Saturday, April 19, 2008

Kamen Rider Den-O; The Movie

Semalam Papa beli DVD movie Kamen Rider. Ni dah pukul 3pm ni, dah dua kali ulang. Pagi tadi dah main sekali. Ni ulang tayang, Mama tak tengok pagi tadi sebab tido sampai pukul 9. Heh heh, memang tak guna Mama ni. Kalau tak jogging, memang tak bangun awal punya (lagipun sebab Mama "cuti"). Keskeskes...

Tak jogging sebab hari ini ada appointment pest-control. Malas nak fikir pasal semut & lipas (almaklum rumah bawah sekali), senang dua bulan sekali orang datang sembur rumah. Syarikat yang datang bua ni, bagus. Tepat masa datang dan tepat masa buat temujanji dwi-bulanan. Sebab tu Mama tak kisah kena bayar lebih sedikit dari syarikat lain. (Sebenarnya dulu ingat nak panggil syarikat bumi - ala-ala tolong bangsa, tapi temujanji pertama dah kantoi - alasannya, Sales staff tak bincang dengan admin mereka. Yang kita duk tunggu berjam-jam bilalah orang nak datang...)

Sebenarnya kalau Mama nak melalut pasal nak tolong bangsa sendiri berniaga tapi bangsa sendiri macam tak nak berniaga ni, panjang jadinya... Nak kata Mama tak faham keadaan orang melayu berniaga? Atuk & Opah pun berniaga. Mama dulu cuti semester (zaman sekolah) pun pernah berniaga walau berniaga air sahaja pun. Papa selalu kata orang melayu berniaga (dan berkira bila berniaga) sebab nak cepat kumpul duit nak pergi Haji. Hehehe...

Ok, Ok, balik pada cerita Kamen Rider. Dalam banyak-banyak siri Kamen Rider, yang Mama suka tengok ialah Den-O. Seronok & rasa sesuailah untuk budak-budak. Yang lain tu, Blade, Hibiki, Kabuto, 555 (Faiz), semua tu Mama tak berapa minat. Kalau yang lain tu, Raimie & Papa ajelah yang layan.

Lagipun, Mama suka tengok Den-o sebab minat kat Yuuto (Yuichi Nakamura) sebab dia tu cute sesangat. Heheh jangan marah Papa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...