Sunday, August 31, 2008

Menjelang Bulan Ramadhan Ini

Tiada kata seindah zikir
Tiada bulan seindah bulan Ramadhan
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf
Untuk kata yang tidak terjaga, janji yang terabai, hati yang pernah disakiti
Menjelang bulan suci bulan ramadhan ini
Kami sekeluarga mohon maaf lahir & batin pada semua yang mengenali kami

Raimie Dapat Basikal Baru

Hajat sebenarnya nak beli basikal untuk Raimie lepas hari raya nanti tapi dah sebab hari sabtu dah ke Bangsar, terus pergi kedai basikal dan beli basikal untuk Raimie.

Yang Raimie pun, pandainya pilih. Tak mahu yang murah sikit, yang mahal RM50 tu yang dia suka. Nasib baik dia tak demand nak basikal Hot Wheels - yang tu harganya dekat RM500! Sengkek wooo kalau dia nak yang itu!

Balik rumah, terus naik basikal. Turun kereta, terus naik basikal, berbasikal naik lif pulak tu. Takpa, takpa... biarlah dia seronok dengan basikal baru tu.

Saturday, August 30, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hari ini ada program Ambang Merdeka untuk Raimie. Jadi pagi-pagi lagi, semua sudah keluar dari rumah. Kena hadir sebab Raimie masuk pertandingan nyanyian lagu patriotik. Nyanyi lagu Jalur Gemilang. Tak menang hadiah pun (hehehe... lupa liriklah... Mama yang duduk mencangkung bawah pentas pun lupa lirik jugak. Huhuhu, tu yang tak boleh cue anak sendiri tu)

Anyway, lirik lagu Jalur Gemilang untuk kita sama-sama nyanyikan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51.

JALUR GEMILANG CIPTAAN PAK NGAH DAN SENIKATA OLEH SISO KOPRATASA

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang, Di bawah nauganmu
Jalur Gemilang, Kami semua bersatu
Perpaduan, Ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang, Megah kami terasa
Jalur Gemilang, Kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur Gemilang

Wednesday, August 27, 2008

Durian!

Balik kampung hari itu, ada dua hajat (selain nak ke majlis perkahwinan) - nak makan durian & nak borong bawa balik petai. Petai bukan sahaja untuk stok sendiri tapi nak diberikan pada rakan-rakan Mama.

Apa nak buat, hajat nak borong petai tak kesampaian - petai yang atuk dah simpan untuk kita, kita dermakan pada sedara-mara yang datang. Memang adik-beradik atuk hampir semua peminat petai. Makan kenduri masa nikah pun tercari-cari petai. Hehehe...

Tapi, walau tak dapat bawa balik, alhamdullilah puas makan di kampung. Durian pun banyak. Kenyang....

Makan durian sampai sakit dada dan makan rambutan sampai sakit tekak. Memang tak hengat dunia. Sebelum tidur makan durian, bangun pagi bersarapan durian juga. Huhuhu

Durian (dalam gambar) yang mengancam gila, kalau beli direct dari Orang Asli, sebiji harganya 50sen. Murah kan? Durian lemak berkrim, disukai ramai. Muahaha!!!

Tuesday, August 26, 2008

Balik Kampung

Hari Jumaat lepas, perjalanan pulang ke kampung dalam hujan lebat. Begitu juga perjalanan ke KL dari Raub. Musim hujan dah sekarang ni. Petang mesti hujan, silap-silap sampai ke subuh.

Raimie yang biasa boleh tahan mandi air sejuk pun, mandi dengan air panas. Kalau tak menggeletar anak Mama pagi-pagi.

Di Jalan Bangsar

Di Karak Highway

Hujan lebat di Bangsar pada hari jumaat dan hari ahad petang tapi perjalanan tetap diteruskan. Perjalanan balik dari kampung diserikan pula dengan road block di Raub. Hehehe... Juga road block di KL yang ada sampai hari ini.

Bekal makanan untuk perjalanan balik kampung. Raimie yang nak sangat makan donut Big Apple yang warna pink tu. Yang hijau (Green Teaser, Papa punya) Yang lain-lain, Mama punya. Hehehe... Atuk, Pak Ngah dan Pak Cik Jai pun merasa juga makan donut hari itu.

