Friday, September 5, 2008

Buka Puasa Apa Hari Ini?

Hari Isnin hari tu, terima daging kijang dari Atuk di Raub. Ada Orang Asli dapat tangkap kijang. Apa lagi, kenyang makan daging kijanglah orang di Raub. Opah di kampung masak daging black pepper. Tak merasa lah kita sebab kita tak ada di kampung hari Isnin tu. Huhuhu

Sebab kita dapat daging pun banyak, pakat pergi rumah Mokde masak di sana. Pergi hijack dapur dia. Maklumlah, kat sana ramai orang bujang. Hehehe...

Masak yang simple aje, daging bercili. Nak masak daging kijang ni, sekejap aje. Tak payah lama-lama. Daging pun lembut sangat. Senang Raimie nak makan.
Alhamdulillah... rezeki kita, Pak Long, PokDe dan PokSu makan kijang hari tu.
Teringat masa kecik-kecik dulu, biasa makan daging kancil, landak, kijang, ayam hutan dan rusa. Memang sedap. Jauh lebih sedap dari daging lembu. :D (Papa aje yang tak biasa makan daging hutan nih... sebab dia orang bandar. Keh keh keh)

4 comments:

  1. uiyoo..chek pon x penah mkn daging2 utan ni..cemana ek rasa depa?

    ReplyDelete
  2. @Umie,
    best wooo.... takdelah liat pun & lemak tak banyak. maklumlah, binatang aktif. :D

    ReplyDelete
  3. Lina

    Sedapkannn..daging hutan ni.. rasa dia tu mmg la umpph!!! Kita serupa org kampung.

    Baru nikat sini, kak aini jumpa ikan fresh water...cam ikan baung tau rupanya...sedappp..kak aini masak gulai tempiyak..perrrrrrrrghhhh!!!! satu lauk dah cukup!!

    ReplyDelete
  4. @Kak Ani,
    wah, bestnya... mana dapat tempoyak?
    Kat sini, kalau family Zaini, Zaini sorang je makan ikan sungai ni. Yang lain tak makan. :-(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...