Monday, April 6, 2009

Majlis Bertunang PakCik Aus & Auntie Siti

Majlis bertunang Pak Cik Aus dah lama dah... awal bulan lepas, tapi dok tangguh nak letak gambar. Heee...
Hari Ahad tu, konvoi 3-4 kereta ke Sg Koyan. Tak ramai dapat datang, maklumlah sedara-mara Papa datang dari Marang. Jauh. Yang pergi hari tu, Tok Man, Atuk (Atuk Bangsar dan Atuk Raub, dua-dua pergi sekali) & Mok Tua dari Marang yang datang dengan sepupu Papa.
Nanti masa kahwin, baru kita buat konvoi 16 bijik kereta. Hehehe

Bakal pengantin dengan Raimie

Hantaran

Keluarga belah perempuan. Yang jadi jurucakap belah perempuan, abang no. 2 (yang pakai baju melayu kaler pink tu). Jurucakap belah lelaki, seperti biasa ialah Tok Man. Masa Mama & Papa dulu pun, wakilnya ialah Tok Man. :-)

Hidangan tengahari. Malangnya orang Terengganu tak makan tempoyak. Jadi, udang masak tempoyak hari tu, kena pulun dek Mama & Papa.

Nak jadi cerita, tarikh nikah Pak Cik Aus nanti clash pulak dengan Makcik Emi. Dua-dua set tarikh pada 06.06.09. Nak buat camana - time tu kan cuti sekolah. Emi, jangan nangis OK? Hihihi

4 comments:

  1. Semoga mereka berdua akan berbahagia sehingga hujung nyawa.

    ReplyDelete
  2. @Pak Man,
    Harapnya begitulah. :)

    ReplyDelete
  3. ala... kalau set time raya sure sy menyelit datang makan... hehehehe. apa2 pun...selamat bertunang dan selamat mendirikan rumahtangga seterusnya...

    ReplyDelete
  4. @shiela,
    balik raya ke? jemput raya rumah. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...