Monday, August 25, 2008

Selamat Pengantin Baru Pada Teh & Pak Usop

Selamat Pengantin Baru, moga kekal ke anak cucu!

Sebab Papa kena buat inspection rumah di Rawang dan Mama minta balik awal dari Boss, kita bertolak balik pukul 4 petang. Alhamdulillah, sampai Raub pukul 6 petang. Sempat nak ke majlis pernikahan yang dijadualkan selepas maghrib. (sebenarnya lepas tolak tunggu pengantin lelaki sampai, pengantin perempuan habis mekap, tok kadi sampai dan tunggu wali (Aki Uda) tukar baju, acara jadi selepas isyak lah pulak. Huhuhu


Kedua pengantin sabar menanti Tok Kadi

Dengan keluarga sebelah Atuk di hari persandingan

Dengan keluarga kita

Thursday, August 21, 2008

Balik Raub

Nak balik Raub! Besok malam Tok Teh dan Tok Usop nikah di Semantan. Nikah lepas maghrib. Mungkin tak sempat tengok Tok Teh nikah sebab kita balik lepas kerja, tapi sempatlah untuk kenduri hari sabtu.

Sambil balik untuk kenduri kahwin, sambil tu nak makan durian dan petai sekali. Atuk Raub dah bagitau durian dan petai orang asli banyak di rumah. Huhuhu...

Lepas ni boleh post gambar kenduri, durian dan petai. Ada sapa nak order petai? Hehehe... Sori arr... tak boleh post gi Jepun. Hohoho...

Wednesday, August 20, 2008

Hot Dog!

Kita ni suka betul makan hot dog kan?

Semalam, di 1901 ada promosi hot dog harga RM1.99. Harga biasa RM4.90. Apa lagi, pulun makan hot dog lah semalam. Suruh Papa tapau sebab kedai 1901 di MidValley tak buat promosi ini. Yang di KLCC ada, jadi Papa borong 7 biji hot dog bawa balik. Walaupun dah sejuk, tetap sedap!

Raimie dengan hot dog ayam. Sos dah habis jilat dulu. Tak boleh tunggu lama, kita semua makan hot dog dalam kereta. Hehehe

3 biji hot dog untuk Mama sorang. Mama mesti makan hot dog daging. Nyum nyum

Monday, August 18, 2008

Tahniah Untuk Linda

Tahniah untuk Mokde. Hari tu, kita tak pergi Majlis Konvokesyen Mokde di UKM tapi hantar wakil. Wakilkan kamera. Hehehe...

Lepas ni kalau Mama beranak, kita refer kat Mokde ajelah ye? Hehehe

Sunday, August 17, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu kali ni Papa & Raimie sibuk sikit. Hari Sabtu, Papa ada seminar dan Raimie pula kena ke sekolah untuk kelas ganti dan lepas kelas Raimie tunggu Papa jemput di rumah Mak (babysitter) Raimie. Raimie memang sibuk sekarang, lepas kelas pun selalu stay-back sebab dia ada latihan tarian. Sekarang ni pun Cikgu minta tolong praktis dengan Raimie nyanyi lagu Jalur Gemilang sebab nanti ada pertandingan lagu patriotik. Rasanya Mama masa tadika dulu takdelah busy macam Raimie. Huhuhu... (Masalahnya, Mama tak reti nyanyi lagu Jalur Gemilang! Malu woo!!! Nama aje duduk kat Malaysia, ek?)

Hari sabtu, Mama sahajalah di rumah (Kalau Mama nak jemput Raimie lepas kelas, jenuh pula Raimie nak balik naik komuter yang padat tu. Nak-nak sekarang ni tengah panas pula). Lepas balik seminar, Papa dan Raimie bawa Atuk ke Tmn Sri Gombak. Melawat "nenek" yang jaga atuk masa atuk kecil. (Atuk Raimie ni yatim piatu dari kecil). Lepas tu lepas pula rumah MokDe. Balik rumah lepas pukul 9.00 malam. Maknanya dari 7.00 pagi hingga ke 9.00 malam Mama lepak kat rumah sorang-sorang.

Dapat kemas rumah atas bawah, siap gosok baju satu almari, pergi jogging dan layan internet tanpa gangguan. Seronok juga tapi kalau selalu sedey wooo.... Sunyi! Takde sapa Mama nak marah. Hehehe...

