Thursday, January 31, 2008

Banyaknya Jualan Murah

Dari minggu lepas hinggalah hari ini, sibuknya Mama ke sana ke mari. Minggu lepas sibuk dengan pembelian jualan barangan hotel. Ingatkan dah selesai, Atuk di Raub pula minta beli pinggan mangkuk. Nasib baik ada lagi. Pesanan terakhir yang Mama buat : 26 biji cawan kopi dan teko untuk atuk. Jumlah kena bayar : RM29.00. (Sebab cawan kopi itu, 50sen sebiji).

Hari Isnin, TV LCD Sony 32" yang tumpang beli dgn bahagian Purchasing Hotel 3 bintang kepunyaan syarikat sampai. Bukan Mama yang beli. Staff dlm bahagian Mama beli, ada dekat 25 biji semuanya. Sebab Boss beli dan kawan-kawannya pun tumpang beli, Mama kenalah duduk bertenggek di Loading Bay memantau keadaan. TV tu hanya RM1,900.00 berbanding harga pasaran sebanyak RM3,000++ Risau juga tengok Mercedes, Volvo dan BMW yang bersilih ganti datang. Bukan apa, Loading Bay penuh dengan lori-lori barang. Karang tercalar kereta CEO dan Pengarah-Pengarah ni, pening pulak kepala Mama.

Hari Selasa, ada jualan ikan organik pula. Ikan Jade Perch (malas nak cari apa nama melayunya). Harga pasaran RM45.00 sekilo; tapi hari itu dijual dengan harga RM32 sekilo sahaja. Sampai berpeluh Mama nak mengagih ikan yang telah dipesan. (Bukan Mama yang meniaga ya.... tolong order sahaja).

Sibuk-sibuk Mama dengan barang-barang ni, Mama pun bukanlah beli banyak pun. TV Sony itu Mama tak beli walaupun murah sebab TV kita yang Mama beli tahun 2000 masih boleh diguna. Ikan pun Mama tak beli, tapi sebab Boss baik hati, dapatlah Mama ikan percuma. (Jimat duit keskeskes)

Penatnya, semalam baru pukul 8 mlm, Mama dah tersengguk-sengguk di depan komputer. (Takde stamina betul Mama ni kan?)


1 comment:

  1. awak ni byk involve jualan murah itu dan ini. I nak tanye kat mane i boleh dapatkan oven utk masak kueh yang elok. Dulu i pernah beli yg murah tapi rosak cepat. Pls advice

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...