Monday, December 31, 2007

Hari Pendaftaran Tadika

Anak Mama hari ini ke sekolah sebab hari ini kena mendaftar, walaupun kelas hanya bermula hari rabu. Hari ini anak Mama ke tadika bersama Atuk. Atuk beria-ia benar nak menghantar Raimie. Belum pukul 8 pagi, Atuk dah sedia menunggu di bawah...

Seronok agaknya bersama Atuk, anak Mama yang seorang ini tak mahu ke ruma Mak pula. Jadi, sepanjang hari bersama Atuk dan Pak Ngah. Terpaksa Atuk ke rumah Mak mengambil pakaian Raimie. Sedih Mak sebab Raimie tak ke rumahnya hari ini.

Pulang dengan 2 pasang baju sekolah. Saiz M pun besar rupanya. Apa nak buat, anak Mama ini kurus kering.

Tahun ini Raimie tukar tadika atas permintaan Atuk yang mahu Raimie ke tadika yang dekat dengan rumah Atuk & Mak. Mama dan Papa ikutkan sahaja. Yang penting Atuk bahagia. Hihihi

Sunday, December 30, 2007

Pusing Pen



Masa Mama sekolah dulu, Pengetua haramkan murid-murid dari pusing pen semasa dalam peperiksaan. Selain pusing pen, dulu popular habit pusing buku. Sekarang ada orang buat lagi ke? Jun - masa Jun dulu terer tak pusing buku? Hehehe

Saturday, December 29, 2007

Makan aiskrim

Semalam makan aiskrim di Haagen Dazs. Papa seperti biasa makan aiskrim teh hijau (green tea) dan Mama dan Raimie kongsi Banana Split. Sebenarnya Mama nak makan creation yang lain (yang ada waffle) tapi anak Mama sorang ni sibuk nak makan pisang.

Kalau masa kecik-keci dulu, tak pernah Mama merasa makan aiskrim mahal sebegini.

Kalau atuk beli aiskrim Walls satu tab, seronok sakan kami adik-beradik. Sekarang pun masih seronok jugak tapi dah lama tak beli aje.

Friday, December 28, 2007

Taman Botani

Hari Raya Haji yang baru lepas, lepas pergi beraya, Papa bawa Raimie ke Taman Botani. Kali ini, Atuk, Pak Ngah, Mok & Pok De pun ikut sekali. Sayang hari hujan renyai sedikit.
Sayang juga, tempat bot kayuh (paddle boat) ditutup (bukan sebab Hari Raya tapi ditutup hingga tak tahu bila). Dulu, Mama & Papa suka berkayuh bot dan Raimie duduk di belakang.
Masa Mama kecil-kecil, kena ke Tasik Shah Alam baru dapat kayuh bot! Sebabnya di Raub tiada tasik. Sungai dan air terjun adalah...
Ingat nak makan malam di Putrayaja Seafood, tapi mahalnya... tak jadi lantas pergi ke Alamanda untuk makan malam. Raimie seronok berjalan dengan Pakcik dan Makcik. Tak sedar, dekat pukul 10 malam baru balik ke rumah!

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Korban dari Raimie, Mama & Papa. Maaf Zahir Batin.

Hari ini Raimie beraya di rumah Mok De sahaja. Mama pun tak masak istimewa :p Ada nasi bukhari, rendang daging dan kurma ayam. Sedap...

Wednesday, December 19, 2007

Nostalgia

alamak, nostalgianyer... apa cerita budak-budak batch 88/91sekarang yek. terus hilang kontek (tak usaha nak kontek pun sebenarnye) hehehe

Homeroom Andromeda 1991. Mana satu Mama Raimie ye?

Sunday, December 16, 2007

Haiwan Peliharaan

Ini "Turtle" Raimie. Ini sajelah pet yang dia ada. Sebenarnya dia nak bela kucing tapi mana boleh bela kucing kalau tinggal kat sini. Dah termaktub dalam undang-undang bangunan (walaupun rumah kita hari-hari si kucing putih tu berakkan).

Lainlah masa Mama kecil-kecil dulu. Bukan sahaja kucing, ayam dan burung merpati bersepah! Sampai tak larat nak bagi makan. Hihihi

Rumah lama Atuk besar. Bukan saja rumah besar, halaman pun besar. Seronok Mama habiskan masa kecil dengan memanjat pokok, masuk belukar dan meredah parit. Kalau kena marah dengan Opah (yang garang teramat) Mama lari masuk belukar duduk diam-diam sampai rasa lega...