Hari ini, atas permintaan Papa, Mama masak daging masak kicap. Nasib baik selera Papa ni simple aje.

Raimie pun suka makan lauk ni, tapi kalau Raimie, makan apa pun, sup mesti ada. Jadi masak sup cendawan. Dua lauk aje, tapi kenyang.

Friday, August 15, 2008

Brickfields

Semalam dengan Papa, ke Brickfields. Hajat utama ialah untuk ke sekolah rendah Raimie. Nak mengesahkan pendaftaran.

Raimie nanti bersekolah di SRK Brickfields 2. Setakat ini, untuk sesi darjah satu 2009 ada 46 nama berdaftar. Mengikut staf di pejabat sekolah, nanti ada dua kelas darjah satu sebab satu kelas hanya terhad untuk 25 pelajar sahaja. Mama & Papa gembira juga mendengar sebab nanti taklah terlampau ramai pelajar dalam kelas.

Terdengar juga Guru Besar sedangg berbincang tentang kemasukan beberapa pelajar asing ke sekolah itu dengan salah seorang staf senior.

Apa pun, nanti seminggu sebelum sekolah buka, Raimie kena datang untuk sesi orientasi. Alahai, dah besar anak Mama ni...

Lepas ke sekolah, Papa ajak jalan-jalan keliling Brickfields. Maklumlah, dah lama Papa tak keliling kawasan ini. Mama pula, walau dah berpuluh tahun di KL ni, tak pernah sampai ke kawasan sekolah-sekolah di Brickfields. Kalau Sri Kota tu taulah. Hehehe...

Nostalgia Papa, walau dah dua puluh tahun meninggalkan sekolah rendah, masih ingat betapa sedapnya nasi lemak kantin sekolah. :-)

Wednesday, August 13, 2008

Award

Dapat award dari Umie dan Nad. Thank you. Thank you. Hehehe...

Here are the rules :
1) The winner may put the logo on her blog.
2) Put a link to the person you got the award from.
3) Nominate 5 blogs.
4) Put links to the blogs.
5) Leave a message for your nominees



Nak nominate :
Yani
Nash
My Bug Life
Kak Aini
Sapa lagi ek? :D

Saturday, August 9, 2008

Menu Hujung Minggu - Nasi Ayam

Asyik masak & makan tak serupa orang Melayu/Malaysia, hujung minggu pakat masak Nasi Ayam. Hohoho... nak beli beras 1kg pun mahalnya. Beras Siam 1kg RM7.50. Beras Basmathi Maharaja 1kg Rm10.00. Beras Rambutan tak ada pula jual peket 1 kilo ye...

Esok pula, nak masak spaghetti. Resipi orang malas - orang letak meatball, Mama letak sosej cincang. Hehehe...

Anyway, kesian Raimie sebab dua-tiga hari ini dia tahan sakit. Sakit gusi. Gigi kacip Raimie pun satu dah tercabut tapi gigi kekal dah tumbuh di belakang gigi susu tu, jadi taklah nampak rongak. :D

Cikgu kat tadika kata, berair mata Raimie tahan sakit gusi. Alahai, kesian anak Mama. Letak bonjela pun macam tak lega pun...

Thursday, August 7, 2008

Mari Makan Kuih Bulan

Dah banyak kuih bulan dijual di kedai dan seperti biasa, Mama menunggu kuih bulan FOC dari supplier/lawyer/bank. Setiap kali dapat kuih bulan, mesti bawa balik untuk Papa kuih bulan teh hijau sebab itu kegemaran Papa.

Lepas ni, boleh berbuka makan kuih bulan lah pulak - tak payah susah-susah beli kuih kat kedai. (Mama buat kuih sendiri? Turun salji lah Malaysia ni. Hehehe)

Dan sekarang, kebanyakan manufacturer mengeluarkan kuih bulan halal. Yelah, sekarang kuih bulan bukan sahaja dimakan oleh orang CIna. Orang Melayu dan India pun suka juga. Lebih ramai orang boleh makan kuih bulan, lagi untung company kan?

