Sunday, January 8, 2012

Penutup Dan Permulaan

Dah seminggu dah kita masuk ke tahun baru ye... cepatnya masa berlalu. Cepat masa berlalu, cepat juga umur meningkat, kan? huhuhu
Sebelum buka sekolah, aktiviti riadah dengan Raimie - masuk Larian Jom Kitar Semula di Putrajaya pada 18 Disember. Mama Raimie masuk larian 7K dan Raimie hebat berlari 3K! Bangga dengan anak Mama ni. *^^*
Dan aktiviti permulaan tahun ialah Larian Multi-Purpose Insurans. Raimie macam biasa jadi penyokong setia Mama.

Dan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan ceria, lepas ni kena cari larian yang ada kategori keluarga atau kanak-kanak sebab bolehlah Raimie masuk sekali. :) Raimie dah pesan, Larian McDonald's (aka Olympic Day Run) dia nak masuk. Konon-kononnya sebab nak dapat makan McD. Kakaka

Tahun ini, Raimi dah Darjah 4. Alhamdulillah, dia dapat jadi pengawas di kedua-dua sekolah (sekolah kebangsaan jadi pengawas SBPT dan pengawas di SRA). Nampak gayanya memang rajin dan berkobar-kobar dia menjalankan tugas. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...