Lamanya tak diupdate blog yang satu ni. Macam dah kena anak tiri ye? Apa yang susah sangat nak buat post BM, Mama pun tak tau. Tergeliat nak susun ayat. Huhuhu

Alhamdulillah, perkahwinan Makcik Emi dengan Pakcik Sheikh & Pakcik Aus & Makcik Siti (Mama tak pas bab-bab panggil ikut pangkat ni...) dah pun selesai. Havoc jugak kita hari tu berkejar dari Sg Lui ke Sg Koyan dua tiga kali sehari kan. Gambar kawin banyak ada kat
sini. Jemputlah tengok ye.
Masa kenduri di rumah Atuk, siap ada lauk asam rong lagi. Special sungguh. Dan tak boleh tinggal, lauk petai. Hehehe... Maklumla, tokey asam rong & petai.
Ini gambar sekeluarga posing depan Masjid Sg Koyan. Akad nikah pukul 9.30 pagi, jadi pagi-pagi lagi dah ada kat masjid. Tok Kadi pun, punyalah punctual.

Hari Isnin lak, dari Kuala Medang, kita cabut ke Cameron Highlands ikut jalan Pos Betau. Dari Sg Koyan ke Betam Valley tak sampai 2 jam tau! Tapi adventure sungguh sebab jalan tak siap betul-betul lagi. Ada sesapa yang dah try jalan tu?
Kat Cameron, apa lagi borong teh, strawberri dengan sayur. Tu gambar posing lepas pegi batas sayur kobis. Seminggu pening makan lauk kobis lepas tu. Muahaha!!!