Thursday, April 2, 2009

Raimie Takut Nak Ke Sekolah

Semalam Raimie beritahu Mama yang dia nak cuti hari ini. Katanya dia selsema. Memang betullah dia ada selsema sikit dan batuk sikit tapi tak adalah serius pun. Demam pun tak ada.

Korek punya korek cerita, rupanya dia tak mahu masuk kelas Matematik. Katanya Cikgu Maths marah dia seorang sebab dia batuk dalam kelas. Bila batuk, bising. Alahai, Cikgu... betul ke?

Anak Mama sorang ni memang lembut hati sikit. Kalau kena marah, mesti tawar hati dia. Macam hari tu, kena marah dengan Ustazah sebab tak berapa pandai baca jawi. Entahlah, nak kata tak belajar, kat rumah belajar, kelas KAFA pun pergi. Kelas Iqra kat surau pun ada. Memanglah tak berapa pandai lagi dibandingkan kawan lain kot sebab Raimie pun baru masuk buku Iqra' 3. Anak Mama kena kuatkan hati. Nak belajar bukan senang.

Mama pesan kat Papa, kalau Cikgu Maths Raimie marah dia sebab batuk lagi, Papa kenalah ke sekolah. Sebagai AJK PIBG (yang direkomen dek Guru Besar lak tu!), Papa kenalah prihatin kebajikan pelajar (dan anak sendiri). Muahaha!!!

Mungkin Cikgu Raimie tak nak semua orang berjangkit dengan batuk Raimie tu, tapi takkan sampai kena marah dalam kelas sebab batuk kan?

p.s. Mama pun tengah sakit tekak ni. Semalam batuk tak berhenti, last-last curik makan ubat batuk Raimie. Pergi klinik tak dapat ubat batuk air sebab doktor kata nanti mengantuk tak leh kerja. Huhuhu....

5 comments:

  1. Raimie kena kuat semangat, jangan mudah terasa hati.......orang lelaki kena kuat!

    ReplyDelete
  2. Hai.. sian raimie terasa hati.. rajin2 makan ubat cepat sembuh.. (:

    ReplyDelete
  3. @Pak Man & Kasih Nash,
    itulah, si Raimie ni memang halus sikit hatinya tu... tapi kejap aje, kena pujuk OKlah dia. :-)

    ReplyDelete
  4. ishhh batuk pun kena marah ka?
    ada cikgu nak kena amuk dgn aunty shida nih
    dia blom kenai aunty shida cemano lagik
    kalau kenai harus takut nak memarah Raimie !!

    ReplyDelete
  5. @syidot,
    sabar, sabar... hehehe
    kalau cikgu dia buat hal lagi, memang kena. Anak aku score paling tinggi Math periksa hari tu. Lagi nak marah-marah anak aku. Siap dia. Wakaka!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...