Wednesday, August 6, 2008

Karpet Hangus

Eh, betul ke kalau kesan karpet kena iron dipanggil hangus. Tak taulah... hehehe

Apa-apa pun, sebab guest yang tak bertanggung jawab sebelum ini, semua guest lain dah susah. Bayangkan nak iron baju di hotel ini, kena ke bilik khas atau suruh laundry buat. Sebabnya (mengikut management) terlampau banyak kes karpet dah tak cantik sebab kena chop dengan iron. Yelah, nak ganti karpet bukan murah. Bukan boleh main potong dan tampal.

(Tapi mungkin juga housekeeping yang buat so hotel boleh buat duit lebih charge guest untuk buat ironing dengan laundry department. Heee... jahatnya Mama!)

Sunday, August 3, 2008

Treasure Hunt - PD : Part IV (Lagi Selesa Beach Resort)





Sesuai dengan nama, memang selesa juga Selesa Beach Resort ni. Kalau dulu selalu kita lalu depan resort untuk ke Teluk Kemang (ke holiday apartment Company), nampak tak glemer pun hotel ni. Memang mula-mula Mama tak expect banyak - tapi OKlah. Pantai pun bersih dan tenang. Ada macam-macam aktiviti di sini. Malah menunggang kuda pun FOC. Nak naik banana boat kenalah bayar!
Bilik pun OK, Mama nyenyak tidur. Cuma, di sini tiada iron dalam bilik. Kalau nak iron baju kena ke bilik iron atau arrange dgn pihak hotel sebab banyak kes karpet terbakar sebab iron.

Treasure Hunt - PD : Part III (Selesa Beach Resort)

Lobby Selesa Beach Resort


Dengan kawan baru


Sand castle. Raimie & kakak tengah punggah air sebab nak letak dalam "moat" hihihi...

Treasure Hunt - PD : Part II (Homestay Kampung Endah)

Seronok di Kampung Endah. Beramai-ramai naik basikal keliling kampung cari clue dan selesaikan cabaran untuk dapat point.

Sebenarnya Mama dah lama tak naik basikal. Bawak basikal pun terhuyung hayang. (Tapi still bawak basikal pecut tinggalkan Papa & Raimie di belakang. Hihihi)

Papa & Raimie naik basikal

Mama tengah concentrate buat Kuih Empeng di rumah Ketua Wanita Umno Kampung Endah. Raimie & Papa pula tengok sambil makan kuih empeng

Papa buat challenge main batu seremban. Konfiden gila (siap taknak praktis), tapi tak dapat pun full point. Amoi kat sebelah tu lagi terer... Keh Keh Keh

Yang tiada dalam gambar - challenge letak 10 batang paku di atas 1 batang paku. Siap tak sampai satu minit, sebab kita mengelat intai orang lain punya. Huhuhu

Lepas main, tepat pukul 1pm - masa makan. Makan Nasi Ambang. Satu dulang nasi untuk 1 team. Pergh! Jenuh nak makan. Sayang sebab membazir.... So, lepas tu borak-borak dengan orang kampung, elok pula datang Ketua Kampung join sama. Tu yang diaorang tolong tapaukan nasi tu. Balut dengan daun pisang aje. (Rupa macam bungkusan nasi lemak saiz Giant. Hihihi). Papa tepuk kepala ajelah.... huhuhu

Dan tepat pukul 1.30pm, bertolak untuk 2nd leg pula. Yosh!



Treasure Hunt - PD : Part I

Pendaftaran bermula pukul 6 pagi, dan sebab Papa memang jenis manusia datang tepat pada masa, pagi-pagi sebelum subuh kita dah bangun!

Briefing sebelum bertolak. Sebelum tu, tadi dah breakfast makan roti & muffin Roti Boy dan ambil goodie bag dari meja pendaftaran

Selepas program homestay di Kampung Endah. Bertolak untuk 2nd leg tepat pukul 1.30pm

Mama dengan voucher hadiah. Lepas ni, seronok shopping kat Isetan. :p

Friday, August 1, 2008

Mencari Harta Karun

Hehehe... Takde apa, esok nak travel ke PD. Ada treasure hunt. Dapatlah jalan-jalan cuti-cuti Malaysia & tidur kat Selesa Beach Resort FOC. (tapi kena keluar duit minyaklah!)

Hmmm... tahun ni aje, dah berapa kali pegi PD ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...