Thursday, April 17, 2008

Pertandingan Mewarna

Hari Ahad lepas, kena hantar Raimie ke pertandingan mewarna. Cikgu yang hantar nama Raimie, walaupun masa hantar nama tu, Raimie tengah sibuk berjalan di Jepun. Balik-balik je, Cikgu beritahu dia dah masukkan nama Raimie.

Mama & Papa tak bersiap apa pun. Bawak badan aje ke sana. Tapi tengok anak-anak lain yang siap dengan meja kecil, pelbagai jenis alat warna. Dasyat sungguh persiadan ibu-bapa.

Masa pertandingan berjalan, kedengaran suara-suara ibu bapa yang memberi cadangan / petunjuk pada anak-anak mereka. Mama & Papa Raimie ni, duduk bergelak ketawa aje. Cadangan? Kami hanya beritahu Raimie, warna sampai habis. Tak ada daya saing lansung! (Walaupun dalam hati seronok juga kalau menang... Siapa tak nak RM300!) Tapi yang penting, Raimie ambil pengalaman. Mana tahu, kalau dah masuk pertandingan (tak kira apa) akan timbul sendiri sifat daya saing dalam diri. Tak perlu Mama & Papa paksa sampai jerit-jerit dan tak perlu buat Raimie rasa tertekan sebab tak dapat gembirakan Mama & Papa.

Salahkah pendekatan Mama & Papa ni?

2 comments:

  1. maybe your way is better...but kekadang mak ayah yg lebih2 ...kami pun jadik mcm tu gak bila tgk org lain....hehehe...sbb kang bila anak tak menang...mintak belikan sama ngan hadiah kwn2 dia la etc..hehehe...so conclusion...mak ayah n anak sama je...

    p/s raimie menang ke???

    -nash-

    ReplyDelete
  2. Nash,
    Hampess. Wakakaka... dapat sijil penyertaan aje. Yang ini pun, ada suara-suara ibu bapa yang nak make sure anak mereka dapat sijil. Raimie tak kisah, tapi masa penyampaian dia memang nak ada, walau dapat hadiah hari tu kaler pensel pun, dia dah happy.tapi tulah, dah berlambak kaler pensel dalam rumah. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...