Showing posts with label Papa. Show all posts
Showing posts with label Papa. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Panjat Nuang!

Aktiviti spesel untuk ulangtahun ke-14. Tak perlu candlelight dinner. Tak perlu bunga. Tak perlu hadiah mewah.

Satu sebagai hadiah istimewa. Satu, permintaan yang ditunaikan.

Hadiah istimewa :
Si Ayah berlari River Jungle Marathon, sebagai pengganti si Ibu yang tak dapat berlari. 

Hadiah yang ditunaikan :
Kami ke Gunung Nuang pagi tadi. ^^

Saturday, January 26, 2013

Mari Aktif!

Pagi tadi, semua bangun pagi-pagi sebab nak ke Lake Garden. Ada latihan untuk persiapan Gold Coast Airport Marathon kelolaan Jamie & Runners Malaysia setiap Sabtu mulai minggu ni.

Raimie dan Papa ikut sekali jadi dapatlah semua beriadah kan... Tak lari takpe. Keluar & jalan-jalan pun bakar kalori jugak. ^^

Lepas Lake Garden, sarapan kat Starbucks di Bangsar Village lak.
Hazelnut hot chocolate beli kat Starbucks. Cornish pasties tu beli kat Hiestand. Seeedaaaaaappppp.....

Lepas jalan-jalan kat Bangsar, melalut pegi Tropicana Mall pulak. Konon-konon saja nak tengok kasut tapi alih-alih, bawak balik sepasang jugak! ASICS lak tu.... Kering poket makcik. Huhuhu
Lepas tu, dah daftarkan satu keluarga (kami bertiga la...) untuk Pisang Relay. Lari satu team. Bulan 5 nanti. Anak Mama BOLEH! :)


Monday, November 5, 2012

Larian Berpasangan

Kononnya lah...

Masa mula-mula di Start line, Papa & Mama mula sama-sama. Sama-sama masuk acara half-marathon kat Putrajaya Night Marathon 2 minggu lepas.

Tapi lepas tu, masing-masing lari ikut rentak sendiri.

Tapi takpe. Yang penting buat aktiviti sama-sama. Kan? :)
 
Anak Mama buat apa masa tu? Enjoy lepak dalam suite... maveles. Hahaha

Sunday, May 8, 2011

Menu Hari Ibu

Buat apa untuk Hari Ibu? Papa dan Raimie hari ini manjakan Mama. Cuti masak sebab untuk makan pagi & tengahari, Papa yang masakkan. Terima kasih Papa & Raimie! Sayang korang. ^^ <3

Papa memang terer masak steak. Dan ini steak istimewa sebab guna daging lembu wagyu. Semput juga nak beli. @.@

Hari Bapa nanti nak buat apa ye untuk Papa?

Sunday, November 8, 2009

Bila Papa Tiada Di Rumah

Terasa sunyi.... walaupun kalau tak, memasing buat hal sendiri kat rumah. Mama dengan notebook therchenta, Papa & Raimie dengan game Nintendo memasing. Takde kaki orang untuk Mama & Raimie sandar bila Papa tak ada.

Bila Papa tiada di rumah, barulah Mama rasa kehilangan sebab takde sapa nak urut belakang Mama. Hehehe... Dan Mama kenalah basuh baju. Kalau Papa ada, Papa yang basuh & jemur baju. Muahaha....

Papa... cepat balik. Mama & Raimie rindu. :D

p.s. jangan lupa bawak balik souvenir!

Tuesday, June 23, 2009

Hari Jadi

Post ini bukan mengenai hari jadi Raimie, bukan juga hari jadi Papa atau Mama.

Hari Jumaat lepas, kita ke rumah baru MokDe di Desa Tasik (ke apa tah nama Taman tu). Nak celebrate birthday adik-adik Papa. MokDe, Pakcik Aus & Pokse share tarikh hari jadi yang sama. Tapi bukan kembar tau! Sebab tahun lahir tak sama, haribulan dan bulan aje yang sama.
Sebelum sampai rumah MokDe, singgah dulu beli durian. Penangan makan durian hari tu, sampai hari ni Mama masih sakit tekak.... Tapi yang sedap still durian tembaga makan kat Raub.

Kek Hari Jadi yang disponsor oleh Mira (bakal adik ipar. Hihi)

MokDe dan PokSu tengah posing potong kek Hari Jadi. Pakcik Aus tak dapat datang. Dia accident, habis berjahit badan. Alahai, sebab darah manis ke?

Kenyang sungguh kita malam tu. Ada KFC, ada donut Big Apple, ada durian, ada buah, ada kek. Pergh... lepas ni kena pergi gym berjam-jam baru boleh bakar semua kalori berlebihan tu. Huhuhu

Saturday, May 16, 2009

Kamera Baru

Akhirnya, beli jugak kamera baru lepas kamera lama kita rosak masa pergi Lata Lembik hari tu. Patutnya dah lama dah beli tapi sebelum model Sony T90 keluar, tak ada satu pun kamera yang Papa berkenan. Lepas tu, masa Sony T90 keluar (bila ye, bulan dua atau bulan tiga hari tu) dok tunggu lagi, mana tau lepas ni banyak lagi free gift yang di offer/ harga turun. Biasalah kan, harga kamera cepat sangat berubah sekarang. Macam-macam model keluar.

Raimie suruh beli kamera Olympus SW series, ala... yang boleh rendam dalam air tu... Raimie cakap lepas ni tak adalah kamera tu rosak kalau Mama pakat terjun dalam air lagi. Huhuhu

Sebab model ni model touch-screen, kenalah hati-hati guna. Kalau tangan berminyak, sila jangan usik kamera ni! Habis touch screen dia karang! Hihihi

Dok usha kamera DSLR jugak. Yang berkenan so far ialah Nikon D60 ataupun Olympus E-620. Ini yang rasa mampu nak belilah... tapi masih terasa macam tak yakin nak jadi pengguna DSLR. Pandai ke Mama nak guna nanti ye? Tape-takpe, study dulu pasal DSLR baru rembat sebijik. Tak pun tunggu sampai Negara Matahari Terbit hujung tahun ni & beli satu. InsyaAllah...

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Ada surprise dari Papa dan Raimie untuk Mama. Sejambak bunga tulip untuk Mama sempena Hari Ibu . Sukanya hati Mama. Terima kasih sayang...

Kepada semua ibu-ibu, selamat hari ibu.


Ada lagi cerita tak berkaitan Hari Ibu, minggu lepas Makcik Tam ke Sarawak. Cuti-cuti Malaysia. Mama pesan suruh beli kek lapis Sarawak. Raimie dan Mama dapat t-shirt souvenir dari Sarawak jugak. Happy.


Alhamdulillah, dah seminggu Raimie tak sihat, balik ke rumah dah nampak OK dah... Selera makan pun dah ada balik. Tak adalah risau Mama & Papa tengok Raimie lembik aje kat rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...