Ultraman Max datang Malaysia! Woohooo!!!
Sebab cuti sekolah ni, macam-macam promosi ada untuk budak-budak. Di Astro Ceria pun dari 30 Mei sampai 8 Jun, setiap hari ada wayang Ultraman. Dari Ultraman Zearth sampailah Ultraman Mebius. Selamatlah Mama tahan sakit telinga dengar Ultraman cakap Melayu. Hehehe…
Hari sabtu lepas ke The Mines. Raimie setiap hari ingatkan Mama & Papa nak ke sana sebab depan The Mines ada poster Ultraman Max yang besar. Tapi hari sabtu tu, Ultraman Max tak datang ke The Mines lagi. Hari ahad baru ada. Daripada ke The Mines hari ahad tu, pakat ke Jusco Cheras Selatan sebab takut jam dan sesak.
Ultraman Max buat tour Malaysia kononnya. (Bukanlah satu Malaysia dia pergi, Perak, Lembah Kelang & Selangor, Johor, Sabah & Sarawak aje).
Nak ambil gambar dengan Ultraman Max bukanlah percuma. Kena beli VCD/DVD dari Speedy baru boleh ada peluang. Sebab kita pun dah lama dah beli DVD Ultraman Max & Mebius, pakat beli VCD Ultraman Neos. Harga VCD pun dah mark-up. Dulu RM9.90 sahaja. Sekarang ni RM19.90, tapi kononnya datang dengan mainan Ultraman Dyna atau Ultraman Ace “percuma”. Dah beli VCD tu, dapatlah peluang dapat bergambar dengan Ultraman Max dan dapat 1 gambar percuma. Rasanya memang berjaya “gimmick” Speedy sebab memang ramai betul Mak Bapak yang sanggup keluar RM20 hari tu. Kencang bisnes… Terpedaya juga, sebab lepas tu dapat snek Double Decker dan dapat sticker. Orang Malaysia kan kiasu. Huhuhu
Monday, May 26, 2008
Saturday, May 24, 2008
Ofis Baru Mama
Sebenarnya dari awal bulan dah berada di pejabat baru. Bangunan yang syarikat Mama bekerja bina, yang baru siap. Kali terakhir syarikat ini berpindah tahun 2002. Masa tu Mama mengandungkan Raimie (tapi tak tahu mengandung... bayangkan Mama sibuk angkat kotak dan barang-barang. Siap tolong kemaskan fail staf yang sedang mengandung 6 bulan pulak tu).
Masa baru pindah, tak tahu ke mana perginya meja Mama, jadi meja tak berpasang selama beberapa minggu. Meja yang Mama gunakan pun meja kecil. Meja lebih... Setelah berminggu merajuk dan muncung (hehehe...) pada GM, (tak berani merajuk pada CFO. muahaha!!!) akhirnya semalam terpasang juga meja baru. Meja lebih besar dari meja lama. Best... Kalau Raimie nak bergolek bawah meja pun tiada masalah. Hahaha...
Tempat Mama kali ini memang lebih besar. Seronok sebab ada ruang sendiri dan tak sempit macam dulu (yang sempit sebab banyak sangat barang disimpan) Sekarang ni dah ada kabinet dinding dua tingkat. Best best.

Friday, May 23, 2008
Hari Terbuka Tadika
Hari ini hari terbuka tadika Raimie. Papa tak pergi, jadi Mama yang pergi sebab tadika dengan pejabat Mama dekat sahaja. Sambil-sambil tunggu giliran, ada pula jurugambar ambil gambar. Posing'lah sekejap. Hihihi...
Hari ini dari pukul 8 pagi hingga 2 ptg, ibu bapa boleh berjumpa guru untuk berbincang tentang perkembangan anak-anak. Mama sekejap aje sebab jadi orang ketiga. Ada seorang ibu yang nak "jump queue" tapi cikgu Raimie panggil Mama supaya datang. Sebenarnya Mama pun malas nak kecoh-kecoh nak cepat, walaupun ada seorang dua ibu-ibu yang buat bising sebab kononnya nak masuk kerja. Hmmm...
Raimie pun bukannya kisahkan Mama. Masuk kelas terus tak mahu duduk dekat Mama. Masa Mama baca buku laporan cikgu pun, Raimie sibuk ke hulu ke hilir dengan rakan sekelas. Malu...
Dari segi pergaulan, kerjasama dalam kelas - Raimie dapat cemerlang. Membaca pun cemerlang, begitu juga mengira dan menulis. English dapat masih dalam perkembangan (kira lemahlah tu). Aiseh... macam ni kena selalu praktis BI lagi kat rumah... Anak Lina MESTI pandai BI tau! (Raimie ni susah sikit nak bercakap dalam BI walaupun dia faham. Tak biasa - maklumlah Mama dan Papa tak speaking london di rumah. Sudahlah ada Mama yang suka praktis cakap Jepun dgn Raimie - bila nak praktis BI macam tu kan? Hehehe)
Fardu Ain dapat baik sahaja. Kelas Iqra' pun baik sahaja. Takpalah, Raimie bangga juga dia dapat naik Iqra' dua sekarang sebabbaru tahun ini Raimie ke kelas mengaji. Mama dan Papa kenalah beri tumpuan pada apa yang Raimie lemah sekarang...
Maklumlah, sekolah di Malaysia ni ramai pelajarnya dalam satu kelas. Kalau tak berapa pandai, terus tenggelam dalam kelas.
Kata Cikgu Raimie, penggal ini tekanan diberikan pada perkembangan kognitif. Menulis, menggunting dsb. Penggal depan baru ada buku dan kerja rumah.

