Wednesday, December 31, 2008

Makan Donut Dan Duit Belanja

Kalau masa Mama kecik-kecik dulu nak makan donut harga RM2 lebih satu, mintak maaf sajalah... Dulu beli kuih kat Stesen bas Raub baru RM0.20. Kenyang makan. Dulu nak habiskan duit beli air dua gelas sampai RM30? Gila ke apa? Sekarang - duit mengalir macam air, apatah lagi kalau duit tu tak keluar wallet lansung (hatta, ada berbelas kad kredit dlm simpanan) Huhuhu...

Teringat dulu kalau dapat duit belanja sekolah RM0.50 dari Atuk, mewah sungguh rasanya. Dulu (lebih kurang 25 tahun dulu, lama dah.... hehehe) harga mee kari satu mangkuk kat kantin MGS tu baru RM0.20. Lepas tu beli air baru RM0.10. Kenyang makan.

Masuk 5hb Jan, Raimie dah masuk Darjah Satu. Berangan ajelah Mama kalau nak kasi Raimie duit belanja RM0.50 aje!

Monday, December 29, 2008

Ole-Ole Dari Raub

Orang-orang Raub di luar sana, kalau aokme balik dari Raub, aok beli apa sebagai ole-ole dari Raub?

Untuk kami bertiga, yang paling senang ialah Kacang Goreng Sempalit. Beli berpuluh peket pun takpe. Hehehe... Budak-budak Cina kat ofis Mama pun ramai yang suka Kacang Cap Beruang tu. Murah aje pun...

Saturday, December 27, 2008

Burger!

Lepas bawak Raimie pergi potong rambut, pakat pergi makan burger kat rumah. Tak bawak balik tapi makan kat situ juga. Sedap....

Close-up burger daging special Mama

Sedap lagi makan burger special kat gerai burger dari makan burger kat McDonald's, kan? Dulu Pak Ngah pun pernah jual burger kat Raub. Dia bukak gerai kat rumah lama Atuk kat Jalan Tras.

Tapi kan, kenapa lagi sedap makan burger beli kat gerai dari burger buat kat rumah? Yang buat kat rumah selalu tak rasa sama. Huhuhu

Thursday, December 25, 2008

Motor Dan Lesen Motor

Anak-anak Bapak (Atuk Raimie) semua cepat pandai bawa motor. Rasanya semua masa sekolah rendah lagi dah pandai bawak motor. Hehehe Semua bawak motor takde lesen, sebab sapa nak bagi lesen kat budak 13 tahun!


Mama pun masa kecil dulu memang suka merempit kat Kampung, siap bawak Wan Teh, Makcik De & Makcik Tam naik satu motor lagi! Nak pusing kampung, mana ada bas Mara boleh lepas jambatan bising kat Semantan tu!

Anak Mama yang sorang ni pulak, takut naik motor. Atuk nak bawak naik motor keliling kawasan perumahan pun dia tak nak. Takut!

Atuk pula, walaupun dia tak kisah anak-anak bawak motor, tapi dia selalu pesan pada Makcik Ayu (Maksu Raimie) jangan bawak laju-laju. Lesen takde lagi tu! (Kalau ada lesen pun janganlah asyik nak speed aje. Polis kat Raub rajin buat kerja. Huhuhu)

Sekarang ni sebab Atuk & Opah dah senang sikit, dah berderet motor kat rumah tu. Dulu satu motor aje, anak-anak suka curi-curi guna tapi bawak keliling kawasan rumah ajelah.

Cerita pasal naik motor ni, dulu Mama pernah terhencot-hencot dekat dua bulan sebab accident motor. Makcik De pernah langgar tiang lampu di Semantan. Makcik Emi pernah patah tangan. Pak Ngah & Pakcik Jai, jangan cakaplah! Makcik Ayu bengkak mata sebijik masa Raya Puasa tahun ni. Bukan sebab dia accident masa naik motor tapi masa tengah berjalan depan Sekolah Tengku Kudin, lepas tu tiba-tiba kena langgar dengan budak Cina yang tengah naik motor. Haru! Moral cerita: berhati-hati di jalanraya, ye anak-anak. :D

Wednesday, December 24, 2008

Tag dan Award

Mula-mula nak cakap thank you pada Nash sebab bagi award, walaupun sebenarnya dah berkurun lama dia bagi. Hehehe... Sori Nash...