Dulu Mama tak suka tinggal di rumah kayu/papan. Tapi sekarang, Mama rasa rumah itu yang paling best! Tak perlu pasang kipas, sebab rumah lama is "properly ventilated". Cuma masalahnya, banyak nyamuk sahaja.

Banyak binatang ada berkeliaran di rumah lama, Kalau nak makan burung puyuh, tak perlu susah - pergilah tunggu di parit depan rumah. Memang banyak. Katak sebesar kepala budak pun ada! Sebab itu ramai Cina suka datang ke rumah atuk (selain main badminton di gelanggang yang arwah moyang sediakan di sebelah rumah) sebab nak tangkap katak. Bila ada katak, mestilah ada ular. Sebab itu, Opah tak benarkan anak-anaknya berkeliaran di malam hari. Takut terpijak ular kapak! Mak De pernah masuk ICU dipatuk ular kapak tau!

Adventure giler tinggal di rumah lama tu, sebab itu Mama tak serasi dengan rumah baru atuk. Tak suka tinggal di rumah batu - panas. Takde pokok kelapa, pokok mangga, pokok kuinin, pokok jambu untuk dipanjat (macamlah boleh memanjat dah tua-tua dan berat ni. Patah dahan pokok. Hihihi)

Saturday, December 15, 2007

Papa dan Mama

Tengahari nanti Papa akan keluar - nak bersiap untuk dinner malam ni (nak potong rambut, nak itu nak ini). Kalah orang perempuan...

Kalau dibandingkan dengan Mama, Papa ambil lebih masa untuk bersiap setiap pagi. Tengok Raimie sekarang, Mama rasa Raimie akan ikut jejak Papa... Suka sangat tengok cermin. hihihi Jangan marah Papa...

Tak salah pentingkan "appearance" kan? Kalau tak kerana Papa, takdelah Mama jadik ladylike sekarang. Muahaha... (budak tomboy masa sekolah ni).

Kalau Papa dan anak Mama hensem, Mama juga yang bangga dan senang mata tengok. Dan sebab itu juga Mama pun kena usaha supaya Papa dan Raimie suka tengok Mama sentiasa!!!

Thursday, December 13, 2007

Insomnia

Hmmm... sejak dua menjak ni Mama dah susah tidur malam. Tak tahulah kenapa... kalau tidak, pukul 9.00 malam sahaja Mama dah mula menguap. Papa yang selalunya tidur lambat pula yang tidur awal sekarang ni.... Bila cuti sekolah ni senanglah sikit Mama nak tidur lambat sebab kalau tak Raimie minta Mama temankan dia tidur. Anak Mama yang sorang ini takut gelap!

Teringat masa belajar dulu, pukul 2 pagi baru tidur dan pukul 5 bangun semula. Sebab Mama berulang dari Klang (rumah arwah atuk) ke kelas di Medan Mara, Mama sambung tidur dalam bas selama 1 jam. Rutin harian - agaknya sebab itulah dulu Mama kurus kering. Hihihi...

Tapi walau tak tidur malam pun, tak boleh study (nota-nota nihongo dah berkurun tak dibelek). Asyik mengadap notebook ini tak boleh lepas. Dulu ada juga kena angin tak tidur ni - tapi sebab AF. Mama minat Mawi, jadi kena tunggu pukul 11 mlm utk ulangan. Sanggup!

Tengah sakit perut sebenarnya ni - tadi tengah hari makan di Cititel tak hengat dunia. Udang Mama makan sampai 3 pinggan. (FC Cititel yang di sebelah pun terkejut - nasiblah... Mama memang tak malu pasal makan) Raimie pula akan tak puas hati kalau tahu Mama makan di hotel tak ajak dia, sebab itu kalau ada dinner - Mama kenen untuk bawa dia sekali (eee.... memang tak malu Mama ni kan...)

Sunday, December 9, 2007

Temujanji dengan doktor gigi

Hari Jumaat, Mama aturkan temujanji Raimie dengan doktor gigi. Doktor gigi wanita, Dr Santhi. Baik orangnya, lembut dan pandai ambik hati kanak-kanak. Mama dah bersama Dr Santhi (sebagai pesakitnya) dah lebih 5 tahun. Selama ini Raimie datang untuk periksa biasa sahaja tapi kali ini Raimie kena tampal gigi. Dua pulak tu! Satu di geraham kanan dan satu lagi di geraham kiri. Inilah akibat makan berjam-jam (makanan tu simpan buat pekasam dalam mulut).

Dr Santhi kata tak lama lagi gigi kekal di belakang akan keluar. Jadi kena jaga lebih keadaan gigi Raimie. Lepas aje tampal gigi, Raimie ceria kembali dan masa Mama pulak nak buat scaling, dia sibuk mengacau Mama pula...

