Saturday, January 26, 2008

Barang Second-Hand

Semalam Mama ke salah satu hotel kepunyaan syarikat. Bukan apa, hotel itu tutup untuk ubah-suai, jadi barang-barang hotel di jual murah kepada pekerja hotel dan pekerja ibu pejabat. Bayangkan TV 29" harganya hanya RM75.oo, TV 21" hanya RM50! Tapi Mama tak minat beli TV (ingat nak beli juga sebenarnya, boleh hantar ke kampung, tapi Atuk baru ganti TV...)

Nak beli Microwave sebenarnya sebab hanya RM50. Tapi tak sempat sebab ramai juga yang beli. Yang Mama dapat beli semalam ialah DVD player, Oven dan Auto Boiler. Semuanya hanya RM65 sahaja. Esok lusa nak ke sana sekali lagi, nak beli pinggan mangkuk pula. Semalam Mama ambilkan pinggan mangkuk untuk Boss Mama. Cantik-cantik pinggan tu.. (Yelah, barang hotel 5 bintang). Mama pun nak beli sikit, sebab 1 pinggan hanya RM2, cawan hanya RM1 (bone china tau!) Tak risau nak guna sebab hotel ini tiada restoran tidak halal.

Hari ini seronok merasmikan oven baru beli. Masak ikan salmon panggang. Yum yum... Papa kata lepas ni bolehlah buat roti.

4 comments:

  1. Lina

    Aini pun tergoda la dgn harga yg ditawarkan tu....ish ish...mana tau..kot nanti bila time I kat malaysia..ada sales lagi.,.bisik bisik yer..boleh kirim tak?

    Di jepun byk la kedai second hand..tapi harga boleh la tahan jugak esp kalau yg cantik dan kita berkenan..ha ahhaha!!!

    Lina..semoga sihat yg sakit belakang tu...fisio memang sakit kan..tu la yg selalu saya dengar org tak nak pergi fisio tu.
    Lina jgn give up tau...bila lagi nak kasi RM kat gleaneagles..kekekke

    ReplyDelete
  2. Kak Ani,
    apa khabar mummy & baby?
    memang tergoda, bayangkan sofa 2-seater tak sampai seratus! Tilam & base pun ada - ada org tak nak beli sebab used, tapi tilam tu cantik putih berseri, takde tompok mcm tilam rumah saya... hihihi.
    kalau ada sale lagi, & Kak Ani ada di sini, no hal punyer. habaq mai saja no.
    fisio memang sakit. rasa nak nangis kena uli. huhuhu hari ni pun tak pergi sebab kerja BANYAK SANGAT.

    ReplyDelete
  3. Lina

    Jgn give up pergi fisio...demi masa depan!!! kena bakar semangat nak pergi fisio ni. Nanti tuang ke fisio....lagi 'liat' dan 'sakit' ooo kena uli/tarik/tolak bagai..

    Tunjuk la gambar barang yg di beli...tumpang tengok pun boleh seronok jugak...kekekeke

    Alhamdulillah , kak aini sihat hari ni...masih tunggu hari yg terasa cukup panjang!!

    ReplyDelete
  4. lina..apsal x ajak akak skalik? iskkk, nak gak ganti barang umah ni..hotel mana tu? ade g x? hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...