Monday, May 19, 2008
Tok Teh
Dah sepakat, majlis Tok Teh nanti, tema hijau. Nasib baik Mama banyak baju warna hijau. Hihihi
Dan sebelah Tok Usop, warna ungu. (Pada sesiapa yang nak tahu mana satu Tok Usop - tu yang tengah riba budak pakai baju pink tu...)

Tok Teh marah pada Opah dan Wan Long sebab beria, ala... bukan selalu kawin kan, apa salahnya. kan? kan? Yang kelakar, lepas majlis, Tok Long suruh Tok Teh pergi borak-borak dengan Tok Usop. Tok Long kata sekaran dah moden, tak payah segan dan orang pun dah "sporting". Hihihi
Sunday, May 18, 2008
Hujung Minggu Yang Padat
Hujung minggu kali ini memang padat.
Kita bertolak balik ke Raub hari Jumaaat selepas Papa jemput Mama dari pejabat. Nak keluar dari KL pun ambil masa satu jam. Adessss...

Pagi-pagi hari sabtu, Mama dan Papa bawa Raimie mandi air terjun di Lata Lembik. Nak pergi Pulau Cerkas, Mama tak tahu jalan. :D
Balik tu terus bergegas ke Semantan - anak Wan Pah kawin dan juga nak ke rumah Tok Teh untuk majlis hantar cincin Tok Teh. Selesai majlis, tak terus balik sebab Mama sibuk nak petik pucuk ubi kat belakang rumah Tok Teh. Hihihi Lama tak makan pucuk ubi oiii.... Sedap makan pucuk ubi masak lemak dengan ikan masin. Yum yum...

Malam pula Tok Long dan Tok Usop bertandang ke rumah - sebab nak tengok Piala Thomas dengan Atuk. Maklumlah, adik-beradik Atuk memang kaki badminton (dan sebab di rumah Tok Nan orang tengok konsert AF). Masak banyak-banyak lauk, lauk pucuk ubi rebus dengan sambal ikan bilis jugak yang habis. Nasib baik tak ada petai, kalau tak rasanya mau tak cukup nasi yang ditanak!
Mengharap juga ada petai sebab Atuk ke Ulu Sungai hari ini, tapi sebab bukan musim, petai tak tentu ada. Yang Atuk bawa balik hari tu, anak ikan kelah (dan juga seekor ikan kelah dewasa-kalau jual tu beratus harganya), pisang dan cili yang dibeli dari orang asli.
Lepas makan, ke funfair pula. Raimie sibuk sangat nak masuk rumah hantu, nasib baik Maksu Ayu nak temankan. Mama & Papa eksen tak nak masuk... Layan funfair sampai pukul 11 malam tu! Balik Raimie yang seronok sangat berjumpa makcik dan pakcik masih tak mahu tidur. Tergolek-golek bermain dengan Atuknya. Takpalah.. Mama bagi can tidur lambat, esok boleh bangun lambat...
Hari ini pula, ada kenduri kesyukuran di rumah Tok Nan. Jadi berkampung di situ sebentar sebelum bertolak balik. Bukan selalu Mama dapat jumpa semua adik-beradik Atuk berkumpul satu tempat.

