Sunday, September 7, 2008

Bazaar Ramadhan

Pasar Ramadhan di Taman Saujana Impian

Di bulan puasa ini, apa lagi - muncul bazaar ramadhan di mana-mana. Inilah masa untuk yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam membeli pelbagai juadah dengan harga berpatutan. Tapi, nak berasak-asak tu yang tak tahan tu. Raimie apa lagi, sesak sikit & panas sikit; mesti mula mengomel. Huhuhu... Ini belum lagi ke Masjid India nanti untuk beli baju raya. Sah makin kuat dia mengomel.

Dan nampak gaya, kuih raya kita tahun ni, kuih raya beli sahajalah...

Hujung minggu kita apa lagi, ukur jalan tengok pasar ramadhan keliling kampung. Hehehe. Menu tunjuk hari ini, siput sebut dan ikan patin. Yum yum...

Lauk pauk dari Pasar Ramadhan di Bandar Tun Hussein Onn. Macam-macam ada, Nasi Ambang pun ada kat sini.

Raimie pula minta nak makan spaghetti. Yang itu, kenalah Mama masak untuk Raimie.

Dan untuk orang yang dah lama tak balik Malaysia - harga kuih sekarang bukan 3 biji RM1; sekarang dijual 5 biji RM2 & I biji RM0.40! Maklumlah, orang gomen kan nak dapat bonus tahun ni. Huhuhu

6 comments:

  1. selamat bersahur dan berbuka lina sekeluarga,

    K nori masih tunggu lina datang ke kedai, furikake untuk ramie.

    ReplyDelete
  2. tak untung la mcm tu...dulu 1 35 sen n 3 rm 1...dah satu 40 sen...sama je la berapa byk pun...huhu...semua makin naik...

    ReplyDelete
  3. aiseh lina!den nampak masak lemak cili padi siput sedut laaaa...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Mai ai mahal nye kueh!!
    Tp still org beli gak kan.
    Bln puasa la katakan.
    Ke bln x puasa pun same je?

    ReplyDelete
  5. Lina

    Sedapnya lauk tunjuk tu...baru ni kan kak aini jumpa 'ikan baung'...masak tempoyak ..sedap oooooooooo

    ReplyDelete
  6. @Kak Lela,
    InsyaAllah, nnt saya singgah :D

    @Nash,
    tapi bila harga minyak turun, takde pula yg baik hati turunkan harga ye?

    @Umie,
    Nampak itu siput sedut ka? Hehehe... Kami makan dulu ye. :-D

    @Farah,
    tak taulah, kena tunggu lepas bulan puasa tengok harga still mcm tu. Yg pelik, air pun sesetengah tempat dah naik 20 sen. Pelik pelik

    @Kak Ani,
    teringin nak rasa ikan baung masak tempoyak tu. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...