Sunday, March 23, 2008

Di Shibuya, Raimie dan Mama sahaja

Hari ini Raimie seronok sangat. Apa tidaknya, dapat berjumpa dan bermain dengan rakan di rumah Kak Aini di Shibuya. Bermain hingga tak ingat lapar dan penat. Raimie tak lekang mengikut Qayyim sebab Qayyim ada game Nintendo. Hihihi

Mama pula seronok dapat berjumpa akhirnya dengan Kak Aini, Kak Hani dan juga Ummi. Ada rakan baru juga, Nad, Kak Pah, Kak Mega dan Riza. Layan cakap Utara no...

Terima kasih banyak semua. Sedapnya makan laksa... Tak sedar sekejap masa berlalu, tup tup sudah pukul 5 petang.

Tak cukup dengan itu, kita dapat pula hadiah dari rakan-rakan di Jepun ini. Baiknya kalian, susah-susah aje. Sudahlah datang tak tolong masak pun, basuh pinggan pun tidak. Hihihi... Terima kasih sekali lagi.

Balik ke hotel dan keluar semula selepas Papa pulang. Arah tuju ke Bic Camera. Papa beli Nintendo DS Lite berwarna merah, sebab susah nak berkongsi yang lama dengan Raimie. Seorang satu game, habislah Mama... Jadi janda sebab yang berdua ni kalau dah ralit dengan game, mana ingat benda lain. Muahaha!!!!! Raimie pula dapat game Shin-Chan yang baru keluar dua tiga hari lepas dan juga beg game yang baru. Seronok sangat sampai lupa penat.

Esok, nak ke Karuizawa. Ikut cakap Nash & Riza. Bersedia nak tengok duit melayang esok.

2 comments:

  1. Salam Lina

    Terima kasih sudi ke sini dgn berbagai buah tangan dari Malaysia.. masyaAllah..dgn paste rendang, serbuk kari, kuib maggi..dll , terima kasih tak terhingga

    Mohon maaf jika ada yg terkurang, terleka..almaklum, manusia biasa.
    Semoga lain masa kita jumpa lagi...

    Enjoy yr holiday..

    ReplyDelete
  2. Kak Aini,
    kalau Kak Aini tak dapat, no problem. meh saya hantar pi sana.... :p

    dan minta maaf barang tak banyak untuk semua.

    enjoy sgt jumpa semua di sana, memang tak serik nak jumpa lagi. Kalau ada rezeki, InsyaAllah. Tak di Jepun, kita jumpa di Malaysia ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...