Sunday, December 9, 2007

Temujanji dengan doktor gigi

Hari Jumaat, Mama aturkan temujanji Raimie dengan doktor gigi. Doktor gigi wanita, Dr Santhi. Baik orangnya, lembut dan pandai ambik hati kanak-kanak. Mama dah bersama Dr Santhi (sebagai pesakitnya) dah lebih 5 tahun. Selama ini Raimie datang untuk periksa biasa sahaja tapi kali ini Raimie kena tampal gigi. Dua pulak tu! Satu di geraham kanan dan satu lagi di geraham kiri. Inilah akibat makan berjam-jam (makanan tu simpan buat pekasam dalam mulut).

Dr Santhi kata tak lama lagi gigi kekal di belakang akan keluar. Jadi kena jaga lebih keadaan gigi Raimie. Lepas aje tampal gigi, Raimie ceria kembali dan masa Mama pulak nak buat scaling, dia sibuk mengacau Mama pula...

Tampal dua gigi Raimie kena RM60/=. Kalau Atuk di Raub dengar, mesti dia terkejut. Mama masa kecil dulu tak jejak klinik swasta. Check-up gigi hanya semasa di sekolah (dari sekolah rendah hingga menengah). Dan Mama tak pernah lagi cabut gigi! Tak rongak lagi dan tak ada gigi palsu lagi tau!

Doktor yang baik, dan pandai ambik hati - yang Mama tak puas hati cuma sikap reception yang lebih suka berborak di telefon dan dengan rakan daripada melayan pesakit yang masuk ke klinik! (Sebab itu Papa kata Mama ni elok duduk Jepun - asyik nak servis yang perfect shj tapi salahkah mengharap profesionalisme dari industri servis di Malaysia ni?)


Di bawah ni, petikan berita di Jepun. Bagus betul robot ni...

5 comments:

  1. wahhh, sure cantik gg lina...haah la, skang ni, sume2 mahal...

    ReplyDelete
  2. Lina...tu belum musim kenduri nanti..receptionist dok sibuk buat bunga telur...kekekeke

    Harap semakin cantik dan senyum makin berseri..

    ReplyDelete
  3. Jun & K Ani,
    dulu zaman bercinta, Zaini ada kata gigi lina boleh buat iklan colgate. hahaha.... cantik tak cantik, kesihatan gigi mesti jaga - taknak pakai gigi palsu (tapi gigi palsu sure putih berseri kan?) XD

    ReplyDelete
  4. Untung lina gigi cantik..minum susu byk byk..kak ani gigi dah rongak..ada yg accident, ada yg sebab mengandung kurang zat...memang la untung lina..jaga gigi..tu harta tu...

    ReplyDelete
  5. salam lina, tumpang lalu

    ingat masa skolah rendah dulu, jadi leader/ model gosok gigi pagi2 di tepi longkang. hehehe

    mmm skrg ni pagi2 jerk gosok hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...