Lepas tu, ni tag dari Kasih Nash a.k.a My Niel:

1) What is the most important thing in your life?
Kelurga

2) What is the last thing that you bought with your own money?
DVD untuk hadiah kawen

3) Where do you wish to get married?
kat rest house Raub. Wakakaka!!!!

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
19 (Cinta sejati tau!)

5) Are you in love?
Cintakan suami dan kasihkan anak

6) Where was the last restaurant you had dinner?
Tony Roma's kat Mid Valley Gardens. Siap dapat voucher RM20 & 10% diskaun tu.

7) Name the latest book that you bought?
Harry Potter and the Deathly Hallows dan juga Jack and the Beanstalk. :D

8)What is your full name?
P&C. Sapa yang panggil myself dengan nama penuh as per IC, I tak kawan dengan dia.

9) Do you prefer your mother or father?
Bapak. Mak garang!

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time?
Takde sapa

11) Christina or Britney?
Britney dulu dan Christina sekarang. Boleh?

12) Do you do your own laundry?
Cik Abang saya. Saya pegi dekat dengan mesin basuh hanya kalau cik Abang pegi outstation. Hihihi

13) The most exciting place you want to go?
Kepulauan Okinawa. Nak jumpa Kak Lela. :-)

14) Hugs or kisses?
dua-dua pun best

15) Point out 5 things about the person who tagged you.
1) peramah sebab dia rajin letak komen kat sini
2) mesra sebab dia bagi tag ni
3) murah senyum. cuba tengok gambar dia dlm blog dia, senyum aje
itu ajelah, belum pernah jumpa lagi. Maybe satu hari nanti, ek?

16)8 things I am passionate about:
1) blogging
2) baca buku
3) keluarga
4) Jepun (tak percaya, cuba baca Urutora N o Hi) Hohoho
5) Show Korea 1 night 2 days. Sanggup gelak macam orang giler bila tengok cerita ni
6)

17)8 things I say too often:
1) Apahal?
2) Poyo
3) Cuba jangan cakap ulang-ulang, boleh?
4) Hello, Lina speaking (hahaha, akan cakap ini setiap kali angkat telepon)
5) Itu aje?
6) Tolong/Please
7) Sakitlah (ini sebab selalu kena buli dgn anak sendiri, kita yang jadik mangsa kena main dengan dia...)
8) Balik-balik dia aje yang tengok TV (utk anak juga. Asyik nak conquer TV tu)

18)4 books I’ve read recently:
1) Harry Potter & Deathly Hallows (dah ulang baca 4 kali)
2) Buku-buku lama kat rumah, esp buku-buku Agatha Christie

19)8 songs I could listen to over and over again:
tak suka dengar lagu. Dalam MP3 player pun ada podcast untuk Bahasa Jepun aje. :D

20)8 things I learned last year:
1) Belajar blogging
2) Belajar buat roti
3) Belajar masak resipi Jepun
4) Belajar masak Nasi Dagang & gulai ikan. (selalu beli aje)
5) Kalau gaduh dengan kawan baik, boleh putus sahabat
6) Jangan beli benda merepek, nanti duit habis
itu aje kot

Tatau sapa nak tag, tapi kalau rajin, Syida & Kak Jun, sila-silalah ye. :-)

Tuesday, December 23, 2008

Lagi Gambar Raimie Semasa Tadika



Ini masa bulan puasa hari tu. Raimie & kawan-kawan dia ada persembahan tarian Zapin di Majlis Buka Puasa Persatuan Penduduk di rumah Atuk. Aktif anak Mama ni. Raimie ni kalau ambik gambar, suka sangat buat gaya muka arnab dia tu... especially bila dia malu-malu kucing. Hehehe...

