Wednesday, February 6, 2008

Padatnya KTM Komuter

Sebab malas nak tunggu Papa, hari ini Mama balik seorang dari pejabat. Maklumlah, pejabat tutup separuh hari sebab esok Hari Raya Cina.

Nasib baik Raimie tak ikut sekali. Kalau tak, kesian Raimie kena menaiki keretapi yang AMAT padat! Kalau padat sahaja, tak mengapa. Ini ada pula yang tak makan saman dalam keretapi. Sabar ajelah...

Bukanlan Mama ni nak mengutuk satu-satu bangsa, (dan Mama minta maaf kepada yang terasa) tapi geramnya Mama dengan sekumpulan orang Vietnam yang ada dalam keretapi tadi. Sudah tahu keretapi tu padat, perlu ke bersuka-ria dalam gerabak? Kesian ada seorang Mak cik yang dihimpit dua anak gadis Vietnam yang seronok terkinja-kinja. Yang lelaki apa kurangnya, tersandar ke sana, tersandar ke sini. Ada kakak di sebelah tu, asyik beralih tempat kerana Mamat yang seorang ini tak tahu duduk diam. Yang muntah pun ada. Yang duduk mencangkung pun ada. Bila Mamat yang seorang ini bersandar dekat badan Mama, senang saja, Mama tunjuk penumbuk.

Kalau orang Malaysia yang buat, dah lama kena hamun dan herdik dengan Mama. Tapi ini orang Vietnam. Entah faham atau tidak Bahasa Malaysia. Buat habis air liur sahaja. Tapi, Mama rasa tak faham lah kot (atau buat-buat tak faham) sebab bila Mama perli-perli dengan orang sebelah, mereka tak terasa pun.

Bercakap pasal orang Vietnam ni, di apartment kita pun ada sekumpulan yang menyewa. Tak kisahlah nak menyewa di mana pun, tapi kenalah ikut peraturan seperti orang lain. Kolam renang bukanlah tempat mandi pagi dan tempat gosok gigi. Ini, setiap pagi mesti ada sekumpulan yang hanya dengan seluar dalam mandi pagi di kolam renang. Sabar ajelah... Ingat itu sungai kat kampung ke?

Moral cerita Mama hari ini, kalau Raimie merantau nanti, bawalah diri baik-baik. Ingatlah, perbuatan dan tingka laku kita mungkin akan membentuk tanggapan orang luar tentang kita, keluarga kita dan negara kita. Janganlah beri alasan untuk orang mencemuh kita. (Tapi, kalau kita betul, kenalah pertahankan pendirian dan pegangan kita tau!)

1 comment:

  1. Lina

    Kalau bab pasat tu yg kesian dgn anak2. Aini pernah bawa anak2 naik komuter..sekali nampak sekumpulan lelaki berpakaian kurang senonoh dgn earing dan rantai segala...anak aini pergi tanya kuat@ " Mama kenapa org ni, macam lelaki tapi pakai earings dan rantai macma perempuan" sekuat suara. Sudahnya terus saya turun at the next stop.!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...