Tak sangka - setelah lebih 7 tahun putus hubungan, tiba-tiba melalui seorang rakan Mama dapat berhubung dengan teman baik semasa kami sama-sama berhempas pulas belajar IT dulu. (IT grad Mama Raimie ni, tak ramai yang sangka kalau tengok pekerjaan Mama sekarang.... :-) )
Dulu sama-sama bersengkang mata menyiapkan assignment, terutamanya programming selalunya di rumah seorang lagi teman di Cheras. Kami berlima dulu (Mama, Shida, Syima, Balqis dan Zuhreen) akan ke mana sahaja bersama. Putus hubungan sebab masing masing dengan arah tuju masing-masing (dan sebab Papa dan 4 orang ini tak berapa ngam).
Tapi kerana internet, hubungan yang terputus sekian lama dengan pantas tersambung semula. Dengan adanya photopages, Mama dapat lihat gambar rakan Mama ini dengan 3 orang anaknya. Alhamdulillah... dan tak sangka, rumah beliau begitu hampir dengan kita.
Dapat berhubung dengan rakan membuat Mama rasa sama seperti kembali berumur 19 tahun. Kecoh dan heboh. (Itu yang Papa tak suka. Hahaha)

lina, seronok kan bila dah lama x jumpe..tengok perubahan masing2..mmg kecoh, x ingat donia la..hahaha
ReplyDeleteCik Lina, thanks for dropping by kat blog I. Kalau ada masa tu singgah lagi ya :) :)
ReplyDelete