Thursday, September 4, 2008

Selamat Hari Ulang Tahun ke-9

Tanpa sedar, sudah 9 tahun Mama dan Papa berkahwin.

4 tahun berkenalan, mengenal hati budi masing-masing. Bersusah bersama, senang bersama. Masih ingat kerana mahu berjimat, Mama dan Papa dulu berkongsi makan nasi bungkus. Sama-sama mula bekerja sebagai kerani dan sama-sama berpakat dari mula serius untuk bersama untuk menyimpan wang RM200 sebulan untuk majlis perkahwinan.

Ingat tak Papa?

Bersama naik bas ke mana sahaja (tiada lagi membonceng motor besar pakwe untuk Mama. Hehehe) - dulu dengan bas Len Seng dari Jalan Genting Kelang ke Klang Bus Stand. Papa setia menghantar Mama yang kemudian perlu menaiki bas MARA ke Klang (rumah arwah Moyang).

Sama-sama cuba memajukan diri dan cuba mengorak langkah masing-masing dalam kareer. Papa masih dalam dunia perbankan (Alhamdulillah, rasanya Papa senang dan berjaya di bank sekarang) dan Mama masih setia di syarikat sama hampir 12 tahun.

Hidup kami diserikan dengan kehadiran Raimie pula pada tahun 2002 setelah sebelum itu Mama berendam air mata kehilangan kandungan. Papa sentiasa sabar dan tenang menghadapi keadaan.

Untuk Papa, terima kasih kerana menerima Mama seadanya. Terima kasih kerana sudi menyayangi Mama dan Raimie sepenuhnya tanpa mengharap balasan. Kami sayang Papa!

4 comments:

  1. happy anniversary...cepat setahun dari kami..hehe...dan selamat berpuasa...takde candle light berbuka ke...hehe

    ReplyDelete
  2. Congratulation on your anniversary!! :D

    ReplyDelete
  3. eppi anniversary!kawen thn 1999 ek?samo la kito(*^-^*)..kejap ja masa berlalu no!moga hubungan bertambah mesra & diberkati oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  4. @Nash, Farah & Umie,
    tenkiu. Takdak candelight dinner for buka puasa lah tonite. hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...