Saturday, December 20, 2008

Gambar Semasa Hari Jadi Oni

Hari Jadi Oni (Ayuni) dah lama dah, sebelum hari jadi Raimie pun. Lambat nak letak gambar kat sini.

Raimie dengan cousin-cousin (termasuk Oni yang pakai mask tu) & Makcik Tam yang sentiasa suka melayan budak-budak.




Memang ramai yang datang hari tu - Tok Bakri pun datang all the way dari Mempaga. :D
Tok Cu pun ada. Lama juga kita disana, Papa siap tertidur. Hehehe

Friday, December 19, 2008

Gambar Raimie Di Tadika

Dua minggu lagi, Raimie akan jadi pelajar sekolah rendah. Dah besar anak Mama. Jadi, saja nak letak gambar kenangan masa di Tadika tempoh hari.


Raimie & Guru Tadika, Puan Normala. Baik orangnya. Lembut aje, sebab itu Raimie tak demam nak ke sekolah. Hehehe


Masa persiapan sebelum majlis Mini Konvokesyen

Raimie & rakan-rakan, siap sedia nak nyanyi koir

Hari tu, Raimie dapat hadiah untuk pertandingan hafazan ayat lazim. Raimie dapat no. 3 untuk kategori budak lelaki. Alhamdulillah. Dia praktis dengan Mama menghafal pun hanya beberapa hari aje, tapi dibandingkan dengan praktis nyanyi lagu Jalur Gemilang masa Hari Merdeka dulu, dia lebih senang menghafaz & mengaji.

Ada juga Mama order gambar dari "official photographer" hari tu, tapi gambar belum siap kot. Banyak juga gambar Raimie, dibandingkan dengan yang Mama ambil. Bukan apa, masa majlis tempoh hari, ibu bapa ramai berasak-asak ke depan nak ambik gambar sampai orang yang duduk tak dapat nak tengok acara. Mama pun malas nak berasak sama. Papa pun tak bagi "kanchong" sangat.
Lepas ini, kita ambil gambar hari pertama Raimie di sekolah pulak ye. :-)

Tuesday, December 16, 2008

Di Stesen Bas

Ini Bas Keat. Bas ini dah ada dan beroperasi di Raub dari masa Mama kecik lagi. Rasanya bas pun tak bertukar. Itulah rupa bas dan itulah kaler bas dari dulu sampai sekarang.

Sapa nak ke Bukit Koman atau nak ke hospital Raub, bolehlah naik bas ni. Sepuluh tahun dulu, nak ke hospital tambangnya 60 sen sahaja. Sekarang ni tak tahulah. Dah naik ke? Lama dah tak naik bas.

Bas yang paling penting untuk Mama dulu ialah bas Central untuk ulang-alik dari Raub ke KL. Mama suka naik bas Central dari bas Transnasional sebab bas Central ni laju. Raimie masa umur 3 - 4 bulan pun merasa naik bas ni. Sekarang ni, bagi can kat orang lain pulak naik bas lah ek?

Sunday, December 14, 2008

Susu Friso Percuma! Sapa Mau?

Err... ada sesapa yang duduk sekitar Seri Kembangan/KL yang ada anak yang minum susu Friso Stage 3 & 4 tak? Dah puas tanya orang, termasuk orang Raub, tapi tak ada sesiapa yang nak susu ni. Semua bagi anak diaorang minum Enfagrow aje.

Kalau tahu sesiapa yang anaknya minum susu Friso & nak susu ni, bagitau lah ye. Ambik percuma aje sebab dapat hari tu pun dapat percuma.

Saturday, December 13, 2008

Hari Jadi Di Raub

Baik hati makcik-makcik Raimie, buat sikit masak-masak di rumah Atuk di Raub untuk hari jadi Raimie masa cuti Hari Raya Haji lepas. Yang simple aje, bihun goreng, nugget & hot dog + kek birthday. Tak ajak sesiapa pun, cuma budak-budak dekat rumah aje yang datang.

