Sunday, September 14, 2008

Dah Balik!

Hampir seminggu tak balik rumah, dan hampir seminggu jugalah Mama tak online. Hehehe

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar. Cuma ada sikit kesemputan kereta yang nak habis minyak tahap kritikal di Kijal. Nasib baik sempat ke stesen Petronas. Kalau tak, Papa kena ukur jalan cari minyak. Huhuhu

Walaupun urusan Papa hanya sehari di Marang, kita ambil kesempatan bermalam di sana dan hanya balik hari Jumaat - 3 malam di sana. Lama tak balik ke Marang, maklumlah bukannya dekat!

Seronok dan sibuk dengan aktiviti main di laut (Raimie shj yg mandi - orang lain main pasir ajelah bulan-bulan puasa ni), menziarah sedara-mara, ke kubur Arwah Nenek Raimie dan shopping di Pasar Payang. Shopping sampai tak muat boot kereta! Beli apa? Apa lagi - keropok shj dah berdozen-dozen, beli beras & rempah Nasi Dagang, beli handbag, beli baju raya untuk Mama, Raimie dan Atuk di Raub (Papa tak beli lagi tu...) dan jeruk berbalang-balang. Murah betul! (murah murah pun tak sedar dekat RM500 dah melayang. Huhuhu)

Singgah juga di bazaar ramadhan di sana - kat sana harga kuih belum naik lagi. Masih murah. Sudahlah murah, rasanya lebih sedap dari di KL! Kalau ke bazaar ramadhan/pasar malam di Terengganu, tak sah kalau tak beli satar. Mmmm... lamanya tak makan satar. Lepas jugaklah gian.

Di Kampung, berpeluanglah kita berbuka beramai-ramai. Seronok. Makan seadanya, tapi lebih puas dari hanya kita bertiga makan di rumah atau makan buffet hotel lima bintang.

Hari Selasa - menunya ikan bakar (ikan yang baru naik pagi itu - masih segar) dengan kicap cili, rendang daging dan kobis masak lemak, ulam kacang botol dan sambal tempoyak.
Hari Rabu - laksa Terengganu (orang Terengganu makan laksa guna tangan, Mama & Raimie aje yang sibuk cari sudu), lepas terawih makan bubur lambuk dan nasi ayam.
Hari Khamis - koay teow goreng dan ayam golek beli di bazaar ramadhan berdekatan Masjid Terapung. (Ayam dah mahal. RM7 sekilo. Argghh!!!) Ayam golek sekor dah RM18.
Hari Jumaat - berbuka di Raub, sambal jering, gulai kulat (baru Mama cakap teringin nak makan kulat sehari sebelum tu pada Papa; tengok-tengok sampai di Raub ada terhidang gulai kulat. Alhamdulillah) dan asam rong.
Hari Sabtu - Sambal petai, gulai kulat (sebab Mama happy sangat-sangat jumpa kulat semalam) dan kari kepala ikan. Hari ini semua anak, menantu & bakal menantu ada di rumah.
Hari Ahad - tak tau lagi. Rasanya masak petai lagilah kot sebab kita bawa balik petai banyak. Busuklah toilet ofis Mama! huhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...