Monday, May 26, 2008

Ultraman Max

Ultraman Max datang Malaysia! Woohooo!!!

Sebab cuti sekolah ni, macam-macam promosi ada untuk budak-budak. Di Astro Ceria pun dari 30 Mei sampai 8 Jun, setiap hari ada wayang Ultraman. Dari Ultraman Zearth sampailah Ultraman Mebius. Selamatlah Mama tahan sakit telinga dengar Ultraman cakap Melayu. Hehehe…

Hari sabtu lepas ke The Mines. Raimie setiap hari ingatkan Mama & Papa nak ke sana sebab depan The Mines ada poster Ultraman Max yang besar. Tapi hari sabtu tu, Ultraman Max tak datang ke The Mines lagi. Hari ahad baru ada. Daripada ke The Mines hari ahad tu, pakat ke Jusco Cheras Selatan sebab takut jam dan sesak.

Ultraman Max buat tour Malaysia kononnya. (Bukanlah satu Malaysia dia pergi, Perak, Lembah Kelang & Selangor, Johor, Sabah & Sarawak aje).

Nak ambil gambar dengan Ultraman Max bukanlah percuma. Kena beli VCD/DVD dari Speedy baru boleh ada peluang. Sebab kita pun dah lama dah beli DVD Ultraman Max & Mebius, pakat beli VCD Ultraman Neos. Harga VCD pun dah mark-up. Dulu RM9.90 sahaja. Sekarang ni RM19.90, tapi kononnya datang dengan mainan Ultraman Dyna atau Ultraman Ace “percuma”. Dah beli VCD tu, dapatlah peluang dapat bergambar dengan Ultraman Max dan dapat 1 gambar percuma. Rasanya memang berjaya “gimmick” Speedy sebab memang ramai betul Mak Bapak yang sanggup keluar RM20 hari tu. Kencang bisnes… Terpedaya juga, sebab lepas tu dapat snek Double Decker dan dapat sticker. Orang Malaysia kan kiasu. Huhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...