Sunday, December 16, 2007

Haiwan Peliharaan

Ini "Turtle" Raimie. Ini sajelah pet yang dia ada. Sebenarnya dia nak bela kucing tapi mana boleh bela kucing kalau tinggal kat sini. Dah termaktub dalam undang-undang bangunan (walaupun rumah kita hari-hari si kucing putih tu berakkan).

Lainlah masa Mama kecil-kecil dulu. Bukan sahaja kucing, ayam dan burung merpati bersepah! Sampai tak larat nak bagi makan. Hihihi

Rumah lama Atuk besar. Bukan saja rumah besar, halaman pun besar. Seronok Mama habiskan masa kecil dengan memanjat pokok, masuk belukar dan meredah parit. Kalau kena marah dengan Opah (yang garang teramat) Mama lari masuk belukar duduk diam-diam sampai rasa lega...

Dulu Mama tak suka tinggal di rumah kayu/papan. Tapi sekarang, Mama rasa rumah itu yang paling best! Tak perlu pasang kipas, sebab rumah lama is "properly ventilated". Cuma masalahnya, banyak nyamuk sahaja.

Banyak binatang ada berkeliaran di rumah lama, Kalau nak makan burung puyuh, tak perlu susah - pergilah tunggu di parit depan rumah. Memang banyak. Katak sebesar kepala budak pun ada! Sebab itu ramai Cina suka datang ke rumah atuk (selain main badminton di gelanggang yang arwah moyang sediakan di sebelah rumah) sebab nak tangkap katak. Bila ada katak, mestilah ada ular. Sebab itu, Opah tak benarkan anak-anaknya berkeliaran di malam hari. Takut terpijak ular kapak! Mak De pernah masuk ICU dipatuk ular kapak tau!

Adventure giler tinggal di rumah lama tu, sebab itu Mama tak serasi dengan rumah baru atuk. Tak suka tinggal di rumah batu - panas. Takde pokok kelapa, pokok mangga, pokok kuinin, pokok jambu untuk dipanjat (macamlah boleh memanjat dah tua-tua dan berat ni. Patah dahan pokok. Hihihi)

1 comment:

  1. Hi there!
    Thanks, everyone loved it. Merry Merry Christmas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...