Sunday, December 2, 2007

Selamat Hari Jadi Raimie

Hari ini Raimie cukup 5 tahun. Pagi-pagi Raimie bangun dan cium Papa & Mama supaya kami ucapkan Happy Birthday padanya.

Kami tahu Raimie tidak mengharapkan apa-apa sebab permintaan Raimie untuk menyambut hari jadi di Renaissance tidak kami endahkan. Kasihan anak Mama yang seorang ini - tahu & nampak jelas dia agak kecewa tapi dia tidak memaksa bila kami katakan kami hanya akan berada di rumah tahun ini.

Dalam perjalanan ke hotel tadi, nampak muka Raimie penuh tanda tanya. Mama katakan padanya Mama mahu berjumpa rakan di sana. Dia mengharap sebenarnya, tapi tidak diluahkan. (Kejam betul Mama & Papa buat kejutan kan?)

Tapi dia sudah tahu apabila kami masuk ke lif dan naik ke tingkat 25! Surprise! Kami jeritkan padanya. Jelas, Raimie seronok. Lebih seronok apabila masuk ke bilik, bilik kami penuh dengan belon. Di siling ada belon dan di lantai pun ada belon. Tak berapa minit kemudian, staff hotel masuk menolak troli berisi kek hari jadi, buah strawberi disalut coklat, topi, topeng and pelbagai alatan parti. Mereka juga menyanyikan lagu hari jadi untuk anak Mama ini. Yang ini kami betul tidak sangka sebab sudah lebih setahun kami tidak datang ke hotel ini, namun staf di sini masih ingatkan kami dan masih melayan kami dengan begitu baik sekali.

Petang Raimie habiskan di kolam renang (kolam renang di rumah sendiri tak sama rasanya... hihihi) kemudian berendam sampai kecut di dalam tab mandi (dia memang suka air). Bila Makcik & Pakcik Raimie datang, kami makan kek bersama dan Raimie seronok bermain dengan mereka. Masa pulang, dihabiskan bergambar di lobi hotel yang sekarang penuh dengan pokok krismas.

Malam, Raimie berendam sekali lagi di dalam tab mandi. Habis basah satu bilik mandi dibuatnya. Belum pukul 9, Raimie sudah keletihan dan sudah nyenyak tidur. Esok kita sambung lagi ye?

Gambar Raimie kena tunggu balik ke rumah baru boleh diupload.

Terima kasih untuk semua yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Raimie.


5 comments:

  1. Once again...Happy Birthday dear Raimie-kun(*^-^*)..Auntie pulak yang suker!hohohohoho...

    Lina,
    I penah study pasal this Renaissance Hotel.Their CS is fabulous and they really keep track with your records!Sometimes,they even call you with your name,e.g.Madam Lina,not Sir or Madam without our names.Memang best la!Cayok!Cayok!

    ReplyDelete
  2. happy birthday again,
    wahh sure seronok giler dia...dah a few yrs x dok hotel, sbb x g cuti mane2..
    *x sabo tunggu hbby abis blaja, sian my kids! hehehe..*

    ReplyDelete
  3. Salam Lina

    Tak sabar nak tengok gambar Raimie...di hari 5 tahun...tentu dia seronok suka , Eh..mak dgn ayah pun ntah ntah byk berubah tak..dari gambar time raimie birthday dgn pooh bear tu.

    TAHNIAH RAIMIE...moga jadi anak yg soleh dan berbakti pada semua hendaknya. Moga hidup akan sentiasa mendapat berkat dariNya...aminn

    ReplyDelete
  4. Izu-kun, Jun & K Ani

    tenkiu tenkiu. seronok habis celebrate sampai tanak balik. yg best sebab Resident Manager pesan boleh extend sampai petang kalau Raimie still nak mandi pool hari tu. Hohoho very the tempted utk stay sampai malam

    ReplyDelete
  5. K Ani,

    dah banyak beza. dulu takde spare tyre sekarang - dua lapis muahaha!!!! tapi rambut kekal rebonding you!!!:p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...