Saturday, January 17, 2009

Cuti Raya Cina

Apa plan untuk cuti Raya Cina nanti? Walaupun Raimie cuti sekolah seminggu, Mama & Papa tak ambil cuti. Lagipun sapa nak approve cuti? Separuh department tak ada 28 hb - 30 hb ni!

Lepas kelas ganti Raimie 24hb nanti, terus bertolak balik Raub. Makcik Emi dah bagitau, InsyaAllah Sheikh akan hantar rombongan merisik masa cuti nanti. Alhamdulillah...

Apa lagi nak buat kat Raub bila cuti nanti? Papa apa lagi? Mesti nak gi berendam kat Lata Lembik. :-)

Kalau Wan Teh & Tok Ucop balik, mungkin akan singgah Kampung Ria kejap lepas balik Lata Lembik. Selain dari tu, lepas kat umah Atuk ajelah (& + lawatan biasa ke Thong Fatt. Hehehe)

Nak cerita, dulu masa Raimie masih pakai pampers, Mama & Papa akan beli stok pampers kat Thong Fatt sebab compare dengan Jusco & Carrefour, harga kat Thong Fatt lagi murah! (untuk Huggies lah...)

3 comments:

  1. best nya.. dah ada plan CNY nih
    selamat bercuti bad..

    ReplyDelete
  2. lama dah tak pegi Lata Lembik..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. @syidot,
    ko pun sama. Ada bawak budak2 cuti-cuti Malaysia tak? :D

    @KR 31 AKA Zabri,
    moh la pegi. Boleh kita piknik sama-sama.
    p.s. suka makan sambal jering dgn nasi time piknik kat Lata Lembik. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...