Belon untuk hari jadi Raimie. Atuk sponsor (sebab ada stok kat rumah yang dia tak habis jual sebenarnya. Anak-anak pakat kebas aje... Huhuhu) Baby Kimi tengok ajelah. Nanti bulan 9 tahun depan kita celebrate birthday Kimi pulak ye?

Sebelum tiup kek, ramai-ramai lepak dalam rumah dulu. Sopan budak-budak ni...

Kek hari jadi pun Atuk sponsor. Terima kasih Atuk! Yang keliling meja dengan Raimie tu, ada yang baru lepas sunat tu. Tak boleh makan kek, tapi datang juga memeriahkan majlis. :D

Raimie dengan atuk, Papa, Cik Tam, Cik De & Cik Emi lepas babai budak-budak. Ha, sapa datang hari tu, siap dapat goodie bag & belon tu...

Mengadap hadiah Raimie. 3D puzzle. Sapa yang buat sebenarnya tu? Birthday boy ke orang yang keliling dia yang buat tu? Hehehe

Terima kasih makcik-makcik untuk hadiah hari jadi! Tahun depan buat lagi ye!

Masa Mama kecik-kecik memang tak ada kesempatan celebrate birthday sendiri. Start celebrate pun masa dah kenal Papa. Teringat 1st birthday present dari Papa dulu ialah t-shirt Versace. Sah dah tak muat dah t-shirt tu!

Tuesday, December 9, 2008

Balik Kampung

Balik ke Raub hari Sabtu dan bukan petang Jumaat, sebab nak settlekan basuh baju, basuh pinggan mangkuk dan basuh segala macam benda sebelum tak ada di rumah sampai hari Isnin.

Pagi Sabtu: sebelum masuk highway, breakfast dulu. Breakfast di McDonald's Cheras Selatan. Mama bengang sakan dengan staff McDonald's. Customer ada tak sampai 10 orang, tapi meja tak kemas berlambak (tu pagi-pagi pulak tu). Mama pulak kena kemaskan meja tu untuk dia orang. Apa lagi, ambik tray, kaut sampah & lap meja; lepas tu Mama hempas tray yang penuh sampah tu kuat-kuat depan Manager dia. Ada mintak maaf atau cakap terima kasih? Minachi tu siap jeling kat Mama adalah... Hai, tak pasal-pasal Mama buat volunteer work kat McD hari tu.

Lepas makan, hantar comforter kat dobi. Nak basuh guna mesin basuh, tak muat. Hanguslah RM10. Hehehe. Moral of the story - beli mesih basuh tahap industri kalau malas hantar dobi. Huhuhu

Aktiviti seterusnya - masuk highway & tahanlah jam sampai 4 jam lebih. Padahal kalau biasa tak sampai 2 jam. Apa lagi, Mama & Raimie pakat berdengkur ajelah... Sori Papa! :D

Balik Kampung Untuk Hari Raya Haji

Hari Sabtu kita balik ke Raub untuk menyambut Hari Raya Haji.

Tapi, sambutan di Raub memanglah tak semeriah sambutan keluarga Papa. Hari kita balik pun, Opah tak ada. Opah, Mak Long, Wan Teh & Tok Usop dan Wan Cik pergi ke Johor. Anak Wan Chu kemalangan dilanggar kereta. Dilanggar masa melintas nak ke pasar malam.

Alhamdulillah, setakat hari ini, dia dah sedar dari koma. Tapi kesian sebab kepalanya retak. kakinya pula kena masuk besi. Budak baru 8 tahun. Kesian dia....

Untuk semua, Selama Menyambut Hari Raya AidilAdha.

Tuesday, December 2, 2008

Raimie Dah 6 Tahun!

Hari ini hari jadi Raimie! Selamat Hari Jadi untuk anak Mama!

Rancangan /agendahari ini - ke Sunway Lagoon. Raimie memang suka main air, biar sampai kecut... takpe.

Cepat masa berlalu, tup tup dah nak masuk sekolah anak Mama seorang ini.

Minggu depan, balik Raub boleh sambut hari jadi dengan sedara-mara. Baru boleh beli kek. Sebelum tu, tengok gambar kek tahun lepas ajelah. Hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...