Thursday, May 15, 2008
Berita Gembira
Ada berita gembira dalam keluarga. Tok Teh Raimie di Raub (adik Opah Raimie) dan Tok Usop (Adik Atuk Raimie) telah sepakat mendirikan rumah tangga bersama.
Ini perkahwinan pertama Tok Teh dan ketiga untuk To Usop. Perkahwinan Tok Usop yang pertama putus sebab bercerai berbelas tahun dahulu, perkahwinan kedua arwah isteri kemalangan.
Hari sabtu nanti, Tok Usop hantar wakil ke Raub menghantar cincin.
Yang kelakar, Tok Teh tak mahu angkat telefon anak buah, sebab malu... hehehe. Pak Ngah kata sekarang ni bila Tok Teh dapat SMS, Tok Teh tersenyum sorang-sorang dan lari masuk bilik. Kelakar lah Tok Teh ni...
Bulan lapan, anak buah dah sepakat turun padang untuk kenduri Tok Teh. Maklumlah, dulu kami kahwin, Tok Teh yang sibuk membantu kami. Mama dan Papa kahwin dulu, Tok Teh yang masak hidangan di meja pengantin tau!
Kepada Tok Teh dan Tok Usop - semoga berbahagia ke anak cucu!

Sunday, May 11, 2008
Rancangan Kanak-Kanak Alih Bahasa
Sekarang ni, kartun dan rancangan TV di Astro, tak kira siaran Astro Ceria, Nickelodeon, Disney atau Cartoon Network boleh di alih bahasa dari bahasa asal (Inggeris) ke Bahasa Malaysia. Raimie seronoklah, sebab semua siaran dia mahu dalam Bahasa Malaysia, tapi Mama tak suka. Pada Mama, standard penterjemahan untuk siaran yang kena "dubbed" ini masih banyak yang perlu diperbaiki.
Contoh penterjemahan yang sakit telinga Mama dengar:
My Fly is down all that time diterjemahkan kepada - Lalat saya di bawah sepanjang masa (?!!!) Lalat? Sepatutnya zip seluar.
Your welcome jadi Selamat datang - sepatutnya terima kasih
Duck! jadi Itik - patutnya tunduk
Memanglan Fly itu lalat, Welcome itu selamat datang dan Duck itu itik, tapi dalam perbualan atau ayat penuh, maknanya lain. Komputer ke manusia yang buat terjemahan?
DBP tak buat pemantauan pada stesen TV ke? Mama bukanlah arif dalam bahasa, tapi perbualan ni jadi panduan kanak-kanak untuk menggunakan bahasa.

Saturday, May 10, 2008
Masak apa hari ini?
Takde apa yang istimewa hari ni, tapi nak juga mengarut kat blog ni.
Setelah dekat sebulan setengah balik dari bercuti tempoh hari, barulah Mama beli beras Sumo. Beras Calrose yang paling senang dalam banyak-banyak beras Jepun kat kedai. Bilas sekali aje, dan tak payah rendam beras. (Nak buat macam mana, Mama malas... heh heh. Kalau beras Hikari kena bila 4-5 kali dan kena rendam setengah jam. Taihen). Nak juga try beras Nishiki atau beras Iwate (apa nama penuh, lupa) tapi beras Nishiki harganya RM27 utk 2.5kg, dan beras Iwate tu harganya RM50. Pergh!
Plan hari ini, tengahari masak Salmon teriyaki dan malam masak sup kepala ikan jenahak. Besok, takde plan masak apa lagi. Keluar makan brunch utk Hari Ibu? Berangan aje la...

