Seronoknya bermandi-manda di Lata Lembik. Mama ingat nak ambil gambar kampung Orang Asli untuk letak dalam blog, tapi baru tersedar bateri kamera dah low. Gambar yang di ambil pun tak berapa elok sebab matahari terlampau terik. Aisey...
Di Hulu Sungai, ada dua tiga bangunan kerajaan. Kontrasnya dengan kawasan penduduk setempat. Bangunan Kerajan untuk Technology Park dan satu dua bangunan lain, gahnya berdiri di tengah hutan. Dengan tiang lampu berukir, rumah pekerja yang umpama resort percutian. Tak salah untuk ada rumah cantik, tapi seeloknya, bangunkan jugalah kawasan sekeliling, kan?
Tapi jangan pandang rendah dengan Orang Asli. Rumah sudah batu. Ada Astro. Ada kereta, ada motosikal. Cuma mereka masih mengekalkan gaya hidup turun temurun. Masih membina rumah dari bulu dan rotan di sebelah rumah batu mereka. Anak-anak kecil masih berkeliaran bebas, duduk di tengah jalan tanpa risau. Dan masih tidak menyimpan wang untuk masa depan...
Melalut pula Mama ni...
Seronok juga cuti kali ini. Banyak cerita. Mak cik Emi dengan teman lelakinya pulang ke Raub, Makcik De sudah mengandung tiga bulan. Makcik Ayu kemalangan dilanggar motor - benjol di mata. Atuk pun suka, dikerah semua menantu & bakal menantu tolong betulkan garaj kereta. Hehehe... Kemas punya kemas garaj, terjumpa akuarium yang Atuk buat dulu. Dapatlah kita akuarium percuma. Yeay! (Seronok Turtle ada rumah baru yang lebih besar, kan?)
Sebab cucu seorang pulang ke kampung, Atuk dan Opah asyik menghulur permainan sahaja. Maklumlah Atuk menjual barang runcit kepada Orang Asli, jadi banyak juga barang permainan kecil dalam stok. Habis dibuka dan diberi pada cucu mereka yang seorang ni. Dan habis basah pakcik dan makcik kena tembak dengan pistol air Raimie yang baru. Kalau di rumah kita, memang tiada peluang nak main pistol air, sebab banyak sangat barang elektrik!
Tak lama kita di Raub sebab Mama dan Papa mahu pulang awal, mengelak kesesakan di Karak Highway. Kesian Raimie, agaknya sedih meninggalkan kampung, monyok sahaja sepanjang perjalanan pulang. Lain kali kita balik lagi ye?
No comments:
Post a Comment