Friday, May 23, 2008

Hari Terbuka Tadika

Hari ini hari terbuka tadika Raimie. Papa tak pergi, jadi Mama yang pergi sebab tadika dengan pejabat Mama dekat sahaja. Sambil-sambil tunggu giliran, ada pula jurugambar ambil gambar. Posing'lah sekejap. Hihihi...

Hari ini dari pukul 8 pagi hingga 2 ptg, ibu bapa boleh berjumpa guru untuk berbincang tentang perkembangan anak-anak. Mama sekejap aje sebab jadi orang ketiga. Ada seorang ibu yang nak "jump queue" tapi cikgu Raimie panggil Mama supaya datang. Sebenarnya Mama pun malas nak kecoh-kecoh nak cepat, walaupun ada seorang dua ibu-ibu yang buat bising sebab kononnya nak masuk kerja. Hmmm...

Raimie pun bukannya kisahkan Mama. Masuk kelas terus tak mahu duduk dekat Mama. Masa Mama baca buku laporan cikgu pun, Raimie sibuk ke hulu ke hilir dengan rakan sekelas. Malu...

Dari segi pergaulan, kerjasama dalam kelas - Raimie dapat cemerlang. Membaca pun cemerlang, begitu juga mengira dan menulis. English dapat masih dalam perkembangan (kira lemahlah tu). Aiseh... macam ni kena selalu praktis BI lagi kat rumah... Anak Lina MESTI pandai BI tau! (Raimie ni susah sikit nak bercakap dalam BI walaupun dia faham. Tak biasa - maklumlah Mama dan Papa tak speaking london di rumah. Sudahlah ada Mama yang suka praktis cakap Jepun dgn Raimie - bila nak praktis BI macam tu kan? Hehehe)

Fardu Ain dapat baik sahaja. Kelas Iqra' pun baik sahaja. Takpalah, Raimie bangga juga dia dapat naik Iqra' dua sekarang sebabbaru tahun ini Raimie ke kelas mengaji. Mama dan Papa kenalah beri tumpuan pada apa yang Raimie lemah sekarang...

Maklumlah, sekolah di Malaysia ni ramai pelajarnya dalam satu kelas. Kalau tak berapa pandai, terus tenggelam dalam kelas.

Kata Cikgu Raimie, penggal ini tekanan diberikan pada perkembangan kognitif. Menulis, menggunting dsb. Penggal depan baru ada buku dan kerja rumah.


2 comments:

  1. raimie dah berapa tahun.??? very exam oriented kan....mcm mana la anak2 kami bila balik nanti...?? sure jauh kebelakang (bi & bm) ...

    ReplyDelete
  2. @Nash,
    Raimie 5 1/2 thn. Tahun depan masuk darjah 1. Itulah, even budak yg pegi kindie umur 3 thn pun ada exam.
    Nash, takpa... lama-lama budak2 tu dpt catch up. my cousins mula-mula balik, semua kantoi BM (BI ok lah sebab diaorg duduk tempat Mat Salleh :D), sampai kena ejek/kutuk dek kwn & cikgu tapi lepas tu ok...
    hidup kat Malaysia kena byk pegi tuisyen - sebab dlm kelas belum tentu cikgu dpt cover semua syllabus pelajaran masa dalam kelas. sad but true.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...