Tuesday, May 6, 2008
Mama & Papa Cuti!!!
Cuti 1 hari hari ni. Lagipun, Papa nak hantar dokumen pada ex-boss Papa di Jalan Sultan Ismail. Jadi, tengahari, semua ke Jalan Sultan Ismail sebentar. Ingat Mama & Papa nak singgah Renaissance sekejap dan jumpa kawan di sana, tapi dia ada di Bangkok. Alamak, itulah, tangguh-tangguh lagi. Dia dah nak balik Austria so maybe tak sempat nak jumpa kecualilah kita semua ke Austria nanti.
Lepas Papa settle hal dia, bertolak pula ke Ikea. Lama rasanya tak ke sana. Kalau dulu, memang banyak habiskan masa di sana (sebab itu perabot kita 80% dibeli di Ikea). Bercakap pasal Ikea, ramai orang kata barang Ikea tak tahan. Memanglah barang bukan kayu padu. Tapi barang dibeli di kedai perabot lain pun begitu juga, kecuali beli perabot teak. Kan? Kan? Mama & Papa memang suka barang Ikea dari zaman bujang lagi. Senang. Sebab Mama masa bujang asyik berpindah randah (setiap kali kena orat dengan tuan rumah, lari pindah rumah lain. Panduan: jangan menyewa rumah kalau isteri tuan rumah tengah cuti bersalin. Bahaya! huhuhu) barang-barang yang boleh dibuka dan dimasukkan semula ke dalam kotak pilihan Mama. Tak payah sewa lori, sebab semua boleh lipat, termasuk tilam. (Mama guna tilam angin).
Hari ni makan tengahari di Ikea. Papa pilih meatball, Raimie pilih sosej dan Mama makan ikan Salmon. Sedap. Cuma satu Mama tengok, kita orang Malaysia memang tidak pandai (atau tidak mahu) kemas meja sendiri hatta ada notis minta supaya tray, pinggan / cawan dikemas sendiri. Kalau isi air refill, pandai pula kita ambil sendiri ya?
Dan ia tak terhad pada cafe begini sahaja, perasan tak kalau makan di Beard Papa, Pretzel (apa nama kedai tu eh?) atau apa-apa yang dibungkus, tapi ada disediakan 2-3 meja bersebelahan, ramai yang tak boleh buang sampah sendiri. Kenapa ye? Papa kata tak dididik. Tapi bukankah kita ini kononya masyarakat sopan santun, berbudi bahasa, etc tapi bukankah sopan kalau kita tak makan bersepah (orang Malaysia memang makan bersepah kan?) dan menyusahkan pelanggan lain?
Dan kalau ke Ikea, Raimie mesti mahu bermain di Smaland. Percuma jadi tak ada masalah. Kita ni kan kiasu. Heh Heh.

Friday, May 2, 2008
Thursday, May 1, 2008
Hari Sukan Untuk Raimie
Hari ini kalau boleh Mama nak bertapa sahaja dalam rumah, sebab penatnya jadi coordinator untuk pejabat yang akan berpindah ke bangunan baru. Kalau barang sendiri tak mengapa, ini barang-barang satu bahagian akaun yang ada 45 orang, dan paling susah nak jaga barang CFO. Esok pun tak boleh cuti, kena datang kerja. Alahai...
Berbalik pada cerita hari sukan Raimie. Pagi-pagi sudah bangun sebab kena hempap dengan Raimie yang tak sabar nak ke PD. Comel budak-budak ni, kalau tulis pukul 8 pagi bertolak, kalau tak naik kereta lagi sudah bsing sebab tak ikut masa. Tapi bila kami sampai ke PD, bayang bas pun tiada. Sampai pukul 9.40 pagi, rombongan yang datang naik bas sampai pukul 10.30 pagi. Biasalah... dah ramai-ramai tu...
Tapi memang seronok ke PD (terutama untuk kanak-kanak). Belum mula acara, dah ada yang melompat masuk ke laut. Raimie pun, pantang ada "kaki", terjah sama. Habis baju sukan basah. Memang seronok sangat hari ini.
Raimie sapu habis hadiah, 3 acara untuk budak lelaki, Raimie dapat nombor 1, 2 & 3. Acara dengan rumah pula, rumah biru (rumah Raimie) menang 2 acara dan 1 acara dapat nombor 2. Pulun habis! Ada suara dok berkata "asyik dia aje yang dapat". Yang itu Mama jawab, sebab Raimie dapat sokongan padu ibu bapa. Hehehe... Sebenarnya ibu aje, Papa dok lepak bawah pokok kelapa (bagi can sebab Papa yang kena drive). Mama yang dok belari ke depan, ke belakang ke kiri ke kanan semasa acara sukan. Biasalah, sukan kanak-kanak, kenalah tolong sikit sebab kanak-kanak ni bukan dengar/faham arahan sangat (walau sudah berlatih). Rumah biru menang sebab ada dua-tiga ibu bapa yang sama-sama membantu anak-anak. Kitaorang tak main tipu tau! Tolong pantau keadaan sahaja. Heee...
Tahniah Raimie!

Teluk Kemang yang padat dengan orang. Banyak betul bas rombongan hari ini.
Tak sempat-sempat nak mandi laut.
Mandi lagi sebelum upacara penyampaian hadiah. Kali ini dah tukar baju mandi. Main kejar-kejar dalam air dengan "awek". Macam cerita hindustan. Muahaha! Tapi hindustan terbalik, perempuan kejar lelaki.

Subscribe to:
Posts (Atom)