Balik ke Raub hari Sabtu dan bukan petang Jumaat, sebab nak settlekan basuh baju, basuh pinggan mangkuk dan basuh segala macam benda sebelum tak ada di rumah sampai hari Isnin.

Pagi Sabtu: sebelum masuk highway, breakfast dulu. Breakfast di McDonald's Cheras Selatan. Mama bengang sakan dengan staff McDonald's. Customer ada tak sampai 10 orang, tapi meja tak kemas berlambak (tu pagi-pagi pulak tu). Mama pulak kena kemaskan meja tu untuk dia orang. Apa lagi, ambik tray, kaut sampah & lap meja; lepas tu Mama hempas tray yang penuh sampah tu kuat-kuat depan Manager dia. Ada mintak maaf atau cakap terima kasih? Minachi tu siap jeling kat Mama adalah... Hai, tak pasal-pasal Mama buat volunteer work kat McD hari tu.

Lepas makan, hantar comforter kat dobi. Nak basuh guna mesin basuh, tak muat. Hanguslah RM10. Hehehe. Moral of the story - beli mesih basuh tahap industri kalau malas hantar dobi. Huhuhu

Aktiviti seterusnya - masuk highway & tahanlah jam sampai 4 jam lebih. Padahal kalau biasa tak sampai 2 jam. Apa lagi, Mama & Raimie pakat berdengkur ajelah... Sori Papa! :D
Pak Man lepas raya baru nak balik kampung. Tahun ni raya di Raub saja.
ReplyDeleteMeriah tak raya di Raub?
ReplyDeleteBoleh tahan jugak laa.
ReplyDelete