Tuesday, June 16, 2009

Selesai Sudah Urusan Kahwin Makcik Emi & Pakcik Aus

Lamanya tak diupdate blog yang satu ni. Macam dah kena anak tiri ye? Apa yang susah sangat nak buat post BM, Mama pun tak tau. Tergeliat nak susun ayat. Huhuhu


Alhamdulillah, perkahwinan Makcik Emi dengan Pakcik Sheikh & Pakcik Aus & Makcik Siti (Mama tak pas bab-bab panggil ikut pangkat ni...) dah pun selesai. Havoc jugak kita hari tu berkejar dari Sg Lui ke Sg Koyan dua tiga kali sehari kan. Gambar kawin banyak ada kat sini. Jemputlah tengok ye.

Masa kenduri di rumah Atuk, siap ada lauk asam rong lagi. Special sungguh. Dan tak boleh tinggal, lauk petai. Hehehe... Maklumla, tokey asam rong & petai.

Ini gambar sekeluarga posing depan Masjid Sg Koyan. Akad nikah pukul 9.30 pagi, jadi pagi-pagi lagi dah ada kat masjid. Tok Kadi pun, punyalah punctual.

Hari Isnin lak, dari Kuala Medang, kita cabut ke Cameron Highlands ikut jalan Pos Betau. Dari Sg Koyan ke Betam Valley tak sampai 2 jam tau! Tapi adventure sungguh sebab jalan tak siap betul-betul lagi. Ada sesapa yang dah try jalan tu?

Kat Cameron, apa lagi borong teh, strawberri dengan sayur. Tu gambar posing lepas pegi batas sayur kobis. Seminggu pening makan lauk kobis lepas tu. Muahaha!!!

5 comments:

  1. Ooooo...ikut Pos Betau ya.....Pak Man pun rasa macam nak try jugak laaa.

    ReplyDelete
  2. @Pak Man,
    cubalah. Jalan tanah merah tu, 12 km aje. Yg lain, jalan cantik. Boleh pecut 140km sejam. Hehehe... dari Koyan hari tu pu, 2 jam aje dah sampai. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. cuti kat cameron yer.. kitorang pon lama dah tak pegi.. mama niel kalau gi sana kompom k.o.. dalam kete.. perjalanan yg berpusing2.. mabuk! haha..
    dah 3 hari sekolah.. harap raimie happy gi sekolah yer..
    nanti cuti bulan 8 puasa.. raimie sure tak larat jalan.. ni mama ngan papa pon tak larat ni.. haha..
    tunggu hjg tahun pulakla (hiihii.. aunty pon dah siap berangan tau..) mama ngan papa bawak jalan lagi..

    ReplyDelete
  5. @kasih nash,
    pose dah habis ganti belum? Hihihi

    So far masuk sekolah, Raimie OK. Baru dapat result periksa hari tu. Merosot sikit sebab takde 100% kali ni tapi tengok exam paper budak darjah satu pun boleh tahan susah. Abang Niel camana lak?

    Aunty nak gi mana hujung tahun ni? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...