Friday, December 19, 2008

Gambar Raimie Di Tadika

Dua minggu lagi, Raimie akan jadi pelajar sekolah rendah. Dah besar anak Mama. Jadi, saja nak letak gambar kenangan masa di Tadika tempoh hari.


Raimie & Guru Tadika, Puan Normala. Baik orangnya. Lembut aje, sebab itu Raimie tak demam nak ke sekolah. Hehehe


Masa persiapan sebelum majlis Mini Konvokesyen

Raimie & rakan-rakan, siap sedia nak nyanyi koir

Hari tu, Raimie dapat hadiah untuk pertandingan hafazan ayat lazim. Raimie dapat no. 3 untuk kategori budak lelaki. Alhamdulillah. Dia praktis dengan Mama menghafal pun hanya beberapa hari aje, tapi dibandingkan dengan praktis nyanyi lagu Jalur Gemilang masa Hari Merdeka dulu, dia lebih senang menghafaz & mengaji.

Ada juga Mama order gambar dari "official photographer" hari tu, tapi gambar belum siap kot. Banyak juga gambar Raimie, dibandingkan dengan yang Mama ambil. Bukan apa, masa majlis tempoh hari, ibu bapa ramai berasak-asak ke depan nak ambik gambar sampai orang yang duduk tak dapat nak tengok acara. Mama pun malas nak berasak sama. Papa pun tak bagi "kanchong" sangat.
Lepas ini, kita ambil gambar hari pertama Raimie di sekolah pulak ye. :-)

6 comments:

  1. salam kenal... mintak izin nak add your blog dlm list i boleh??

    ReplyDelete
  2. ooo org raub ker? sonok arr jumpa org raub dlm cyber nie... salam.. dari org raub juge..

    ReplyDelete
  3. Tak sia-sia Pak Man buat promosi tentang blog Lina ni....semoga lebih meriah lagi.

    ReplyDelete
  4. @kasih Nash,
    sila, sila. Amat-amat dialu-alukan. :-)

    @shielahassan,
    orang Raub ye. Belah mana? Jauh merantau Shiela ye.

    @Pak Man,
    terima kasih banyak. ada promosi ke? Promosi sale hujung tahun ke? Hehehe...

    ReplyDelete
  5. thanks lina..
    pak man.. saya add blog pak man sekali la yer...

    ReplyDelete
  6. rumah murah dong-depan balai polis dong...merantau carik rezeki:)

    pakman,
    sapa lagi org raub yg ade blog? nanti pak man kasik tau sy yer:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...