Monday, March 24, 2008

Membeli-belah di Karuizawa

Amboi, seronok sakan hari ini di Karuizawa. Kalau boleh, Mama dan Papa nak duduk 3 hari 3 malam di situ (kalau ada masa dan duit, memang jadi punya).

Betul kata Nash, tak cukup sehari di sana. Mama pun cuma dapat beli sepersalinan pakaian : satu baju, satu skirt, satu kasut dan satu beg tangan. Papa beli kasut Nike (yang amat murah!), baju Lego dan omiyage untuk rakan Papa.

Tak beli apa-apa untuk Raimie, sebab nak beli baju Giants, Raimie tak mahu. Kalau boleh, lain kali, kalau ada rezeki untuk kembali ke Tokyo, teringin nak ke Karuizawa sekali lagi. InsyaAllah. Sapa nak ikut? Hihihi

Ini gambar Nintendo DS Lite dan game Shin-Chan yang Papa dan Raimie beli semalam. Semua sekali hanya 20,00yen (lebih kurang).

Hari ini, Raimie lansung tak tidur dalam shinkansen. Dok ralit main game Shin-chan yang baru. Mama ajelah yang terbungkang, sebab Papa pun seronok dengan game. Eloklah tu, sorang satu game, sapa nak layan Mama...

2 comments:

  1. kami pernah ke sana...masa tu tgh sales..jln jammed dekat > 10km baru sampai (hampir tak bergerak kereta)...dah sampai parking pulak takde...masa summer pun ok...sejuk je..so byk nak beli kan....hehehe..

    ReplyDelete
  2. nash,
    naik shinkansen pun tadi penuh dengan orang. Sekolah dah cuti ye?
    Mmg banyak nak beli, cuma duit je yang takde. hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...