.

Biarlah Mama kena kutuk tidak jadi wanita berdikari kerana tak pandai bawa kereta dan biarlah dileter nanti susah kalau ada kecemasan, tapi kalau Mama ada lesen pun, kalau menggeletar bawa kereta, bahaya juga.

Cuma kasihan anak Mama kerana bila Papa out-station, terpaksa naik komuter dengan Mama. Nasib baik juga, ramai rakan yang boleh kita tumpang kereta mereka untuk pulang ke rumah. Keskeskes

Yang pelik, dah berapa puluh kali jatuh motor (yang dibawa sendiri atau membonceng) tidaj pula serik naik motor. (Rindu lama tak naik motor besar. Papa tak pandai bawa motor. Hihihi)

2 comments:

  1. Lina..
    Tak apa tak ada lesen pun..Baru lebih mesra bial cik abang dok drive mana-mana nak pergi. Anggaplah naik public transport tu sebhagian dari excersice...

    Tak lama lagi..raimie dah pun boleh drive..pejam celik..kejap aje tu nanti. Kita yg tak 'terasa' makin tua..kekekek( always berhati muda!! yeaaaaaa!!!")

    ReplyDelete
  2. Kak Aini,
    hihi. Raimie dah pesan, nnt dia besar biar dia bawa kereta hantar Mama pegi keja. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...