Kita bertolak balik ke Raub hari Jumaaat selepas Papa jemput Mama dari pejabat. Nak keluar dari KL pun ambil masa satu jam. Adessss...
Pagi-pagi hari sabtu, Mama dan Papa bawa Raimie mandi air terjun di Lata Lembik. Nak pergi Pulau Cerkas, Mama tak tahu jalan. :D
Balik tu terus bergegas ke Semantan - anak Wan Pah kawin dan juga nak ke rumah Tok Teh untuk majlis hantar cincin Tok Teh. Selesai majlis, tak terus balik sebab Mama sibuk nak petik pucuk ubi kat belakang rumah Tok Teh. Hihihi Lama tak makan pucuk ubi oiii.... Sedap makan pucuk ubi masak lemak dengan ikan masin. Yum yum...

Malam pula Tok Long dan Tok Usop bertandang ke rumah - sebab nak tengok Piala Thomas dengan Atuk. Maklumlah, adik-beradik Atuk memang kaki badminton (dan sebab di rumah Tok Nan orang tengok konsert AF). Masak banyak-banyak lauk, lauk pucuk ubi rebus dengan sambal ikan bilis jugak yang habis. Nasib baik tak ada petai, kalau tak rasanya mau tak cukup nasi yang ditanak!
Mengharap juga ada petai sebab Atuk ke Ulu Sungai hari ini, tapi sebab bukan musim, petai tak tentu ada. Yang Atuk bawa balik hari tu, anak ikan kelah (dan juga seekor ikan kelah dewasa-kalau jual tu beratus harganya), pisang dan cili yang dibeli dari orang asli.
Lepas makan, ke funfair pula. Raimie sibuk sangat nak masuk rumah hantu, nasib baik Maksu Ayu nak temankan. Mama & Papa eksen tak nak masuk... Layan funfair sampai pukul 11 malam tu! Balik Raimie yang seronok sangat berjumpa makcik dan pakcik masih tak mahu tidur. Tergolek-golek bermain dengan Atuknya. Takpalah.. Mama bagi can tidur lambat, esok boleh bangun lambat...
Hari ini pula, ada kenduri kesyukuran di rumah Tok Nan. Jadi berkampung di situ sebentar sebelum bertolak balik. Bukan selalu Mama dapat jumpa semua adik-beradik Atuk berkumpul satu tempat.

ikan kelah....rasa mcm mana ye.??..takpernah makan....
ReplyDelete@nash,
ReplyDeleteikan kelah lah best... jauh lagi sedap dari ikan siakap. manis dan tak hanyir lansung. even sisik ikan kelah pun boleh dimakan sebab lembut. kalau masak tempoyak - terangkat woo!!!
moh dtg Raub, kita gi ngail ikan kelah :-)