Tuesday, January 27, 2009

Tragedi Lata Lembik

Tragis ke tak title tu? Huhuhu

Balik ke Raub pagi Sabtu dan bukan malam sebelum sebab saje nak tidur kat rumah yang dah kena tinggal seminggu ni... Rindu kat katil lama wooo... Muahaha

Hari sabtu macam dirancang, ada rombongan datang merisik Makcik Emi. Mama perasan jadik photographer. Makcik Emi, macam masa Mama juga. Hantar cincin tanda, takde tunang lama-lama. InsyaAllah, bulan 12 nanti majlis kawin. Mama bagitau Makcik Emi, bulan 12 kita nak gi holiday tapi macam ye-ye aje. Mana nak cekau duit pegi holiday pun tak tau lagi. Sedey woo, Papa takde bonus. Itulah, hari tu nak jump gi Bank Islam tak nak. Bak Kata Pok Lang, demand lebih sikit, boleh pakai BMW. Wakaka... berangan tak sudah!

Hari ahad lak, kita gi Lata Lembik. Konon-kononnya nak pegi Pulau Cerkas dengan Wan Teh, Tok Ucop & Oni tapi hari ahad tu hujan lak. Tapi sebab ada dua orang budak hantu main air (Mama tak suka serendam dalam air sebab Mama kambing! Hehehe), pegi jugak lah tapi tukar venue ke Lata Lembik.

Sebab hujan, air memang deras kat sana. Sapa-sapa nak pegi bawak budak-budak, kenalah jaga diarong lebih, takut apa-apa jadi kang, sapa yang susah kan? Raimie pun hanya main kat tepi aje, takde berendam lebih-lebih. Seriau Mama nak bagi dia main air ke tengah.

Tapi nak cerita, tengah dia syok-syok main basuh baju, baju tu lak hanyut. Papa masa tu tengah berendam. Mama dok kejar baju tu, lupa lak ada kamera dalam poket seluar. Dah masuk air baru teringat pasal kamera. Kamera pun dah kong dah. Tak tau gambar dalam tu ok ke tak. Tak check lagi. Kalau memory card pun affected, habislah gambar Makcik Emi.

Lepas ni kenalah shopping kamera baru. Habislah duit... Waaa!!!

p.s. Sesapa Orang Raub tau kat mana ada pakej kawin (mak andam bagus & very reliable) bagi taulah ye. Boleh rekomen kat Makcik Emi. & sapa tau kat mana boleh tempah kad kawin harga berpatutan pun bak meh bagitau. Ini iklan masyarakat Mama untuk Makcik Emi. Hehehe

9 comments:

  1. bad..

    ini sudah baguss... ada alasan nak beli kamera baru. apa lagi.. dah beli nanti update tau

    ReplyDelete
  2. alamak.. tmpt jauh lagi dikenang inikan puler tmpt berendam.. hehehhe.. takpe.. pas nie beli digicam baru.. tak pun beli dslr.. ader alasan skit...

    p/s : mak andam tak tau.. kalau nak kad kahwin tempah kat indon.. boleh gitu...hehhehehe:)

    ReplyDelete
  3. @Syidot,
    aaa... tapi aku nak beli henpon. Habihlah duit! Waaa!!!!

    @Shiela,
    memang nak beli DSLR sebijik tapi compact kamera pun kena ada gak... sebab senang nak bawak. huhuhu...
    wah, musti glemer kalu tempah kat Indon. Org tanya "mana tempah" owh, takde mana spesel, gi Indon aje. Mcm kayos aje makcik. Wakaka

    ReplyDelete
  4. Lina kubaca tajuk tu.. cam ngeri jer dengar.. hiihii.. lama tul rasanya tak jengah sini.. sehat semua??

    ReplyDelete
  5. Habis tu macam mana?...habislah gambar-gambar semua.

    ReplyDelete
  6. @Kasih Nash,
    buat shock factor sikit. Heh heh
    Semua sehat sehat belaka, alhmadullilah.
    Atuk Niel apa khabar? Dah discharge ke?

    @Pak Man,
    Tak check lagi memory card tu. Takut frust gambar masa merisik adik hilang. :(

    ReplyDelete
  7. potograper dah ader ker??? hihi

    kalau kad kahwin.. kiterang buat kat jln tun razak sebelah masjid alam shah...

    ReplyDelete
  8. @Yatie,
    mau kasik quotation? :D Sila-sila

    ReplyDelete
  9. Quatation blh carik kat website sana...www.sawanila.com... best pi raub blh mkn ikan masak tempoyak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...