Saturday, November 24, 2012

Jalan-Jalan Penang

Minggu lepas pi Penang. Wooo... jenjalan sampai Penang.

Semua sebab Mak Raimie nak lari atas jembatan Pulau Pinang. Gila. Kakaka
 Main lari-lari keliling pokok kelapa dulu sebelum buat benda lain. Muahaha

Lepas tu pekena nasi kandar, siap dengan kari kepala ikan sekali. Pergh. Memang sedap. Nyum nyum
Pagi-pagi pukul 1am, keluar hotel dan bertolak ke tapak race. Lari start pukul 3.15am untuk kategori Wanita, Half Marathon. Lambat sikit lari kali ni, larian 21K paling slow dalam semua-semua larian 21K sebelum-sebelum ni. 2jam 44minit. Adehla...
Lepas lari, petang tu bawak Raimie jalan-jalan kat Batu Ferringhi pulak. Takde main air pun. Tengok orang main air je. ^^

Bulan doblas takde gi mana-mana. Tunggu bulan 5 pulak, Mama Raimie nak lari 42.195km kat KK. Jom pi KK!

Saturday, November 10, 2012

Kat Secret Recipe Raub

Masa cuti Hari Raya Haji tu... lepak-lepak kat situ dengan adik-beradik.

Tapi apa lah... Secret Recipe Raub macam takde benda jual. Jus takde stok. Kek pun takde. Adalah lima enam potong je... habis kita samu family sapu. Orang datang lepas tu tak merasa nak makan kek Secret Recipe! Muahaha
Lepas ni, kalau ambik gambar, ahli keluarga dah tambah lagi seorang lah ek? :)

Thursday, November 8, 2012

Kenduri Petai

Tak ke kena buat kenduri kalau nak makan semua ni? hehehe Pergh...

Sapa-sapa nak stok petai, bolehla hubungi Pak Mizi ye... ;) Kalau korang kat Raub lah... Tak kuasa nak Pos Laju petai kat korang! hahaha

Monday, November 5, 2012

Larian Berpasangan

Kononnya lah...

Masa mula-mula di Start line, Papa & Mama mula sama-sama. Sama-sama masuk acara half-marathon kat Putrajaya Night Marathon 2 minggu lepas.

Tapi lepas tu, masing-masing lari ikut rentak sendiri.

Tapi takpe. Yang penting buat aktiviti sama-sama. Kan? :)
 
Anak Mama buat apa masa tu? Enjoy lepak dalam suite... maveles. Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...