Tampal dua gigi Raimie kena RM60/=. Kalau Atuk di Raub dengar, mesti dia terkejut. Mama masa kecil dulu tak jejak klinik swasta. Check-up gigi hanya semasa di sekolah (dari sekolah rendah hingga menengah). Dan Mama tak pernah lagi cabut gigi! Tak rongak lagi dan tak ada gigi palsu lagi tau!

Doktor yang baik, dan pandai ambik hati - yang Mama tak puas hati cuma sikap reception yang lebih suka berborak di telefon dan dengan rakan daripada melayan pesakit yang masuk ke klinik! (Sebab itu Papa kata Mama ni elok duduk Jepun - asyik nak servis yang perfect shj tapi salahkah mengharap profesionalisme dari industri servis di Malaysia ni?)


Di bawah ni, petikan berita di Jepun. Bagus betul robot ni...

Thursday, December 6, 2007

Jejak Kasih

Tak sangka - setelah lebih 7 tahun putus hubungan, tiba-tiba melalui seorang rakan Mama dapat berhubung dengan teman baik semasa kami sama-sama berhempas pulas belajar IT dulu. (IT grad Mama Raimie ni, tak ramai yang sangka kalau tengok pekerjaan Mama sekarang.... :-) )

Dulu sama-sama bersengkang mata menyiapkan assignment, terutamanya programming selalunya di rumah seorang lagi teman di Cheras. Kami berlima dulu (Mama, Shida, Syima, Balqis dan Zuhreen) akan ke mana sahaja bersama. Putus hubungan sebab masing masing dengan arah tuju masing-masing (dan sebab Papa dan 4 orang ini tak berapa ngam).

Tapi kerana internet, hubungan yang terputus sekian lama dengan pantas tersambung semula. Dengan adanya photopages, Mama dapat lihat gambar rakan Mama ini dengan 3 orang anaknya. Alhamdulillah... dan tak sangka, rumah beliau begitu hampir dengan kita.

Dapat berhubung dengan rakan membuat Mama rasa sama seperti kembali berumur 19 tahun. Kecoh dan heboh. (Itu yang Papa tak suka. Hahaha)

Sunday, December 2, 2007

Selamat Hari Jadi Raimie

Hari ini Raimie cukup 5 tahun. Pagi-pagi Raimie bangun dan cium Papa & Mama supaya kami ucapkan Happy Birthday padanya.

Kami tahu Raimie tidak mengharapkan apa-apa sebab permintaan Raimie untuk menyambut hari jadi di Renaissance tidak kami endahkan. Kasihan anak Mama yang seorang ini - tahu & nampak jelas dia agak kecewa tapi dia tidak memaksa bila kami katakan kami hanya akan berada di rumah tahun ini.

Dalam perjalanan ke hotel tadi, nampak muka Raimie penuh tanda tanya. Mama katakan padanya Mama mahu berjumpa rakan di sana. Dia mengharap sebenarnya, tapi tidak diluahkan. (Kejam betul Mama & Papa buat kejutan kan?)

Tapi dia sudah tahu apabila kami masuk ke lif dan naik ke tingkat 25! Surprise! Kami jeritkan padanya. Jelas, Raimie seronok. Lebih seronok apabila masuk ke bilik, bilik kami penuh dengan belon. Di siling ada belon dan di lantai pun ada belon. Tak berapa minit kemudian, staff hotel masuk menolak troli berisi kek hari jadi, buah strawberi disalut coklat, topi, topeng and pelbagai alatan parti. Mereka juga menyanyikan lagu hari jadi untuk anak Mama ini. Yang ini kami betul tidak sangka sebab sudah lebih setahun kami tidak datang ke hotel ini, namun staf di sini masih ingatkan kami dan masih melayan kami dengan begitu baik sekali.

Petang Raimie habiskan di kolam renang (kolam renang di rumah sendiri tak sama rasanya... hihihi) kemudian berendam sampai kecut di dalam tab mandi (dia memang suka air). Bila Makcik & Pakcik Raimie datang, kami makan kek bersama dan Raimie seronok bermain dengan mereka. Masa pulang, dihabiskan bergambar di lobi hotel yang sekarang penuh dengan pokok krismas.

Malam, Raimie berendam sekali lagi di dalam tab mandi. Habis basah satu bilik mandi dibuatnya. Belum pukul 9, Raimie sudah keletihan dan sudah nyenyak tidur. Esok kita sambung lagi ye?

Gambar Raimie kena tunggu balik ke rumah baru boleh diupload.

Terima kasih untuk semua yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Raimie.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...